Sunday, February 23, 2014

7 LANGKAH – LANGKAH MUDAH MENGATASI STRES


Langkah-langkah untuk mengatasi masalah stres!

Satu keadaan gangguan emosi, pemikiran dan fizikal seseorang. Seringkali dalam kehidupan kita, pekerjaan dan pembelajaran adalah dua faktor utama membawa gejala kerunsingan sehingga keadaan ketegangan atau stress. Manusia seringkali mengadu bahawa ia mengalami stress, 'tension' atau tegang. Peningkatan gejala stress di kalangan pelajar seringkali dikaitkan dengan faktor persekitaran semasa khususnya menjelang musim peperiksaan. Senario ini serupa apabila kita menyatakan bahawa kita tiada 'mood', atau kita tiada minat untuk belajar. Bagi golongan dewasa, stress seringkali melanda kehidupan berikutan masalah kewangan dalam rumahtangga di bawah antara 7 langkah-langkah mudah mengatasi stres yang boleh anda amalkan!


1. Berfikiran positif
Bagi mengelakkan diri memikirkan perkara yang tidak berfaedah atau membebankan perasaan dan pemikiran kebiasaannya olyn akan mula berfikir secara positif. Iaitu olyn akan selalu menganggap bahawa masalah yang datang dan menjadikan diri kita tertekan sebagai cabaran dan rencah dalam kehidupan. manusia mana yang tidak ditimpa masalah dan mengalami tekanan. Perkara ini bergantung kepada diri setiap individu bagaimanakah cara untuk menangani stress masing-masing. Sebolehnya apabila menghadapi tekanan harus berfikir secara positif bahawa kita di uji kerana Tuhan sayangkan kita dan Tuhan tahu kita mampu menghadapinya oleh kita diuji. Kita juga harus berfikiran positif dan memikirkan bahawa stress adalah suatu keperluan hidup untuk kita meningkatkan kualiti kehidupan.


2. Sentiasa Mengingati Tuhan 
Mengingati Tuhan juga adalah merupakan salah satu cara untuk mengatasi stress. hanya Tuhan sahaja yang punya kuasa untuk menentukan takdir hidup manusia. Namun sebagai manusia kita seharusnya berusaha untuk menghadapi segala ujian yang mendatang dengan kental. Jadilah seteguh karang. Nun jauh rendah di dasar lautan namun jiwa kentalnya sekental gunung di daratan.


3. Sedia berkongsi masalah 
Bersedia berkongsi masalah dengan mana-mana individu yang kita percayai mampu mengurangkan tekanan dalam hidup. Sekurang-kurangnya bila kita telah meluahkan perasaan dan berkongsi masalah dengan orang lain perasaan kita kan menjadi lebih tenang dan lega. akan merasa lebih tenang dan mendamaikan kerana keluahan telah diluahkan sepenuhnya. Namun berhati-hati, pilih individu yang boleh dipercayai.


4. Terima kelebihan dan kekurangan diri
Kebiasaannya, kita akan tertekan atau mengalami stress bila orang lain mengungkit kekurangan kita. apa salahnya jika kita menerima kekurangan diri dan kritikan yang diterima dijadikan sebagai panduan untuk memperbaiki kelemahan diri sendiri. Terimalah juga kelebihan itu sebagai penghargaan kepada diri sendiri. Berdasarkan cara ini sekurang-kurangnya kita tahu bahawa setiap apa yang berlaku adalah bersebab.


5.Ketawa dan berseronoklah
Jika anda mengalami stress jangan sesekali menyisihkan diri daripada rakan-rakan mahupun orang lain.Cuba lah cari sesuatu yang boleh melegakan hati. Berseronoklah dan bergelak tawalah. Sesungguhnya ketawa adalah terapi bagi meregangkan urat2, otot2 dan saraf2 kita. Ia secara tidak langsung akan memberi cas positif dalam diri kita kerana kita tidak akan merasakan tertekan.


6.Senyum
Senyum akan secara tidak langsung memberi hiasan pada raut wajah.Orang akan turut tersenyum melihat kita senyum. Ini kerana senyum adalah salah satu bentuk komunikasi tanpa suara setiap individu dengan individu yang lain. 


7.Bergaul dengan individu yang positif
Bergaul dengan individu yang positif akan menjadikan diri kita lebih bermotivasi. Ini kerana cas positif tersebut akan berpindah secara tidak langsung kepada kita.Persekitaran kita juga turut positif.

9 comments:

Anda Suka Dengan Article Ini!
Apa Lagi Kongsikanlah Bersama Rakan-Rakan Anda
Di Email, Twitter, Facebook, Google +G !
Jangan Lupa Ya :P

LinkWithin