Friday, May 30, 2014

10 TIPS DAN PETUA MUDAH UNTUK MENCANTIKKAN WAJAH


1. Menghilangkan Parut Jerawat

Mula-mula ambilkan sedikit madu dicampurkan dengan bedak sejuk. Insyaallah petua ini dapat menghilangkan jerawat yang kebanyakannya masalah ini dirasakan oleh setiap wanita.


2. Menghilangkan Tahi Lalat

Asalammualaikum, Caranya ialah ambil nenas dan limau purut yang telah dikisar , sapukan di tempat tumbuhnya tahi lalat tersebut. Lakukan 2 atau 3 kali sehari sehingga ia jatuh sendiri. Amalkannya selalu, Insyaallah akan mendapat hasilnya segera. Saya pun sedang mengamalkannya sekarang. Selamat mencuba!!


3. Bibir Merah Semulajadi

Petua ini saya amalkan sejak 11 tahun lalu, memang berkesan..mudah saje, sapukan sedikit mentega atau majerin pada bibir anda sebelum tidur. amalkan setiap hari.


4. Melebatkan Bulu Kening

Setiap wanita inginkan bulu kening yg cantik dan tersusun tanpa dicukur jadi untuk menjadikan itu kenyataan cara-caranya ialah ambik daun lidah buaya ramaskan hingga melekit dan sapukan dikening pada setiap malam.


5. Licin Berseri

Ambil Yogurt Asli kemudian sapu pada keseluruhan bahagian muka. Buat seperti masker..biarkan beberapa minit hingga yogurt tersebut kering kemudian cuci muka dengan air bersih. Ulang setiap 3 kali seminggu anda akan nampak hasilnya muka akan kelihatan licin, berseri, segar dan mengelakkan daripada kulit muka kering.


6. Naikkan Seri Wajah/Muka 

Setiap kali sebelum anda ingin mendapatkan kelapa untuk santannya, jangan dibuang air kelapa tersebut. Air kelapa tersebut boleh menyerikan wajah anda. Mula-mula ambil air kelapa itu dan sapukan ke muka anda. Biarkan sampai kering. Selepas itu, barulah basuh muka anda. InsyaAllah wa jah anda akan berseri dan parut di muka akan beransur hilang. Amalkanlah selalu


7. Mengelak Daripada Lebam di Bawah Mata

Semasa kita menyapu krim atau foundation di muka... pada bahagian bawah mata sapu krim sambil mengurut guna jari manis sebanyak 3 kali dan baca selawat.


8. Menghilangkan Lebam Bawah Mata

Sebelum mandi pagi, lapkan mata anda dengan air sejuk dari peti sejuk.. cuba lah..ianya juga baik untuk menyegarkan mata.


9. Melicinkan Wajah

Ambil buah tomato makan @sapu pada muka pada waktu pagi dan malam. Muka akan menjadi licin dan halus. selamat mencuba.


10. Memerahkan Bibir Yang Hitam

Bibir yang hitam boleh kembali bertukar kepada warna merah. Caranya ambil 3 helai daun sirih, perah airnya yang berwarna merah kemudian sapu di bibir pada waktu malam. Amalkannya selalu dan insyaallah apa yg anda hajati akan menjadi.



Thursday, May 29, 2014

TIPS UNTUK REMAJA TAMPIL CANTIK DAN MENARIK


Senarai di bawah hanya sebahagian daripada banyak lagi panduan kecantikan asas untuk remaja. Lebih penting ialah anda perlu yakin dengan diri sendiri. Senyuman, pengetahuan dan keyakinan adalah kunci utama yang membuatkan seseorang itu tampak lebih cantik dan menarik.


Kulit

Kalau anda tidak mempunyai masalah kulit seperti jerawat, tidak perlu hendak mencuba pelbagai produk pencerah kulit semata-mata mahukan kulit putih mulus dan gebu seperti yang terdapat dalam banyak iklan. Warna kulit yang anda miliki itu adalah warna terbaik dan paling sesuai yang dianugerahkan Allah. Jadi tidak perlu bersusah payah dan pening kepala mengidamkan ton kulit yang lebih cerah.

* Bagi remaja yang aktif bersukan atau sering terbabit dalam aktiviti cergas, pakai krim atau losen pelindung sinar UV dengan kuasa perlindungan SPF 15 atau lebih yang bersesuaian dengan anda. Sinaran matahari terik boleh membuatkan masalah jerawat bertambah teruk selain menjadikan kulit jadi gelap.

* Cuci muka dua kali sehari sudah memadai. Gunakan air suam dan pencuci muka yang lembut sifatnya. Gosok muka perlahan-lahan dalam pergerakan membulat. Jangan gunakan penyental muka jika anda ada masalah jerawat kerana ia hanya memburukkan keadaan. Ketahui bahawa dengan mengambil wuduk kita secara tidak langsung mencuci muka lima kali sehari dengan cara yang lembut dan baik.

* Kalau ada jerawat, jangan dipicit. Memang anda akan rasa geram tetapi tahanlah perasaan itu. Memicit jerawat hanya memberi peluang nanah memasuki lapisan kulit yang lebih dalam dan membuatkan masalah bertambah teruk. Gunakan krim jerawat untuk mengatasi masalah anda. Sekiranya masalah ini semakin menjadi-jadi, minta ibu dan ayah membawa anda berjumpa pakar kulit.

* Elak menyentuh muka dengan tangan yang tidak dicuci.

* Jika mengenakan mekap, pastikan mekap ditanggalkan sebelum tidur. Beli jenama yang mempunyai label `noncome dogenic' (tidak membuatkan pori tersumbat) atau `non acnegenic' (tidak menyebabkan jerawat atau menjadikan ia bertambah teruk).


Rambut

* Berambut pendek atau panjang, terpulang kepada cita rasa masing-masing tetapi lebih penting ia mesti bersih dan kemas.

* Cuci rambut anda dua atau tiga hari sekali mengikut keperluan. Keringkan dengan mengelap rambut menggunakan tuala bersih secara perlahan-lahan. Kebanyakan remaja mempunyai rambut yang tebal dan mungkin mengambil masa untuk kering. Jadi jika anda berambut panjang dan memakai tudung, elakkan mencuci rambut pada waktu pagi sebelum ke sekolah. Elakkan juga mengikat rambut ketika ia masih lembap kerana tabiat ini boleh menyebabkan rambut rosak dan `berbuah' (ada biji halus pada helaian rambut).

* Jika menggunakan gel rambut, pilih yang tidak kalis air supaya ia mudah dicuci.

* Pada usia ini, kalau boleh elak daripada mewarnakan rambut walaupun ia nampak sangat menarik. Rambut yang hitam berkilau sebenarnya membuatkan anda kelihatan lebih manis dan muda.


Bibir

Kulit bibir kita jauh lebih sensitif berbanding kulit lain di seluruh badan. Masalah bibir kering, merekah dan berdarah selalu berlaku terutama pada remaja.

* Jangan melembapkan bibir dengan air liur kerana ia membuatkan bibir jadi lebih kering terutama dalam cuaca panas terik.

* Lembapkan bibir dengan salap atau pengilap bibir. Kini ada banyak jenama yang bersesuaian untuk remaja dan lebih menarik sesetengah pengilat atau salap bibir didatangkan dengan warna lembut.

* Jika kulit bibir kering dan menggelupas, jangan cuba menarik atau menanggalkannya. Minum banyak air untuk mengatasi masalah ini. Kulit yang menggelupas ini tanggal sendiri apabila badan anda mendapat bekalan air secukupnya.


Kuku

* Pastikan kuku kita sentiasa pendek dan bersih. Walaupun ada yang beranggapan berkuku panjang itu cantik tetapi hakikatnya ia mudah menyimpan kekotoran.

Ketahui bahawa tangan kita yang menyentuh pelbagai permukaan mempunyai banyak bakteria dan menjadi ejen paling cekap untuk memindahkan mikro organisma itu kepada orang lain.

* Cuci kuku dengan menggunakan berus lembut dan sabun.

* Jangan lupakan kuku kaki anda. Tiada yang lebih buruk daripada mempunyai kuku kaki yang panjang. Jadi, jangan cacatkan penampilan manis remaja dengan kuku kaki yang tidak terjaga.




Wednesday, May 28, 2014

CARA MENGHILANGKAN JERAWAT DAN BEKAS JERAWAT MENGGUNAKAN TIMUN



Bebas bahan kimia dan membantu mengatasi masalah jerawat. Jika anda mempunyai kulit wajah jenis berminyak, jerawat memang senang tumbuh. Liang pori-pori pun lebih besar. Lazimnya, masalah jerawat ini nampak ketara pada bahagian pipi. 

Masker muka daripada timun

Justeru, anda perlulah memberikan lebih perhatian terhadap penjagaannya. Salah satunya ialah dengan memakai topeng muka atau pupur wajah yang disaran, diamalkan seminggu sekali bagi penjagaan kulit wajah lebih baik. Dengan memakai pupur wajah, ia dapat mengurangkan dan merawat masalah kulit berminyak yang menjadi punca berlakunya jerawat dan pigmentasi. Malah, ia dapat mengecilkan liang pori-pori dan melembapkan kulit wajah. 

Pakar kecantikan turut berpendapat, penggunaan pupur wajah secara konsisten dan teratur dapat membantu mendapatkan kulit wajah yang cantik dan halus. Ia bukan saja dapat menghaluskan kulit wajah tetapi dapat menyingkirkan lapisan kulit mati pada kulit wajah bagi mengelakkannya tersumbat. 

Buat sendiri topeng muka 

  • Selain membeli topeng muka yang terdapat di pasaran, anda juga boleh membuatnya sendiri dan ia mungkin lebih menjimatkan. Bagi yang mempunyai kulit wajah berminyak, topeng wajah yang diperbuat daripada kebaikan timun dikatakan, dapat membantu masalah berkenaan. 
  • Selain memberikan kebaikan kepada kesihatan, termasuk menggalakkan pembentukan diet ringan dan sihat, timun juga memberikan beberapa manfaat dalam rawatan kecantikan.  Apa yang pasti, timun adalah bahan semula jadi dan bebas bahan kimia manakala untuk mendapatkannya tidaklah terlalu susah. Jadi, mengapa tidak mencuba membuat topeng wajah menggunakan timun, apatah lagi bukan sukar untuk menghasilkannya. Kesannya yang sejuk memberikan kesegaran pada kulit wajah. 
  • Kandungan air yang tinggi iaitu 95 peratus dan vitamin A, B & C serta mineral tertentu seperti magnesium, kalium, dan silika menjadikan penggunaan timun penting dalam penjagaan kulit. Justeru, topeng muka yang mengandungi khasiat timun boleh digunakan untuk ketegangan kulit. Timun turut mencegah hidrasi dan meremajakan kulit, di samping menggalakkan pengelupasan dalam epidermis. Selain itu ia juga nutrien yang sangat baik untuk kulit dan membantu meninggalkan kesan lembut serta halus pada kulit. Bahkan, kulit timun juga boleh memberi kelegaan pada kulit yang disebabkan oleh selaran matahari. 

Cegah kedutan 

  • Pakar kulit dari Omaha, Nebraska, Joel Schlessinger dalam satu artikel menyatakan, kandungan silika dalam timun adalah kolagen yang sangat baik digunakan untuk mengusir dan mencegah munculnya kedutan yang tidak disenangi kebanyakan wanita. 
  • Kandungan potassium dan vitamin yang tinggi, membuatkan buah ini sangat efektif menangkis radikal bebas yang boleh mempercepatkan penuaan. Oleh itu, apa tunggu lagi mulai hari ini amalkan penggunaan topeng muka yang dihasilkan daripada timun. Lebih menarik, ia bukan saja sesuai untuk kulit berminyak tetapi juga sebarang jenis kulit wajah. Bagi mendapatkan kesan yang diinginkan, gunakanlah topeng muka timun ini untuk seminggu sekali untuk mendapat hasil yang diinginkan. 
  • Cara membuat topeng wajah itu mudah saja. Pertama, potong timun dan kemudian kisarkan sehingga halus. Selepas itu barulah disapukan pada pada permukaan wajah dan biarkan lebih kurang 15 hingga 30 minit. Apabila selesai, bersihkan topeng wajah itu dengan air dan bersihkan sisa yang masih menempel dengan air hangat. Untuk hasil yang maksimum, anda boleh menambahkan bahan lain seperti yogurt dan putih telur. 

Tips: Panduan membuat topeng muka menggunakan timun: 


Bahan-bahan: 
* 1 biji timun 
* 1 biji lemon 
* 1 biji telur 

Cara membuatnya; 
1. Kupas kulit timun dan buang bijinya. 
2. Kisar timun sehingga hancur dan saring airnya dalam mangkuk. 
3. Masukkan satu sudu lemon. 
4. Masukkan putih telur dan kacau hingga rata, 
5. Sapukan pada kulit wajah. Biarkan 15 hingga 30 minit. 
6. Bersihkan dengan air suam. 

INFO: Beberapa perkara menarik mengenai timun: 

* Di Malaysia, timun sering dijadikan ulam kerana ia cukup enak dimakan secara mentah dan ada juga yang dimasak terlebih dulu. 

* Di Mesir, jus timun digunakan sebagai ubat penurun panas yang baik bukan saja untuk demam tetapi berasa ‘terbakar’ dalam badan. 

* Di Russia, timun pada masa dulu dianggap sebagai makanan penting dan dijadikan ubat dalam perubatan tradisional. Bahkan, ada perayaan tradisional sempena timun, yang diadakan di tempat berlainan di Russia. 

* Timun tidak mengandungi sebarang kekotoran yang berbahaya dan sesuai untuk makanan walaupun untuk orang dengan pelbagai reaksi alergi. 

* Timun mengandungi 95 peratus air yang bermaksud bahawa makanan ini sememangnya tidak beban pankreas. 

* Timun bagus untuk menurunkan berat badan kerana kandungan kalorinya rendah tetapi tinggi kandungan air. 

* Amalan memakan timun membantu mengatasi sembelit. 

* Kajian turut mendapati, sesetengah sebatian dipanggil sterol kolestrol di dalam timun, membantu mengurangkan paras kolestrol. 

* Asid askorbik dan asid caffeic dalam timun membantu mengurangkan keadaan bengkak di bawah mata. Jika anda mengalami mata letih dan bengkak, tekapkan timun yang dipotong membulat pada mata. Ia mempunyai sifat anti-inflamasi dan membantu mengurangkan bengkak berkenaan. 

* Timun membantu menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat kerana ia mengandungi silikon dan sulfur.



Tuesday, May 27, 2014

PETUA TRADISIONAL MERAWAT JERAWAT MENGGUNAKAN TOMATO DAN TIMUN


Petua kecantikan ini boleh diamalkan oleh sesiapa sama ada lelaki atau perempuan untuk merawat dan mengekalkan kecantikan muka anda, di bawah saya kongsikan dua cara tradisional untuk merawat wajah yang ditumbuhi jerawat menggunakan bahan alam iaitu tomato dan timun. Sebelum ini saya pernah berkongsi dengan anda khasiat pengunaan tomato untuk kecantikan dan tips merawat dan menghilangkan parut jerawat di wajah


Apakah itu jerawat dan apakah puncanya?

Jerawat ialah beberapa jenis benggolan atau benjolan di kulit. Jerawat selalunya terdapat di muka, leher, bahu, belakang badan dan dada kebanyakan remaja. Folikel-folikel rambut atau liang-liang roma di dalam kulit anda mengandungi kelenjar-kelenjar sebum (juga dikenali sebagai kelenjar minyak) yang menghasilkan sebum iaitu minyak yang melicinkan rambut dan kulit. Dalam keadaan biasa kelenjar-kelenjar ini menghasilkan jumlah sebum yang betul dan liang-liang roma akan berkeadaan baik. Jerawat terjadi apabila liang-liang roma tersumbat dengan sebum yang terhasil dengan banyak dan juga sel-sel kulit yang mati.

Petua Tradisional Merawat Jerawat


Petua ini menggunakan buah tomato sebagai penawar kepada masalah jerawat. 
  • Caranya ialah dengan menyapukan buah tomato yang telah dibelah ke wajah sebelum masuk tidur. Setelah agak kering, buangkan biji-biji tomato yang melekat pada wajah anda. Ramuan ini boleh dipakai semalaman atau jika anda terasa gatal atau pedih, anda boleh membersihkannya dengan air bersih sebaik sahaja ia mengering. Amalkan petua ini sekali seminggu. Di samping menyembuhkan jerawat, petua tomato ini juga akan membuatkan wajah kelihatan lebihcerah dan lebih berseri.


Petua kali ini menggunakan kulit timun supaya jerawat yang tumbuh cepat kering.

  • Kupas kulit sebiji timun dan kemudian tumbuk hingga lumat. Bersihkan wajah terlebih dahulu dan lapkan wajah sehingga kering. Selepas itu, pupurkan kulit timun yang telah ditumbuk tadi pada jerawat yang terdapat di wajah anda.
  • Biarkan ia mengering selama 1/2 jam pada wajah sebelum dicuci dengan air bersih. Petua ini elok jika diamalkan pada setiap hari supaya jerawat yang tumbuh cepat mengering dan tidak meninggalkan bekas.

TIPS PENAMPILAN DAN KEKEMASAN DIRI LELAKI



Penampilan dan kekemasan diri antara aspek utama yang perlu lelaki titik beratkan. Bukan hanya perempuan yang perlu mementingkan penjagaan diri. Di bawah saya senaraikan 5 tips asas menjaga penampilan dan kekemasan diri buat kaum adam yang harus diamalkan!


Sabun buku bukan untuk wajah

LELAKI mempunyai kulit yang berminyak kira-kira 15 peratus melebihi wanita. Pori besar membenarkan segala kekotoran meresap ke dalam kulit. Usah malas mencuci muka menggunakan pembersih wajah yang betul. Elakkan penggunaan sabun buku untuk badan pada wajah. Begitu juga dengan syampu dan krim pencukur, pastikan anda mempunyai sabun khusus untuk setiap perkara.


Pemakaian

PILIH baju yang diperbuat daripada fabrik kapas yang ringan bagi mengurangkan peluh. Rapikan bulu ketiak secara berkala kerana ia boleh mengundang bau badan yang tidak menyenangkan. Baju yang berkedut-kedut melambangkan keperibadian lelaki yang tidak ‘taat’ pada kebersihan dan kekemasan.


Bercukur

HAMPIR semua lelaki perlu bercukur. Perapian misai dan janggut perlu agar penampilan sentiasa tampak kemas. Jangan sekali-kali bercukur tanpa krim yang betul kerana boleh mencederakan kulit. Mesin pencukur yang tepat juga memainkan peranan bagi membentuk gaya yang diingini. Selepas bercukur, aplikasikan after shave yang bertujuan mengurangkan kerengsaan.


Potong kuku

KUKU sering dipandang remeh oleh lelaki. Mereka hanya memotong kuku tangan apabila betul – betul panjang manakala kuku kaki mungkin dirapikan sebulan sekali. Beri penekanan pada kebersihan kuku kerana ia terdedah pada bakteria hampir setiap saat. Kuku kaki khususnya hampir separuh hari diliputi stoking dan kasut boleh menyumbang pada masalah kaki berbau.


Senaman dan pemakanan

SUKAN atau senaman sudah sebati dengan karakter lelaki. Jadi, tiada apa yang perlu dirisaukan kerana majoriti mereka memang mengamalkan gaya hidup yang sihat. Bagaimanapun, bagi jejaka yang kurang memberi perhatian pada kepentingan senaman, sudah tiba masa untuk anda mengubah cara hidup. Riadah ringan tiga kali seminggu cukup untuk membekalkan kecergasan dan mengekalkan bentuk badan yang ideal.



Monday, May 26, 2014

CARA-CARA UNTUK HILANGKAN LINGKARAN HITAM BAWAH MATA


Eye bags atau dalam bahasa Melayu dikenali sebagai lingkaran hitam bawah mata. Sebab terjadinya mata panda ialah kurang tidur, alergi, ciri-ciri kulit wajah anda sendiri, mengalami keletihan setelah bekerja seharian, kekurangan nutrisi pada tubuh anda, faktor genetik, terdedah kepada cahaya matahari dan lain-lain lagi. Sebelum ini telah dikongsikan sebab-sebab berlakunya eye panda. 


1. Gunakan krim pelembap khas untuk lingkaran mata

Krim pelembap boleh membantu melembap dan menghilangkan lingkaran gelap di bahagian bawah mata. Garis-Garis Halus dan Kedutan Tidak Lagi Ketara.


2. Banyakkan meminum air kosong



Lebih lebih lagi jika anda seorang aktif melakukan pelbagai aktiviti. Pengambilan air kosong amat baik untuk menjaga kesegaran kulit mata.


3. Makan sayur-sayuran hijau

Andainya anda kurang nutrisi, mulai sekarang tambahkan sayuran hijau dan makanan yang kaya dengan antioksidan dalam menu harian.


4. Gunakan timun atau tomato

Hirisan timun ataupun tomato boleh anda tekapkan pada kedua-dua mata selama beberapa minit. Ataupun boleh tekapkannya semalaman sebelum masuk tidur.



PANDUAN PENJAGAAN KULIT WAJAH UNTUK LELAKI


Masih ramai lelaki di Malaysia kurang peka terhadap penjagaan wajah. Malah ada juga yang keliru dengan masalah kulit yang dihadapi. Masalah kulit seperti jerawat yang dihadapi ramai remaja, kulit berminyak dan kering, pigmentasi dan penuaan jika tidak dikawal akan memburukkan lagi keadaan kulit wajah. Adalah amat penting bagi anda mengetahui serta memahami jenis kulit wajah sebelum melakukan sesuatu rawatan atau menggunakan produk yang bersesuaian. Ini kerana rawatan dan penjagaan wajah adalah berbeza mengikut jenis kulit seseorang. Dengan memahami panduan ini akan memudahkan lagi anda melakukan rawatan.

Panduan Penjagaan Kulit Wajah Untuk Lelaki



1) Perbezaan kulit lelaki dan wanita

Lelaki mempunyai kulit yang lebih tebal disebabkan lapisan kalogen yang lebih tebal dan epidermis atau sel yang lebih banyak. Peningkatan hormon testosteron menyebabkan kulit lelaki lebih berminyak dari kulit wanita.


2) Jenis kulit wajah lelaki di Asia

Kebanyakan kulit wajah lelaki Asia lebih sensitif dan alergik dengan keadaan serta cuaca persekitaran, dan mempunyai lebih banyak pigmen.


3) Masalah biasa kulit wajah lelaki

Kulit berminyak dan berjerawat serta kecederaan akibat penggunaan pisau cukur yang kerap merupakan masalah utama lelaki. Kulit menjadi lebih sensitif.


4) Kaedah penjagaan wajah yang betul

Cuci wajah dengan betul menggunakan pembersih wajah yang mengandungi exfoliants lembut. Gunakan penyegar dan pelembap selepas wajah dibersihkan. Gunakan krim pelindung matahari untuk melindungi kulit dari kesan cahaya matahari.


5) Produk pembersih wajah yang sesuai

Pilihlah produk pembersih wajah yang bebas haruman.


6) Penggunaan Masker wajah

Ramai lelaki menganggap penggunaan masker hanya untuk wanita. Anda silap, penggunaan masker juga boleh dilakukan lelaki. Ia bermanfaat untuk menyegar, memperbaiki dan menegangkan kulit wajah. Selain itu, ia juga baik untuk kelancaran peredaran darah dan merangsang proses pertumbuhan sel kulit.


7) Kandungan di dalam produk penjagaan wajah lelaki

Dalam setiap produk penjagaan wajah perlu ada bahan anti keradangan untuk menghalang proses penuaan. Bahan pelembap dan hidrasi antara elemen penting lain yang perlu ada.


8)Tindak balas produk penjagaan terhadap kulit

Disebabkan kulit lelaki lebih tebal, maka proses tindak balas produk penjagaan terhadap kulit wajah adalah lambat. Walaubagaimanapun cara penyerapan dan pemakaiannya adalah sama.


9) Kesan sampingan

Sesetengah bahan di dalam produk penjagaan wajah boleh menyebabkan keradangan kulit. Jadi pastikan bahan yang terkandung di dalam produk tersebut tidak mengandungi bahan tiruan. Pastikan tahap pH atau keasidan adalah normal (pH 5.5). Keradangan kulit juga terjadi kerana produk yang digunakan tidak sesuai dengan kulit.


10) Kulit yang sihat

Kulit wajah yang sihat ditandai dengan penghasilan kolagen, dapat mengatur penghasilan melanin dalam sel-sel kulit, serta dapat mengembalikan keseimbangan keanjalan kulit. Kesihatan kulit dapat diperoleh dengan membersihkan wajah dua kali sehari menggunakan produk bersesuaian atau menggunakan air bersih.


Sunday, May 25, 2014

PUNCA BERLAKUNYA EYE BAGS / MATA PANDA




Antara punca penyebab timbulnya mata panda atau datangya eye beg yang perlu anda tahu. Munculnya lingkaran hitam pada mata boleh disebabkan oleh beberapa faktor

Antaranya kurang tidur, alergi, proses penuaan, perubahan hormon yang berkaitan dengan kehamilan atau haid, kekurangan vitamin, terlalu banyak merokok, kesan sampingan ubat, terlalu banyak terdedah kepada sinar ultraviolet, dan sebagainya . 

Lingkaran Pada mata yang menghitam tentu sangat menggangu penampilan, antara faktor penyebab kurang percaya diri. Lingkaran pada wajah bahagian mata tentu akan kelihatan lesu dan juga tua. Masalah ini disebabkan kerana kurang tidur di malam hari dan juga keletihan serta gaya hidup yang tidak sihat. 


berikut ini adalah penyebab timbulnya atau datangnya lingkaran hitam pada mata / eye beg ialah :

1. Selari dengan umur anda yang semakin meningkat.
2. Anda ada alahan.
3. Ciri-ciri kulit wajah anda sendiri.
4. Mengalami keletihan setelah bekerja seharian.
5. Kekurangan nutrisi pada tubuh anda.
6. Faktor genetik.
7. Pengaliran darah yang tak stabil.
8. Anda menghadapi tekanan dan tak dapat mengawalnya dengan baik.
9. Terdedah kepada cahaya matahari. (Bukan matahari waktu pagi yer.)
10. Penurunan berat badan yang agak mendadak.
11. Ada masalah pinggang dan juga perut.
12. Tisu lemak dan cecair.
13. Masalah sinus.
14. Anda memang ada masalah kesihatan.
15. Anda seorang perokok.

EYE BAGS / MATA PANDA

Sebelum ini telah dikongsikan tips dan panduan secara tradisonal untuk mengatasi masalah Mata Panda, diharapkan article di atas dapat membantu anda semua dalam mengatasi masalah lingkaran mata hitam pada mata.


Tuesday, May 20, 2014

PETUA MENGHILANGKAN EYE BAGS - MATA PANDA





Eye bags atau dalam bahasa Melayu dikenali sebagai lingkaran hitam bawah mata. Sebab terjadinya Eye Panda ialah kurang tidur, alergi, ciri-ciri kulit wajah anda sendiri, mengalami keletihan setelah bekerja seharian, kekurangan nutrisi pada tubuh anda, faktor genetik, terdedah kepada cahaya matahari dan lain-lain lagi




Di bawah saya kongsiakan petua untuk menghilangkan Mata Panda


1. Campurkan perahan jus lemon dengan sedikit air suam. Sapukan ke bahagian bawah mata dua kali sehari. Lakukan setiap hari sehingga mendapat hasil yang memuaskan hati. 

2. Basuh uncang teh yang telah digunakan dan simpan ke dalam peti sejuk selama 10-15minit. Letakkan uncang teh yang sejuk di atas mata. Biarkan selama 15-30 minit. Lakukan sebelum dan selepas tidur. 

3. Kupas, bersihkan dan potong kentang nipis-nipis. Lekapkan pada mata. Biarkan selama 20 minit. Lakukan sebelum dan selepas tidur. 

4. Sapu air sejuk dari peti ais di bahagian bawah kelopak mata setiap pagi selepas bangun dari tidur. 

5. Bancuh sebiji kuning telur dengan sedikit madu dan perahan lemon. Sapukan adunan tersebut pada sekeliling mata terutama pada bahagian bawah mata. Lakukan sebelum tidur dan bilas dengan air bersih keesokan paginya. 

6. Sapukan minyak sapi pada sekeliling mata terutama pada bahagian bawah mata. Biarkan selama 15 minit dan kemudian cuci muka hingga bersih. Amalkan selalu sebelum tidur. 

7. Bersihkan dan potong timun nipis nipis. lepastu letakkan atas mata dan biarkan selama 15 Minit. 


TIPS PENJAGAAN KULIT LELAKI


Pernah dengar istilah lelaki metrosexual? Istilah ini diberi kepada lelaki yang suka bergaya hebat, berpenampilan menarik, menjaga pakaian dan juga alat solek, tampil dengan penampilan yang sangat berbeza dengan kebanyakan lelaki bukan metrosexual. Ada sesetengah orang, tak suka dilabel menjadi metrosexual, ya lah, mungkin disebabkan ‘malu’ kerana penjagaan penampilan ini hanya untuk perempuan semata-mata


Hari ini nak sentuh mengenai lelaki dengan kulit. kita kesampingkan dulu istilah metrosexual dan fokus pada penjagaan kulit. Biasanya kalau bab-bab penjagaan kulit ni, cukup sinonim dengan perempuan. Perempuan suka make-up, alat make-up nak mahal-mahal dan make-up mesti hari-hari. lelaki??


Sebenarnya penjagaan kulit ini tidak jumud terhadap alat make-up semata-mata, tapi lebih dari itu. Kulit bukan sahaja di muka, tapi diseluruh badan. Mungkin sebab muka itu anggota badan yang dilihat oleh orang dulu, sebab itu kulit disinonimkan dengan muka sahaja. jom kita ubah persepsi ini


Susah mahu menjaga kulit?


Tak susah sebenarnya untuk lelaki menjaga kulit. Tak kira jentina apa, kesihatan kulit boleh dijaga dengan pemakanan yang betul dan sapuan di bahagian luaran dengan losyen atau produk penjagaan kulit yang lain. Lelaki jika tidak pandai memakai sabun ketika mandi, alamatnya bukan sahaja akan dijauhi oleh perempuan, lelaki lain pun akan menjauhinya.
Sini akan kongsi 3 cara yang paling senang untuk jaga kulit bagi para lelaki


  • Pastikan mandi ada kelengkapan yang cukup. Syampu, sabun – itu benda asas. jangan mandi jirus air kemudian 45 saat lepas tu dah siap. aiyoyo. kerbau pun kalah. (jenis syampu kita bincang kemudian ya)
  • Waktu pagi ajar untuk bersih muka dengan pembersih muka. jangan kedekut, belilah sendiri dan ini untuk diri sendiri jugak. Sebelum nak tidur, sekurang-kurangnya bersih muka dengan air, lagi elok guna pembersih muka yang sesuai juga
  • UV Protector – banyak produk di luar sana yang menawarkan cream UV Protector ni. Sekarang dunia sudah terlalu banyak pencemaran, kesan UV kepada kulit boleh bawak sampai barah, jadi, berhati-hati!

sumber:



PETUA TRADISIONAL PENGGUNAAN KUNYIT UNTUK CANTIK


INDIA adalah negara yang penuh warna-warni dan terkenal dengan penggunaan rempah ratus termasuk kunyit yang bukan saja menjadi bahan wajib dalam masakan mereka, malah digunakan bagi tujuan kecantikan kulit tubuh dan wajah.


Kunyit yang terkenal dengan warnanya yang kuning berseri mengandungi banyak kebaikan untuk kulit. Malah semakin banyak kajian membuktikan penggunaan kunyit untuk tujuan kecantikan terutama dalam masyarakat India sememangnya mempunyai alasan yang kukuh. Sejak zaman purba lagi, sejarah menunjukkan masyarakat India sudah lama menyedari kebaikan kunyit apabila amalan menyapu kulit dengan kunyit mampu memperbaiki tekstur kulit. 


  • Kunyit didapati mempunyai bahan yang mampu melawan keradangan kulit serta memberi kesan antiseptik kepada kulit. 

  • Ia adalah sumber vitamin C dan magnesium yang baik, kandungan serat yang tinggi, vitamin B6, zat besi, potasium dan mangan tetapi kandungan sodium yang sangat rendah. 

  • Masyarakat di India juga lebih terdorong menyapu kunyit pada luka kecil, lebam atau bengkak kerana rempah itu mampu mengurangkan bengkak sama seperti kesan yang diberikan oleh pek ais. 

  • Kandungan antiseptik yang pelbagai dalam kunyit mampu mempercepatkan proses penyembuhan luka kecil, kecederaan dan melecet. 

Disebabkan kesannya yang mengagumkan pada kulit, pakar kecantikan di seluruh dunia kini mula menyedari kebaikan kunyit dan menggunakannya dalam produk kecantikan masing-masing. 

Serbuk kunyit boleh diguna­kan dengan dicampur sedikit dengan air dan disapu pada wajah bagi membantu kulit lebih bercahaya, selain mengurangkan masalah tompokan pigmen seterusnya meratakan warna kulit.


Penggunaan kunyit mudah dan murah kerana ia boleh dibuat di rumah

  • Antaranya dengan mencampurkan serbuk kunyit dengan sedikit jus limau nipis atau timun dan disapu ke seluruh wajah. 

  • Sapuan berkenaan perlu dibiarkan beberapa minit pada wajah sebelum dicuci dan penggunaan kunyit secara berterusan mampu membuatkan kulit wajah lebih berseri-seri. 

  • Kunyit juga baik untuk merawat kulit wajah yang dipenuhi jerawat kerana kandungan antiseptik dalam rempah berkenaan. Ia adalah bahan kecantikan yang berkesan, murah dan mudah didapati tetapi pada masa sama tidak memberi kesan berbahaya terhadap kulit serta kesihatan seseorang. 

  • Campuran kunyit bersama serbuk kayu gaharu serta sedikit air yang disapu pada kulit muka mampu mengurangkan jerawat. Cara itu semestinya jauh lebih murah berbanding mengguna­kan pelbagai jenama produk yang mungkin tidak sesuai untuk kulit sensitif. Serbuk kunyit juga boleh digunakan sebagai bahan sental yang boleh membuang sel kulit mati dan ia boleh dilakukan dengan mencampurkan kunyit bersama tepung dan air serta digosok ke seluruh tubuh sebelum mandi. 

Amalan rutin itu mampu membersih dan menyihatkan kulit sekali gus membantu mencantikkan penampilan diri seseorang. Cara itu juga digunakan bakal pengantin di India yang menyapu kunyit ke kulit mereka berminggu-minggu sebelum melangkah ke alam perkahwinan bagi mendapatkan kulit yang bebas segala noda. 

Lebih menarik, serbuk kunyit yang dicampur dengan yogurt boleh disapu pada kesan regangan kulit terutama bagi mereka yang pernah mengandung dan mempunyai banyak kesan regangan pada bahagian abdomen. Campuran yang dibiarkan selama lima minit sebelum dicuci itu mampu mengekalkan kekenyalan kulit serta menghindari regangan sekiranya diamalkan selalu tanpa jemu. 

Kandungan antiseptik serta antiradikal bebas kunyit turut berguna untuk melegakan masalah ruam serta membantu merawat kulit selepas sese­orang menghidap penyakit yang memberi kesan pada kulit seperti demam cacar. Kehadiran bulu roma yang banyak di wajah serta tubuh juga mungkin menyebabkan seseorang itu hilang keyakinan diri tetapi sapuan kunyit dapat membantu mengurangkan masalah berkenaan. Kesan terbakar pada kulit juga lebih lega dengan sapuan serbuk kunyit bersama aloe vera, seterusnya memberi pelbagai faedah lain. 




Monday, May 19, 2014

KEBAIKAN MEMAKAN SAYUR-SAYURAN


Antara makanan seimbang yang perlu diutamakan adalah sayur-sayuran. Umum mengetahui, sayur-sayuran adalah penting dan sangat baik untuk kesihatan badan, minda dan emosi. Sayuran hijau seperti sawi, timun, ulam-ulaman dan kacang panjang mempunyai khasiat tersendiri kepada tubuh badan. Kajian telah menunjukkan melalui sayur-sayuran yang mempunyai banyak serat penting boleh menyelamatkan sehingga 2.7 juta nyawa atau mengurangkan risiko penyakit berbahaya di seluruh dunia sebanyak 1.8 peratus setahun.



kebaikan memakan sayur-sayuran adalah seperti:

  • Mengurangkan risiko penyakit berbahaya seperti penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi. Kandungan serat, fitonutrien dan kalium dalam sayur-sayuran membantu melancarkan proses penghadaman.
  • Kaya dengan sumber protein dan mineral. Contohnya, sayur bronkoli mengandungi vitamin C dan serat. Selain kebaikan kepada jantung, bronkoli juga dapat meningkatkan tahap antioksidan di dalam badan.
  • Baik untuk kanak-kanak kerana mengandungi prebiotik yang merupakan antigen (pemangkin ketahan badan). Dengan memakan sayur-sayuran, kanak-kanak membesar dengan sihat tanpa ada masalah kesihatan seperti semput.
  • Membantu minda dan emosi supaya lebih tenang dan melapangkan fikiran. Contohnya, daun salad yang mengandungi karotin, serat dan air dapat membantu melancarkan sistem pernafasan dan mengurangkan rasa dahaga pada badan.
  • Menjadi penawar kepada penyakit seperti timun yang mengandungi racun alkoloid. Timun atau mentimun amat berkesan untuk merawat kanak-kanak yang mengalami masalah kecacingan. Sayuran ini juga memberi kebaikan khususnya dalam merawat penyakit batuk.

6 TIPS PENJAGAAN GIGI


Mulut yang bersih melambangkan perwatakan menarik seseorang individu. Menjaga kesihatan mulut turut membantu gigi menjadi lebih sihat, kuat dan tiada penyakit. Mulut dan gigi yang sihat juga membantu badan menjadi lebih cergas dan minda lebih cerdas, entry sebelum ini ada dikongsikan tips penjagaan kesihatan diri, untuk kali ini dikongsikan 5 tips penjagaan gigi yang boleh anda amalkan.


5 Tips Penjagaan Gigi, Supaya Bersih Dan Kuat! 

1. Gosok gigi 

Sekurang-kurangnya tiga kali setiap hari. Gosok pada waktu pagi, selepas makan tengahari dan sebelum tidur. Sebaiknya guna ubat gigi yang mempunyai florida. Terdapat juga ubat gigi yang membantu merawat gigi sensitif seperti jenama Sensodyne.

2  Memberus gigi.

Jika tidak sempat memberus gigi pada waktu makan tengahari, amalkan berkumur untuk membuang sisa makanan. Sisa makanan yang tersimpan di dalam mulut dan di celah gigi boleh menyebabkan penyakit berbahaya pada gigi.

3. Berkumur dengan menggunakan cecair khas 

Seperti Listerine dan Colgate Plax. Kita sedia maklum, cecair boleh sampai pada setiap sudut gigi berbanding ubat gigi pepejal.

4. Kurangkan minuman sejuk yang terlampau.

 Minuman sejuk terlampau boleh menyebabkan gigi sensitif.

5. Tukar berus gigi

Selepas 3-4 bulan. Semakin lama berus gigi digunakan, semakin banyak bakteria berpenyakit melekat pada berus gigi.

6. Membuat pemeriksaan doktor

Berjumpa dengan doktor gigi untuk membuat rawatan membersih gigi. Di samping itu, boleh juga memeriksa kesihatan gigi dengan lebih mendalam


7 CARA UNTUK KEMPISKAN PERUT BOROI



Ramai yang mungkin sedar perubahan fizikal badan mempengaruhi cara pembawakan diri seseorang apabila berdepan dengan orang ramai. Perubahan fizikal seperti ‘perut buncit’ kadang-kadang membuatkan seseorang itu berasa malu atau tidak mempunyai keyakinan diri apabila ingin menonjolkan diri di khalayak ramai.

Bukan itu sahaja, perut buncit juga merupakan tanda awal kepada pelbagai jenis penyakit berbahaya.

Malah, apabila tidak mempunyai fizikal yang menarik seperti artis atau pembina badan, mungkin akan membuatkan individu itu berasa lebih tersisih dan berfikir negatif setiap masa. Pun begitu, terdapat cara yang sesuai untuk lelaki mahu pun wanita untuk mengatasi masalah mempunyai perut buncit. Tidak salah untuk mencubakan? sebelum ini saya ada kongsikan kelebihan bersuami boroi tapi tak salah bukan membuang kelebihan boroi itu untuk mendapatkan kualiti kesihatan yang lebih baik. 

Antara cara-cara untuk mengempiskan perut adalah:


1. Minum Air Masak Yang Banyak.

Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.


2. Makan Perlahan-lahan.

Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi perut buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.


3. Kurangkan Garam Dalam Makanan.

Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk. Lama kelamaan, perut buncit pun boleh berlaku.


4. Makan Makanan Yang Penuh Serat.

Ramai yang mungkin sedar perubahan fizikal badan mempengaruhi cara pembawakan diri seseorang apabila berdepan dengan orang ramai. Perubahan fizikal seperti ‘perut buncit’ kadang-kadang membuatkan seseorang itu berasa malu atau tidak mempunyai keyakinan diri apabila ingin menonjolkan diri di khalayak ramai. Bukan itu sahaja, perut buncit juga merupakan tanda awal kepada pelbagai jenis penyakit berbahaya (LINK). Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan dari mendapat penyakit perut buncit ini.


5. Kesan Pengambilan Ubat.

Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi perut buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.


6. Hindari Sembelit.

Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan danhanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan perut buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.


7. Lakukan Senaman atau Bersukan.

Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak.Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.


PETUA TRADISIONAL MENGHILANGKAN JERAGAT


Jeragat merupakan bintik-bintik hitam yang muncul pada permukaan kulit akibat kekurangan nutrien (terjadi apabila usia makin meningkat/ faktor genetik), pengambilan pil perancang, cuaca atau kesan pemakaian produk-produk kecantikan yang mengandungi bahan kimia. sebelum ini telah dikongsikan tips untuk menghilangkan jerawat dan bekas jerawat, di bawah saya kongsikan dua petua tradisional menghilangkan jeragat


Bagi anda yang mengalami masalah ini, cubalah petua-petua di bawah untuk menangani masalah jeragat di kulit.

Petua hilangkan jeragat 1:

  • Ambil segenggam beras, rendam dalam air anggaran selama sejam. Toskan beras dan tumbuk bersama anggaran 1cm kunyit hidup hingga lumat. Gaulkan bersama perahan sebiji limau nipis dan sebiji putih telur hingga mesra. Sapukan ke seluruhan muka sebagai masker. Biarkan hingga kering. Bilas dengan air suam untuk kekalkan kelembapan kulit. Buatlah setiap hari sehingga berpuas hati.

Petua hilangkan jeragat 2:

  • Ambil sesudu susu tepung dan gaul dengan perahan limau nipis sehingga membentuk paste. Sapukan ke seluruhan muka sebagai masker. Biarkan hingga kering. Bilas dengan air suam untuk kekalkan kelembapan kulit. Buatlah setiap hari sehingga berpuas hati.

LinkWithin