Tuesday, May 27, 2014

PETUA TRADISIONAL MERAWAT JERAWAT MENGGUNAKAN TOMATO DAN TIMUN


Petua kecantikan ini boleh diamalkan oleh sesiapa sama ada lelaki atau perempuan untuk merawat dan mengekalkan kecantikan muka anda, di bawah saya kongsikan dua cara tradisional untuk merawat wajah yang ditumbuhi jerawat menggunakan bahan alam iaitu tomato dan timun. Sebelum ini saya pernah berkongsi dengan anda khasiat pengunaan tomato untuk kecantikan dan tips merawat dan menghilangkan parut jerawat di wajah


Apakah itu jerawat dan apakah puncanya?

Jerawat ialah beberapa jenis benggolan atau benjolan di kulit. Jerawat selalunya terdapat di muka, leher, bahu, belakang badan dan dada kebanyakan remaja. Folikel-folikel rambut atau liang-liang roma di dalam kulit anda mengandungi kelenjar-kelenjar sebum (juga dikenali sebagai kelenjar minyak) yang menghasilkan sebum iaitu minyak yang melicinkan rambut dan kulit. Dalam keadaan biasa kelenjar-kelenjar ini menghasilkan jumlah sebum yang betul dan liang-liang roma akan berkeadaan baik. Jerawat terjadi apabila liang-liang roma tersumbat dengan sebum yang terhasil dengan banyak dan juga sel-sel kulit yang mati.

Petua Tradisional Merawat Jerawat


Petua ini menggunakan buah tomato sebagai penawar kepada masalah jerawat. 
  • Caranya ialah dengan menyapukan buah tomato yang telah dibelah ke wajah sebelum masuk tidur. Setelah agak kering, buangkan biji-biji tomato yang melekat pada wajah anda. Ramuan ini boleh dipakai semalaman atau jika anda terasa gatal atau pedih, anda boleh membersihkannya dengan air bersih sebaik sahaja ia mengering. Amalkan petua ini sekali seminggu. Di samping menyembuhkan jerawat, petua tomato ini juga akan membuatkan wajah kelihatan lebihcerah dan lebih berseri.


Petua kali ini menggunakan kulit timun supaya jerawat yang tumbuh cepat kering.

  • Kupas kulit sebiji timun dan kemudian tumbuk hingga lumat. Bersihkan wajah terlebih dahulu dan lapkan wajah sehingga kering. Selepas itu, pupurkan kulit timun yang telah ditumbuk tadi pada jerawat yang terdapat di wajah anda.
  • Biarkan ia mengering selama 1/2 jam pada wajah sebelum dicuci dengan air bersih. Petua ini elok jika diamalkan pada setiap hari supaya jerawat yang tumbuh cepat mengering dan tidak meninggalkan bekas.

9 comments:

  1. Menarik nie.. Boleh mencuba sebab tiada unsur2 yang meragu kan.. Thanks for this good info :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha..ha..ha
      insaallah tak ada unsur2
      yang mragukan.. terutama dna babi
      smuanya bahan
      smula jadi... ur are welcome bro :P

      Delete
  2. Terbaik. Ramai yang memang menanti-nantikan petua yang sebegini.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih kepada admin kerana kongsikan artikel yang menarik ini.

    Saya ada membuat entri seperti ini di laman web saya. Ianya berkaitan dengan 50+ petua dan cara untuk menghilangkan jerawat dan parut jerawat.

    Anda boleh membacanya disini :
    http://www.panduan.xt.my/kecantikan/cara-ubat-petua-menghilangkan-jerawat-parut/

    Semoga dapat membantu.

    ReplyDelete
  4. Terimakasih atas informasinya karena saya lagi cari informasin tentang cara menghilangkan jerawat secara alami
    .

    ReplyDelete
  5. terimakasih atas informasinya gan, saya mencari informasi tetang jerawat yang selalu mengganggu penampilan wajah.
    .

    ReplyDelete
  6. nak tnya, perlu ke masak tomato tu dulu?

    ReplyDelete

Anda Suka Dengan Article Ini!
Apa Lagi Kongsikanlah Bersama Rakan-Rakan Anda
Di Email, Twitter, Facebook, Google +G !
Jangan Lupa Ya :P

LinkWithin