TIPS MENURUNKAN BERAT BADAN DENGAN SIHAT | Tips & Panduan Blog's

Search This Blog

TIPS MENURUNKAN BERAT BADAN DENGAN SIHAT


Untuk menurunkan berat badan, kita kena berubah dan berkoban dari mengambil makanan yang biasa kita ambil seperti makanan bergoreng, tinggi gula, fast food dan lain-lain. kita juga kita kena amal rutin sihat yang baru seperti minum air masak yg cukup, rajin bersenam dan lain-lain. 

Ketika mengharungi misi perubahan ini, kita akan tempuhi banyak dugaan yang akan membuatkan kita jatuh semangat, tapi ingat jangan mudah putus asa!





Tips Menurunkan Berat Badan Dengan Sihat


Elakkan makanan ringan

Jauhkan diri daripada makanan ringan mahupun makanan segera terutamanya makanan bertepung atau mempunyai kandungan gula yang tinggi. Yang penting ialah mengawal keseimbangan jumlah kalori yang diperlukan oleh badan dengan cara makan lebih kerap tapi dalam kuantiti yang sedikit.

Hadkan makanan tinggi karbohidrat 

Elakkan terlebih makan nasi, kentang, ubi dsb. Namun, jangan langsung tinggalkan makanan karbohidrat kerana badan kita masih perlukannya sebagai sumber tenaga.

Kurangkan sumber protein 

Cuba kurangkan makanan tinggi protein seperti ikan, tauhu, tempe dan daging. Elok juga di pelbagaikan sumber protein untuk badan kita. 

Pilih menu makanan yang betul

Pastikan menu makanan kita pelbagai. Masukkan sayur-sayuran dan buah-buahan kerana ia cepat mengenyangkan kita. 

Kurangkan buah manis

Cuba kurangkan makan buah-buahan yang tinggi kadar fruktosanya seperti pisang, tembikai, anggur dan mangga. Fruktosa yang tinggi akan bertukar menjadi glukosa dalam darah. 

Banyakkan minum 

Latih diri untuk perbanyakkan minum air putih. Lebih penting untuk kurangkan atau jauhkan diri dari minuman soda atau bergas. 

Makan banyak buah 

Amalkan makan buah-buahan sebelum makan terutamanya buah-buahan seperti epak, betik, belimbing dsb.

Bersenam 

Semua tips di atas untuk kuruskan badan akan lebih berkesan ataupun hanya berkesan dengan hanya kita meluangkan 30 minit hingga 1 jam untuk melakukan senaman ringan. Berjalan sekitar taman perumahan ataupun menaiki tangga juga cara terbaik untuk melakukan senaman mudah. 


5 comments:

  1. sipbaik aku jenis hantu nenas. hehe

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. your are welcome bro.. good luck ya :P

      Delete
  3. Tapi penghalang utama ialah keluarga dan paling besar MAK.. makan laaa .. syg sket lagi tu makan la hahahahaaa... harap boleh diet la :D

    ReplyDelete

Anda Suka Dengan Article Ini!
Apa Lagi Kongsikanlah Bersama Rakan-Rakan Anda
Di Email, Twitter, Facebook, Google +G !
Jangan Lupa Ya :P