Tapi ada satu masalah yang sering dihadapi oleh lelaki zaman sekarang iaitu MASALAH PERUT BOROI atau BUNCIT, tak kira sudah berkahwin atau bujang, semuanya menghadapi masalah yang sama.
"kurus atau gemuk, yang penting kita sihat, orang yang kurus tak semestinya sihat, yang berisi tidak semestinya sakit, yang penting kita jaga kesihatan kita untuk diri sendiri"
Di sini saya senaraikan apa yang saya lakukan apabila saya bersenam.
- Senaman pentingkan kualiti daripada kuantiti, bila bersenam tidak perlu beria-ria, cuma pastikan senaman itu berkesan dan berkualiti, itu yang saya amalkan.
- Bersenam focuskan kepada otok yang tertentu, jangan nak sekali harung / lakukan pelbagai gerakan dalam satu sesi. Buat satu persatu senaman, mengikut urutan
- Jaga pemakanan, pastikan mengambil makanan yang seimbang yang diperlukan oleh tubuh badan, buat yang teringin perut yang cantik bak model, pastikan elakkan makanan yang berminyak dan mengandungi msc dan garan yang tinggi. Banyakkan mengambil sayuran dan buah-buahan dan air kosong.
- Jangan lupa lakukan senaman kardio, cara yang paling senang bagi yang "agak malas" pergi bersenam di kawasan terbuka, anda boleh lakukan di rumah, cuma taip senaman kardio di internet / youtube, pelbagai pilihan yang ada, pastikan pilih senaman yang bersesuaian dengan diri anda. Tambahan sekarang sudah banyak pilihan melakukan senaman sambil berseronok antara melakukan Senaman Zumma atau pun tarian, Paling penting tepuk dada tanya selera, mahu atau tidak mahu.