Showing posts with label KURUSKAN BADAN. Show all posts
Showing posts with label KURUSKAN BADAN. Show all posts

Wednesday, March 19, 2014

5 TIPS SENAMAN YANG MUDAH DILAKUKAN DI RUMAH

Bersenam? siapa kata senaman susah untuk dilakukan atau tiada masa yang sesual untuk melakukan senaman, senaman boleh dilakukan di mana-mana seperti berjalan kaki ke tempat parking kereta, menaiki tanggan ke pejabat, mengemas rumah dan pelbagai lagi, di sini saya kongsikan 5 tips senaman yang mudah dilakukan di rumah!. Jadi selepas ini anda tiada lagi alasan untuk tidak melakukan senaman.




1. Ketika membasuh pinggan

  • Cuba untuk berdiri dengan sebelah kaki sahaja. Cara ini dapat mengukuhkan kawalan saraf sekitar buku lali, lutut dan pinggul. Ia turut membantu anda dalam menstabilkan tubuh badan sendiri.


2. Ketika menyapu sampah atau mop lantai
  • Aktiviti ini sangat berkesan dalam membuatkan badan anda berpeluh. Tukar gaya menyapu anda. Lakukan step tarian mudah yang anda ingat sambil menyapu atau mop lantai. Anda juga boleh mainkan muzik kesukaan untuk menjadikannya lebih seronok. Hehhee menari sambil menyapu ye, ni kene buat bila orang takde, silap-silap dikatanya kita buang tabiat la pulak.

3. Ketika memberus gigi
  • Untuk memastikan anda tidak mengantuk dan segar pada pagi hari, senaman cangkung atau squat boleh dilakukan ketika sedang memberus gigi. Dengan cara ini, kekuatan lutut anda dapat ditingkatkan selain mengurangkan risiko artritis. Mulakan dengan bilangan yang sedikit seperti 6 hingga ke 7 kali setiap hari. Apabila sudah menjadi kebiasaan, tingkatkan bilangan sedikit demi sedikit.

4. Naik turun tangga
  • Bagi rumah yang mempunyai tangga, anda sangat beruntung. Senaman naik turun tangga boleh menggantikan senaman seperti berjoging di rumah. Senaman ini juga berkesan untuk mencantikkan pinggul wanita. Lakukan senaman ini selama 10 ke 15 minit setiap hari.

5. Ketika menonton Televisyen
  • Banyak jenis senaman yang anda boleh lakukan semasa menonton televisyen. Contohnya, anda boleh cuba naikkan kaki setinggi boleh ataupun paling kurang sehingga 45 darjah dari lantai dengan menggunakan kekuatan paha. Selain itu, anda juga boleh melakukan senaman tangan dengan menggunakan dumbel. Anda pasti tidak akan merasa kepenatannya sambil dihiburkan dengan rancangan kegemaran anda di kaca televisyen.

Sunday, March 16, 2014

TIPS MENGURUSKAN BADAN SECARA SIHAT


Seperti yang kita tahu, masalah obesiti dikalangan rakyat malaysia sudah menjadi phenomena di malaysia,pada pandangan saya, rakyat malaysia sekarang kebanyakkan sudah rajin untuk bersenam untuk menjaga kesihatan. 

Tapi ada satu masalah yang sering dihadapi oleh lelaki zaman sekarang iaitu MASALAH PERUT BOROI atau BUNCIT, tak kira sudah berkahwin atau bujang, semuanya menghadapi masalah yang sama.

"kurus atau gemuk, yang penting kita sihat, orang yang kurus tak semestinya sihat, yang berisi tidak semestinya sakit, yang penting kita jaga kesihatan kita untuk diri sendiri"






Di sini saya senaraikan apa yang saya lakukan apabila saya bersenam.

  • Senaman pentingkan kualiti daripada kuantiti, bila bersenam tidak perlu beria-ria, cuma pastikan senaman itu berkesan dan berkualiti, itu yang saya amalkan.
  • Bersenam focuskan kepada otok yang tertentu, jangan nak sekali harung / lakukan pelbagai gerakan dalam satu sesi. Buat satu persatu senaman, mengikut urutan 
  • Jaga pemakanan, pastikan mengambil makanan yang seimbang yang diperlukan oleh tubuh badan, buat yang teringin perut yang cantik bak model, pastikan elakkan makanan yang berminyak dan mengandungi msc dan garan yang tinggi. Banyakkan mengambil sayuran dan buah-buahan dan air kosong.
  • Jangan lupa lakukan senaman kardio, cara yang paling senang bagi yang "agak malas" pergi bersenam di kawasan terbuka, anda boleh lakukan di rumah, cuma taip senaman kardio di internet / youtube, pelbagai pilihan yang ada, pastikan pilih senaman yang bersesuaian dengan diri anda. Tambahan sekarang sudah banyak pilihan melakukan senaman sambil berseronok antara melakukan Senaman Zumma atau pun tarian, Paling penting tepuk dada tanya  selera, mahu atau tidak mahu.

Wednesday, February 26, 2014

PETUA MENGEKALKAN BERAT BADAN



Rumah adalah tempat terbaik untuk anda menentukan pada waktu bila, apa untuk dan bagaimana menyediakan makanan. Anda boleh menggunakan panduan / petua mengekalkan berat badan di bawah ini untuk membantu anda mendapatkan berat badan impian anda.


  • Makan tiga hidangan lengkap setiap hari, tetapi jika mempunyai keinginan mengunyah ambil sedikit lobak merah, timun atau buah jambu. 
  • Jangan makan dengan laju. Anda akan makan lebih sedikit dan lebih menikmati hidangan anda. 
  • Daripada menggoreng, gunakan cara masakan yang lain seperti rebus, panggang, kukus, salai dan bakar.
  • Gunakan kuali tidak melekat untuk mengurangkan penggunaan minyak masak dan lemak.
  • Minum banyak air sepanjang hari, ia membantu anda berasa lebih kenyang. 
  • Makan lebih sayuran dan buah-buahan.

Terlalu cepat berputus asa. Jika anda gagal untuk kali pertama dalam percubaan menurunkan berat badan janganlah terlalu cepat mengalah. Kajian mendapati seseorang hanya mencuba untuk menurunkan berat badan akan mendapat faedah kesihatan walaupun gagal menurunkan sedikitpun berat badannya.


LinkWithin