Showing posts with label BERSENAM. Show all posts
Showing posts with label BERSENAM. Show all posts

Monday, March 17, 2014

9 KELEBIHAN DAN KEBAIKAN BERSENAM

                          
Senaman ialah pergerakan badan yang dilakukan secara berulang-kali secara terancang dan berstruktur bertujuan untuk meningkatkan atau mengekalkan satu atau lebih komponen kecergasan fizikal. Senaman juga melibatkan penggunaan dan pengeluaran tenaga yang banyak. Senaman memberi pelbagai kelebihan untuk kesihatan badan kita. Kita disarankan melakukan 30 minit exercise setiap hari


Antara salah cara untuk menjaga kesihatan ialah dengan bersenam. Semua orang tahu perkara ini, tetapi berapa ramaikah yang benar-benar sedar dan mengambil tahu serta menjadikannya sebagai satu aktiviti yang wajib dilakukan?. Ramai pakar perubatan menyatakan senaman antara ubat yang bukan saja murah, malah amat berkesan untuk merawat dan mengawal pelbagai masalah kesihatan yang dihidapi. Teori yang senang sekiranya badan kita dalam keadaan baik dan sihat, agaklah susah untuk penyakit menyerang. 

semakin kita berusia semakin banyak risiko penyakit yang menunggu. oleh itu jadikanlah senaman sebagai ‘makanan harian' untuk menjaga kesihatan diri sendiri, banyak kajian menunjukkan bersenam boleh membantu kita mengawal penyakit dengan lebih baik walaupun anda telah mengidap penyakit, di bawah saya senaraikan 1o kelebihan bersenam yang anda mesti tahu!.

Kelebihan Bersenam 

• Meningkatkan kekuatan dan daya tahan.
• Mencapai berat badan unggul.
• Meningkatkan kecergasan fizikal
• Meningkatkan kelembutan sendi.
• Mengawal tekanan darah
• Menggalakkan berhenti dari merokok.
• Mengawal keseimbangan makanan.
• Mencapai paras kolesterol yang normal.
• Mengurangkan paras tekanan ( stres ) .



Sunday, March 16, 2014

TIPS MENGURUSKAN BADAN SECARA SIHAT


Seperti yang kita tahu, masalah obesiti dikalangan rakyat malaysia sudah menjadi phenomena di malaysia,pada pandangan saya, rakyat malaysia sekarang kebanyakkan sudah rajin untuk bersenam untuk menjaga kesihatan. 

Tapi ada satu masalah yang sering dihadapi oleh lelaki zaman sekarang iaitu MASALAH PERUT BOROI atau BUNCIT, tak kira sudah berkahwin atau bujang, semuanya menghadapi masalah yang sama.

"kurus atau gemuk, yang penting kita sihat, orang yang kurus tak semestinya sihat, yang berisi tidak semestinya sakit, yang penting kita jaga kesihatan kita untuk diri sendiri"






Di sini saya senaraikan apa yang saya lakukan apabila saya bersenam.

  • Senaman pentingkan kualiti daripada kuantiti, bila bersenam tidak perlu beria-ria, cuma pastikan senaman itu berkesan dan berkualiti, itu yang saya amalkan.
  • Bersenam focuskan kepada otok yang tertentu, jangan nak sekali harung / lakukan pelbagai gerakan dalam satu sesi. Buat satu persatu senaman, mengikut urutan 
  • Jaga pemakanan, pastikan mengambil makanan yang seimbang yang diperlukan oleh tubuh badan, buat yang teringin perut yang cantik bak model, pastikan elakkan makanan yang berminyak dan mengandungi msc dan garan yang tinggi. Banyakkan mengambil sayuran dan buah-buahan dan air kosong.
  • Jangan lupa lakukan senaman kardio, cara yang paling senang bagi yang "agak malas" pergi bersenam di kawasan terbuka, anda boleh lakukan di rumah, cuma taip senaman kardio di internet / youtube, pelbagai pilihan yang ada, pastikan pilih senaman yang bersesuaian dengan diri anda. Tambahan sekarang sudah banyak pilihan melakukan senaman sambil berseronok antara melakukan Senaman Zumma atau pun tarian, Paling penting tepuk dada tanya  selera, mahu atau tidak mahu.

LinkWithin