Friday, May 9, 2014

KEPENTINGAN MAKAN SECARA SIHAT



Pada kali ini kita akan membincangkan kepentingan makan secara sihat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Di dalam piramid makanan, buah-buahan dan sayur-sayuran terletak di aras yang ke 2. Ini bermakna kedua-dua jenis makanan ini perlulah diambil banyak, sekurang-kurangnya 4 sajian sehari. Tetapi, sejauh manakah masyarakat kita mengetahui khasiat ini? Sebelum ini saya pernah berkongsi tips dan panduan kepentingan makan malam kepada tubuh badan dan kepentingan dan kebaikan makan sarapan pagi ini penting untuk memastikan kita makan teratur dan sihat!


Biasalah makan buah-buahan setiap hari. Biasanya bila makan nasi, saya mesti ambil buah.

Rasanya tak lengkap kalau makan nasi takde sayur sebab sayur membantu proses penghadaman kita. Buah juga penting.


Saya memang banyak makan sayur dan buah-buahan. Sebab tu badan saya langsing saja.

Pengambilan sayur dan buah-buahan adalah penting dalam pemakanan yang sihat. Ini kerana buah dan sayur mengandungi pelbagai zat galian, vitamin dan serat yang amat diperlukan badan. Selain itu ia juga bebas dari kolesterol serta mempunyai kandungan lemak dan kalori yang mudah. Ibu bapa hendaklah menggalakkan anak-anak mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran sejak kecil lagi. Amalan yang baik ini seharusnya diteruskan sehingga dewasa.

Buah-buahan dan sayur-sayuran menambahkan seri dalam badan kita kerana mempunyai warna yang cantik dan rasa yang lazat. Juga mengandungi zat. Ia tidak mengandungi kolesterol. Diet yang mudah lemak, ia dapat mengurangkan risiko kegemukan dan mengatasi masalah sembelit. Selain itu, ia dapat mengurangkan risiko terhadap penyakit jantung dan diabetes.

  • Buah-buahan seperti betik dan sayur-sayuran seperti bayam. Makan sayur ni elok untuk mata dan kulit. Kulit tak kering, mata tak rabun. Makan sayur dan buah ni bagus jugak sebab ada macam-macam vitamin. Jadi, tak payah ambil vitamin sampingan. Makan buah-buahan bagus, terutama tempatan. Khasiatnya pula lebih tinggi daripada buah-buahan import. Buah-buahan yang segar seharusnya ranum manakala sayur-sayuran pula tiada kesan lebam.

Sebaiknya tempat penyimpanan sayur haruslah diasingkan dengan tempat penyimpanan buah. Ini kerana sayur adalah lebih sensitif dan cepat rosak. Selain itu, pastikan juga tempat menyimpan buah-buahan dan sayur-sayuran ini mempunyai pengudaraan yang baik. Untuk keterangan lanjut, kita dapatkan nasihat pakar.

Sebenarnya, bukannya susah untuk setiap individu mendapatkan berat badan yang unggul. Apa yang penting, faktor pemakanan haruslah dijaga. Kurangkan makanan berlemak. Makan sayur-sayuran yang mengandungi banyak serat. Serat membantu kita cepat kenyang dan mengelakkan kita makan lebih banyak. Sebaik-baiknya harus diambil sebagai pencuci mulut dan snek. Selain daripada itu, pengambilan buah-buahan boleh ditingkatkan jika dimasukkan ke dalam lauk pauk.


Makan pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Gantikan minuman bergas dengan minuman buah-buahan tanpa gula bagi menggantikan kalori yang berlebihan.
  • Ibu mengandung digalakkan mengambil sayur-sayuran seperti sawi, pucuk paku dan bayam untuk mengelakkan kekurangan darah dan jaundis semasa mengandung.
  • Setiap individu harus memastikan buah-buahan dan sayur-sayuran masih mengandungi serat yang tinggi semasa dimakan. Ini bermakna kita haruslah peka dalam menyediakan sayur-sayuran dan buah-buahan.

sumber:Facebook

4 comments:

  1. Saya mmg bukan penggemar air gas.. klu dah betul2 takde option barulah minum. Itu pun sikit je... thanks sharing tips.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. he..he..tahank sharing pendapat bro..
      samlah kita ya :P

      Delete
  2. Nurul suka makan sayur! Sayur je tanpa nasi.sekurang2nye seminggu sekali.. Trmasuk ulam2an... Mevles!

    ReplyDelete

Anda Suka Dengan Article Ini!
Apa Lagi Kongsikanlah Bersama Rakan-Rakan Anda
Di Email, Twitter, Facebook, Google +G !
Jangan Lupa Ya :P

LinkWithin