Saturday, May 9, 2020

TIPS PENUAAN SECARA SIHAT


Apa Itu Penuaan 

Semasa proses penuaan, kebanyakan warga emas mengalami perubahan-perubahan fungsi badan. Perubahan badan warga emas disebabkan oleh proses penuaan sel dan organ di dalam badan. Perubahan ini mungkin mengakibatkan perubahan fungsi badan, rupa bentuk dan pengalaman lain. Sesetengah perubahan adalah ketara, contohnya sebelum umur 50 tahun, kebanyakan warga emas menghadapi masalah melihat objek dekat, perubahan lain yang kurang ketara, contohnya kebanyakan warga emas mengetahui fungsi buah pinggang mereka sudah merosot hanya apabila penyakit buah pinggang sudah terjadi. Adalah susah untuk membuat anggaran kadar mana seseorang itu mengalami proses penuaan kerana setiap warga emas melalui proses ini dengan kadar yang berlainan

Tips Ke arah Penuaan Secara Sihat
  • Pemeriksaan perubatan secara berkala
  • Pemeriksaan gigi dan mulut secara berkala
  • Melakukan aktiviti fizikal secara tetap, seperti bercucuk tanam dan sebagainya
  • Amalkan pemakanan seimbang
  • kekalkan berat badan secara unggul
  • Jaga kebersihan diri
  • Berhenti merokok
  • Berhenti mengambil alkohol dan dadah terlarang
  • Bekalkan amalan seksual
  • Bina sikap positif dalam kehidupan
  • Fahami keperluan pasangan
  • Menjalin hubungan mesra dengan ahli keluarga. sahabat handai dan masyarakat setempat
  • Luaskan pergaulan
  • Luangkan masa untuk berehat dan beriadah
  • Kongsi pengalaman, pendapat, masalah dengan orang lain
  • Penuhi masa lapang dengan sebaiknya dengan bermasyarakat, hobi, berpersatuan dan sebagainya
  • Perima hakikat perubahan yang berlaku dari segi peranan.

No comments:

Post a Comment

Anda Suka Dengan Article Ini!
Apa Lagi Kongsikanlah Bersama Rakan-Rakan Anda
Di Email, Twitter, Facebook, Google +G !
Jangan Lupa Ya :P

LinkWithin