Panduan, Tips & Petua Blogs

Search This Blog

TIPS UNTUK TAMBAHKAN BERAT BADAN



  • Niat. Untuk berjaya, kita perlu tetapkan niat dalam hati agar segala tips yang dikongsikan dapat dilakukan dengan baik
  • Makan roti. Roti mengandungi kalori yang tinggi berbanding nasi. Pengambilan kalori yang banyak akan membantu mempercepatkan penambahan berat badan.
  • Jangan tinggal waktu makan. Dengan makan yang cukup akan dapat menastikan badan kita sentiasa mendapat kadar protein, garam galian dan kalori yang mencukupi.
  • Makan banyak kali. Maksudnya makan dengan kadar yang mengenyangkan tetapi banyak kali selepas beberapa jam. Bukan makan banyak sekali gus. Orang yang berbadan besar sering dikaitkan dengan makan banyak. Tetapi bezanya sini kita makan makanan yang berkhasiat dan yang sesuai untuk menambah berat badan. 

10 KHASIAT DAN KEBAIKAN MEMAKAN SAYUR-SAYURAN


Kajian telah mengatakan bahawa pengamal sayur-sayuran dan buah-buahan akan hidup lebih sihat dan lama berbanding mereka kurang mengamalkan pemakanan berasaskan sayur-sayuran dan buah-buahan, kerana kita sedia maklum dari segi khasiat kandungan nutrition seperti vitamin, mineral, lemak, protein dan karbohidrat yang terdapat di dalam sayur dan buah-buahan. Kebanyakan negara maju seperti Britain, Amerika Syarikat dan Jepun menjadikan sayur-sayuran dan buah-buahan sebagai menu utama mereka. Ini kerana, mereka telah mengenal pasti bahawa dengan mengamalkan makan makanan yang sihat,s eperti ini dapat meningkatkan kualiti hidup


Sayur-sayuran adalah penting dan sangat baik untuk kesihatan badan, minda dan emosi. Sayuran hijau seperti sawi, timun, ulam-ulaman dan kacang panjang mempunyai khasiat tersendiri kepada tubuh badan. Kajian telah menunjukkan melalui sayur-sayuran yang mempunyai banyak serat penting boleh menyelamatkan sehingga 2.7 juta nyawa atau mengurangkan risiko penyakit berbahaya di seluruh dunia sebanyak 1.8 peratus setahun! sebelum ini saya ada kongsikan 10 senarai makanan yang boleh menggantikan vitamin (klik sini) yang anda boleh dapati di dalam peti, owh bagi yang suka makan makanan segera wajib baca info sebab dan alasan makanan segara membahayakan kesihatan


1) Membantu proses menurunkan berat badan

Sayuran hijau adalah semula jadi rendah karbohidrat tetapi kaya dengan serat yang menjadikan ia lambat untuk di hadamkan. Maka ia akan membantu anda berasa kenyang untuk tempoh yang lebih lama. Kelebihan utama sayuran hijau adalah ia sangat rendah kalori yang telah membuktikan bahawa ia sesuai di jadikan menu untuk membantu proses penurunan berat badan.


2) Mencantikkan kulit

Oleh kerana sayuran hijau mengandungi banyak kandungan air, ia membantu badan untuk kekalkan kelembapan dan ianya menyumbang kepada kecantikan kulit dan rambut. Anti oksidan seperti vitamin C yang terdapat di dalam sayuran hijau juga membantu tubuh untuk membuat kolagen yang juga membantu mencantikkan kulit dan rambut selain mengurangkan risiko arthritis. Vitamin E dan vitamin C bergabung untuk mengekalkan kulit yang sihat walaupun meningkat usia. 


3) Membina dan memperbaiki tulang 

Sesetengah sayuran hijau seperti sayur kailan adalah tinggi dengan kalsium dapat membantu memastikan gigi dan tulang sentiasa kuat. Ia juga dapat mengurangkan risiko menghidap osteoporosis. Sayur yang mengandungi kalium juga mempunyai fungsi yang sama. Untuk mendapatkan tulang yang kuat, badan kita memerlukan kalsium, vitamin D dan vitamin K yang bekerjasama untuk membina dan membaiki tulang. 

TIPS UNTUK KELIHATAN CANTIK SEPANJANG MASA


1. Bina Keyakinan - Cara Untuk Kelihatan Cantik

Dengan membina keyakinan diri, ini akan membantu anda untuk memahami kecantikan semula jadi diri anda. Berdiri tegak. Senyum pada diri anda. Perhatikan perkara-perkara yang positif. Jika anda perasan akan kecacatan pada diri anda, baiki atau betulkan. Mungkin anDA boleh cuba langkah-langkah yang berikutnya.


2. Jaga Kulit dan Badan - Cantik Sahaja Tidak Mencukupi

Pastikan anda menjaga kebersihan diri kerana ia penting untuk kelihatan cantik. Mandi setiap hari untuk mendapatkan bau yang harum dan segar. Basuh badan anda dengan cecair mandian yang berbau harum dan basuh rambut anda selang sehari. Jika anda basuh setiap hari, kulit kepala akan menjadi kering dan terkelupas. Jika rambut anda semula jadi berminyak, gunakan syampu yang bersesuaian untuk menghalang rambut daripada menghasilkan minyak berlebihan. Basuh rambut dengan mengurut kulit kepala dengan syampu menggunakan hujung jari anda. Bilas dan ulang sebanyak 2 kali. Kemudian basuh dengan kondisioner untuk rambut yang bersinar dan menghalang daripada kusut. Urut rambut anda selama 20 saat dan biarkan selama 2 minit. Bilas dan ulang lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...