Makan malam merupakan waktu makan utama dan sama penting seperti sarapan pagi dan makan tengah hari. Makan malam sering kali diabaikan oleh sesetengah daripada mereka yang ingin mengurangkan berat badan. Antara kesalahan yang sering dilakukan makan pada lewat malam, makan makanan yang berat / berminyak dan makan dalam kuantiti yang banyak.
Makan malam penting untuk membekalkan tenaga dan nutrien untuk keperluan tubuh badan. Pengambilan makanan yang teratur penting untuk memastikan tubuh badan mendapat tenaga dan nutrien yang diperlukan untuk berfungsi dengan normal. Di bawah saya senaraikan 8 panduan yang boleh dikuti untuk makan malam secara sihat!
- Utamakan makanan yang seimbang pada setiap waktu makan malam. Pastikan hidangan anda mengandungi bijirin seperti nasi atau roti, ikan, ayam atau kekacang serta sayur-sayuran mengikut saranan Piramid Makanan Malaysia.
- Hadkan pengambilan makanan yang bergoreng, berlemak dan berminyak. Ketahuilah saiz hidangan makanan anda. Makan malam sepatutnya membekalkan anda 400-500 kalori.
- Waktu makan malam yang sesuai adalah di antara 6.30 petang hingga 8.30 malam. Sekiranya anda tidur lewatdan berasa lapar, anda boleh mengambil snek yang ringan sebelum tidur seperti buah-buahan, roti, biskut atau segelas susu suam.
- Tidak digalakkan mengambil makanan pada lewat malam. Ini adalah kerana pengambilan makanan hampir dengan waktu tidur akan menyebabkan ketidakselesaan dan akan mengganggu tidur anda.
- Elak makan malam sambil menonton televisyen. Ini adalah kerana anda tidak sedar berapa banyak anda makan sambil menonton rancangan kegemaran anda tersebut
- Elak mengambil teh atau kopi selepas makan malam. Pengambilan teh atau kopi boleh mengakibatkan gangguan tidur.
- Sekiranya anda perlu menghadiri jamuan makan malam, anda tidak perlu makan semua jenis makanan yang dihidangkan. Makan secara sederhana dengan mengambil saiz hidangan yang kecil. Pilih makanan yang lebih sihat. Utamakan buah-buahan serta air kosong.
kalau boleh elakkan makan nasi di waktu malam kan...thanks for tiips nie..
ReplyDeletebetul cuba elakan nasi / makanan yang berat
DeleteAssalamualaikum. balik kerja mesti nak kena makan nasi.. kalau tak menggelupur sebelum tertidur. ahhaha. rasanya kena ubat sikit lauk2 malam. hehee thanks for the tips sobri. singgah sambil menabung ~~~
ReplyDeletewassalam sis,boleh makan tapi dalam kuantiti yang sikit. terima kasih ya :P
DeleteTips perkongsian yg baik utk dijadikan rujukan.. t kasih.. :)
ReplyDeletesama-sama bro khir
DeleteSedang cuba kurangkan pengambilan karbohidrat utk mkn mlm...thanks for the info
ReplyDeletecuba yang tak cuba sis.sama-sama :P
Deletehe.he itu lagi menarik tu :P
ReplyDeletedi sini ada yang menyebutkan bahwa makan malam itu maksimal pukul 6 sore
ReplyDelete6 sore di Malaysia = jam 7 waktu Indonesia,sis
Deletethanks for the tips
ReplyDelete