Showing posts with label DIET. Show all posts
Showing posts with label DIET. Show all posts

Sunday, March 16, 2014

TIPS MENGURUSKAN BADAN SECARA SIHAT


Seperti yang kita tahu, masalah obesiti dikalangan rakyat malaysia sudah menjadi phenomena di malaysia,pada pandangan saya, rakyat malaysia sekarang kebanyakkan sudah rajin untuk bersenam untuk menjaga kesihatan. 

Tapi ada satu masalah yang sering dihadapi oleh lelaki zaman sekarang iaitu MASALAH PERUT BOROI atau BUNCIT, tak kira sudah berkahwin atau bujang, semuanya menghadapi masalah yang sama.

"kurus atau gemuk, yang penting kita sihat, orang yang kurus tak semestinya sihat, yang berisi tidak semestinya sakit, yang penting kita jaga kesihatan kita untuk diri sendiri"






Di sini saya senaraikan apa yang saya lakukan apabila saya bersenam.

  • Senaman pentingkan kualiti daripada kuantiti, bila bersenam tidak perlu beria-ria, cuma pastikan senaman itu berkesan dan berkualiti, itu yang saya amalkan.
  • Bersenam focuskan kepada otok yang tertentu, jangan nak sekali harung / lakukan pelbagai gerakan dalam satu sesi. Buat satu persatu senaman, mengikut urutan 
  • Jaga pemakanan, pastikan mengambil makanan yang seimbang yang diperlukan oleh tubuh badan, buat yang teringin perut yang cantik bak model, pastikan elakkan makanan yang berminyak dan mengandungi msc dan garan yang tinggi. Banyakkan mengambil sayuran dan buah-buahan dan air kosong.
  • Jangan lupa lakukan senaman kardio, cara yang paling senang bagi yang "agak malas" pergi bersenam di kawasan terbuka, anda boleh lakukan di rumah, cuma taip senaman kardio di internet / youtube, pelbagai pilihan yang ada, pastikan pilih senaman yang bersesuaian dengan diri anda. Tambahan sekarang sudah banyak pilihan melakukan senaman sambil berseronok antara melakukan Senaman Zumma atau pun tarian, Paling penting tepuk dada tanya  selera, mahu atau tidak mahu.

Wednesday, February 26, 2014

PETUA MENGEKALKAN BERAT BADAN



Rumah adalah tempat terbaik untuk anda menentukan pada waktu bila, apa untuk dan bagaimana menyediakan makanan. Anda boleh menggunakan panduan / petua mengekalkan berat badan di bawah ini untuk membantu anda mendapatkan berat badan impian anda.


  • Makan tiga hidangan lengkap setiap hari, tetapi jika mempunyai keinginan mengunyah ambil sedikit lobak merah, timun atau buah jambu. 
  • Jangan makan dengan laju. Anda akan makan lebih sedikit dan lebih menikmati hidangan anda. 
  • Daripada menggoreng, gunakan cara masakan yang lain seperti rebus, panggang, kukus, salai dan bakar.
  • Gunakan kuali tidak melekat untuk mengurangkan penggunaan minyak masak dan lemak.
  • Minum banyak air sepanjang hari, ia membantu anda berasa lebih kenyang. 
  • Makan lebih sayuran dan buah-buahan.

Terlalu cepat berputus asa. Jika anda gagal untuk kali pertama dalam percubaan menurunkan berat badan janganlah terlalu cepat mengalah. Kajian mendapati seseorang hanya mencuba untuk menurunkan berat badan akan mendapat faedah kesihatan walaupun gagal menurunkan sedikitpun berat badannya.


LinkWithin