5 KHASIAT TOMATO UNTUK KECANTIKAN | Tips & Panduan Blog's

Search This Blog

5 KHASIAT TOMATO UNTUK KECANTIKAN




5 Khasiat Tomato Untuk Kecantikan

1) Menghilangkan kutil atau ketuat

Tomato juga berguna untuk menghilangkan kutil atau ketuat iaitu dengan merendamkan kaki ke dalam air suam sepuluh saat dan potong tomato hijau dengan hirisan yang kecil dan diletakkan pada kutil atau ketuat itu kemudian balut dengan kain dan dibuka di waktu pagi.Lakukan di waktu malam berulang kali sehingga lima malam berturut-turut.


2) Membersihkan kulit muka

Topeng muka menggunakan campuran tomato dan avokado amat sesuai untuk kulit kombinasi (berminyak, biasa dan kering) kerana ia menggabungkan astringen dan antiseptik yang boleh mengurangkan kandungan minyak serta noda hitam pada kulit.Topeng penyegar muka ini kaya dengan vitamin A, C dan E - kesemuanya penting untuk kulit yang sihat. Untuk membuat topeng muka ini, hancurkan tomato dan avokado dalam mangkuk dan sapukan pada muka, bilas selepas 20 ke 30 minit.Boleh juga sapukan campurkan jus tomato segar dengan jus timun pada kulit muka untuk mengawal minyak and jerawat.


3) Merawat jerawat

Hancurkan tomato segar dan sapu rata bahan tersebut pada kulit muka yang berjerawat. Biarkan sejam atau lebih sebelum dibilas dan dikeringkan. Buat setiap hari sehingga jerawat hilang.


4) Menyejukkan kulit yang rosak

Kisar sebiji tomato dan campurkan dua sudu yogurt. Sapu bahan tersebut pada kulit muka dan biarkan selama 20 minit. Bilas dengan air suam. Gabungan tomato dan yogurt mampu menyejukkan kulit dan mengurangkan kesan kesakitan termasuk akibat selaran matahari dan kerengsaan kulit. Ini kerana yogurt merangsang protein pada kulit dan menjadikannya lembut manakala tomato menyejuk dan meneutralkan permukaan kulit


5) Baik Untuk Mata

Kiranya selama ini kita dengar lobak merah dan berry baik untuk mata, tomato juga baik untuk mata sebenarnya. Kerana kaya dengan vitamin A, tomato amat bermanfaat untuk kesihatan mata khasya rabun malam dan rabun jauh serta penyakit-penyakit mata lain akibat kekurangan vitamin. Daun tomato pula berguna untuk merawat saraf optik dan lemah mata. Ambil segenggam daun tomato yang baru dipetik. Bilas dan rendam selama 15 minit dalam air panas (tidak terlalu panas) di dalam bekas tertutup. Sejatkan. Air ini merupakan tonik untuk mata dan saraf optik. Hendaklah dimakan sesudu teh sebelum mengambil sajian utama 3 kali sehari.

10 comments:

  1. Tak tahu pula khasiat tomato sebegini besar.. Nasib la aku suka makan tomato heheheee :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak khasiatkan bro? untung siapa suka makan tomato

      Delete
  2. Assalamualaikum, sheila memang suka makan tomato sejak kecil. Sebabnya, mak cakap tomato tu epal. so hari2 makan. hahaha sengal rasa kena tipu.. apapepun, berbaloi makan tomato ni.. banyak sangat khasiatnya. kulit muka pun mulus semacam je. hiewhiew~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam.. x sia2 kena tipu..bguslah buah tomato ni banyak khasiat..rasa pun sedap... alhamdulilah mesti cantik muka akak amalkan buah tomato ya :P

      Delete
  3. Saya suka klu makan nasi ayam ada bnyk tomato.. syok.. thanks sharing.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha..ha.kalau ikan bakar kena ada sambal tomato:P

      Delete
  4. selama ni tau makan je..sebab sedap..hehehe

    ReplyDelete
  5. Tomatoes are definitely good for health.

    ReplyDelete
  6. Rupanya banyak lagi kegunaan tomato yg akak x tau...good info Sobri

    ReplyDelete

Anda Suka Dengan Article Ini!
Apa Lagi Kongsikanlah Bersama Rakan-Rakan Anda
Di Email, Twitter, Facebook, Google +G !
Jangan Lupa Ya :P