KHASIAT DAN KEBAIKAN SAYUR - SAYURAN | Tips & Panduan Blog's

Search This Blog

KHASIAT DAN KEBAIKAN SAYUR - SAYURAN



Sebelum ini saya ada berkongsi khasiat dan kebaikan sayuran hijau sayur, kita sedia maklum sayur merupakan makanan kesihatan yang berkhasiatnya, Sayur itu sendiri merupakan makanan kesihatan yang mempunyai khasiat yang mampu mengubati dan mencegah pelbagai penyakit.


Sudah lama kita ketahui bahawa sayur-sayuran ini banyak khasiatnya dari segi kandungan nutrition seperti vitamin, mineral, lemak, protein dan karbohidrat. Menurut penyelidik sebahagian daripada sayur-sayuran dan buah-buahan ini mengandungi komponen yang boleh membantu menangani masalah kesihatan serta menyediakan gaya hidup yang lebih sihat. Di bawah adalah senarai khasiat  dan kebaikan sayur-sayuran yang selalu kita makan.



Khasiat Dan Kebaikan Sayur-Sayuran


DAUN SALAD

Daun salad ini juga bertindak menenangkan dan melapangkan fikiran, sekali gus menghilangkan segala keresahan yang melanda.Daun ini juga mengandungi karotin, seraf dan air yang dapat menghilangkan rasa dahaga dan juga bertindak melancarkan sistem pernafasan .


TIMUN

Biji timun mengandungi racun alkoloid jenis hipoxanti ,yang berkesan untuk merawat kanak-kanak yang kecacingan. Bagi mereka yang menhidapi sakit tekak apabila diserang batuk, penyakit ini dapat dirawat dengan biji timun dimana sedikit biji timun dicampurkan dengan sedikit garam dan dikumuh beberapa kali sehari. Pengamalan ini dapat mengembalikan suara yang hilang. Selain itu, penyakit sampu pucat iaitu sejenis penyakit pening-pening yang berterusan sehingga dapat menurunkan berat badan dapat diatasi dengan pengamalan makan timun mentah atau yang telah dimasak. Timun juga dapat mengubati penyakit disesteri iaitu keluar darah semasa membuang air besar.

KOBIS

Kobis bukan sahaja berkesan untuk mengubati penyakit ulser dan barah malah berkesan untuk mengubati masalah-masalah lain di usus. Ia juga meredakan masalah di bahagian perut dan hati seperti yang dialami oleh mereka yang lali arak. Selain itu asid amino yang mengandungi belerang dalam kubis juga bertindak menurunkan paras kolestrol. Selain itu, meredakan saraf dan menenangkan fikiran dan sekaligus membantu seseorang itu tidur dengan selesa pada waktu malam.


LOBAK PUTIH

Masalah perut meragam sering kali berlaku akibat ketidakhadaman makanan dan keadaan ini sungguh menyakitkan seluruh badan.Ramai yang tidak mengetahui yang lobak putih mempunyai kandungan khasiat yang tinggi dan sayur ini dapat menyelesaikan masalah penghadaman.


KACANG BUNCIS

Sayur yang kaya dengan protein dan vitamin ini membantu menurunkan tekanan darah serta mengawal metabolisme gula dalam darah dan amat sesuai dimakan oleh mereka yang menghidapi penyakit kencing manis atau darah tinggi. Bagi mereka yang khuatir kerana mempunyai berat badan yang keterlaluan , kacang ini dapat membantu mengatasi masalah mereka. Ini kerana ujian makmal telah menunjukkan kacang ini mengandungi serat dan enzim yang boleh membantu menurunkan berat badan.
TOMATO

mengekalkan kecergasan badan.Ia juga baik untuk melicinkan kulit dan merupakan salah satu bahan awet yang penting .


PERIA

Sayur ini adalah penawar kepada pesakit yang menghidapi penyakit kencing manis. Kandungan bahan yang menyerupai insulin didapati berkesan dalam menurunkan paras gula dalam darah dan air kencing. Penghidap kencing manis mestilah menjadikan jus peria ini sebagai satu jus minuman harian, terutama sekali sebelum sarapan.Selain itu peria juga dapat menyembuhkan penyakit batuk yang menyerang kanak-kanak.


BAYAM

Jus bayam mengandungi zat besi secukupnya untuk mengatasi masalah-masalah seperti anemia sejenis penyakit kurang darah. Kaedahnya adalah dengan mengisar daun bayam dengandengan segelas air dan diminum dua kali sehari. Wanita seringkali kekurangan zat besi kerana didatangi haid pada setiap bulan. Jus bayam yang dicampurdengan jus lobak merah atau jus tomato boleh membekalkan zat besi secukupnya untuk menambah tenaga mereka kerana jus bayam mengandungi asid aksalik dan penambahan jus-jus lain dapat mengatasi kesan-kesan keasidannya.
KENTANG

Sayur ini berkesan untuk merawat penyakit batu karang dan juga mengatasi masalah jerawat dan bisul.Caranya adalah dengan mengadun udi kentang dengan sedikit air kemudian disapu ke atas jerawat atau bisul yang sudah pecah sebelum ditutup dan dibalut dengan kain bersih. Cara rawatan yang sama juga digunakan bagi merawat kudis atau luka.


4 comments:

  1. Mmg tak lengkap makan lunch atau dinner klu tak de sayur.. t kasih atas perkongsian & peringatan.. :)

    ReplyDelete
  2. Vege has a lot of nutrients. Thanks!

    ReplyDelete
  3. We should increase our daily intake of vege. Thanks!

    ReplyDelete

Anda Suka Dengan Article Ini!
Apa Lagi Kongsikanlah Bersama Rakan-Rakan Anda
Di Email, Twitter, Facebook, Google +G !
Jangan Lupa Ya :P