Showing posts with label KESIHATAN. Show all posts
Showing posts with label KESIHATAN. Show all posts

Sunday, February 23, 2014

FAKTA ASAS PENYAKIT KANSER


Kanser adalah penyakit di mana sel-sel bertindak luar biasa, membesar dan membiak melebihi had biasa dan keupayaan mereka. Penyebaran sel agresif kemudian akan menyerang, merosak dan memusnahkan tisu-tisu berhampiran yang juga dikenali sebagai metastasis. Terdapat tiga sifat malignan utama sel-sel kanser iaitu agresif, melanggar dan cepat merebak. Sel benigna tidak mempunyai sifat-sifat tersebut dan dianggap agak selamat walaupun mereka juga mempunyai kecenderungan untuk berubah menjadi sel malignan. Kanser boleh berlaku dalam setiap individu di setiap usia dan mempunyai kadar kematian 13%. Kebanyakan jenis kanser disebabkan oleh komposisi genetik abnormal sel malignan yang boleh disebabkan oleh faktor-faktor alam sekitar atau kecacatan kongenital. 

Karsinogen boleh mengubah genom hos dan sifatnya menjadi malignan manakala masalah replikasi DNA juga boleh berlaku seperti yang biasa dilihat dalam pengembangan kanser pada janin. Kanser jarang berlaku di kalangan kanak-kanak dan remaja tetapi jenis yang paling biasa yang berlaku ialah leukemia, yang diikuti oleh kanser sistem saraf pusat dan kemudian neuroblastoma.

Proses Perkembangan Kanser

Biasanya sel kanser membesar dan membiak dengan sewajarnya, dan ada kalanya juga sel-sel tersebut mati. Tubuh bertanggungjawab untuk memastikan seluruh proses pembiakan dan pertumbuhan seimbang. Sel-sel mati atau rosak digantikan secara automatik. Dalam kes kanser, sel tidak normal hidup lebih lama daripada sel normal dan cepat membentuk sel baru yang tidak normal. Sel-sel kanser boleh sampai ke bahagian-bahagian badan yang terpencil dan organ-organ penting, dan mengganggu fungsi dan proses yang penting.

Tanggungjawab utama DNA sel adalah untuk mengarah aktiviti. DNA yang rosak biasanya akan dibaiki oleh tubuh. Masalahnya ialah tubuh tidak mampu untuk memperbaiki kerosakan kerana sel kanser terus membinasakan sel-sel dan tisu-tisu lain. Kerosakan DNA boleh disebabkan oleh pendedahan kepada unsur-unsur berbahaya dalam persekitaran atau diwarisi. Kanser biasanya bermula dengan pembentukan tumor yang kemudiannya merebak keseluruh tubuh.

Tanda dan Gejala

Gejala boleh dibahagi kepada tiga kategori berasingan, iaitu: tempatan, metastasis dan sistemik. Tanda-tanda tempatan adalah yang pertama berlaku, yang dinyatakan melalui ketulan luar biasa atau pembentukan tumor, pendarahan, ulser dan kesakitan.

Tanda-tanda metastasis menyatakan bahawa sel-sel tidak normal telah mula merebak dan menjejaskan kawasan-kawasan berhampiran dan ditunjukkan dengan batuk, hemoptisis atau batuk berdarah, hepatomegali atau pembesaran hati, gejala neurologi, pembesaran nodus limfa dan kesakitan tulang.

Tanda-tanda sistemik menunjukkan kanser telah merebak ke hampir semua bahagian tubuh dan menjejaskan organ-organ utama dan sistem secara keseluruhan. Pernyataan biasa termasuk lemah tubuh badan atau cachexia, kurang selera makan, kehilangan berat badan, diaphoresis atau berpeluh malam, anemia, pembekuan darah dan hormon yang tidak normal. Lain-lain gejala yang ketara termasuk kekaburan penglihatan, mudah letih, sakit kepala, demam, loya, dan muntah-muntah



Jenis-jenis Kanser 

Kanser menyumbangkan satu perempat daripada jumlah kematian di negara maju. Jenis yang paling biasa adalah kanser prostat, dan diikuti oleh kanser paru-paru dan kanser payudara. Terdapat juga kanser hati, kolon atau kanser kolorektal, kanser pankreas, kanser pundi kencing, kanser ovari, kanser endometrium, kanser tulang, kanser kulit atau kulit melanoma, limfoma non-Hodgkin dan leukemia. 

Semua ini memberi kesan kepada berbagai bahagian tubuh. Ada kemungkinan kanser hanya berlaku di bahagian tertentu tubuh tetapi jenis ini masih dianggap mengikut bahagian asal. Sebagai contoh, jika sel kanser payudara merebak ke paru-paru, ianya masih dirujuk sebagai kanser payudara walaupun sel-sel di dalam paru-paru juga sudah menjadi kanser.


Sifat Sel Kanser 

Sel kanser atau sel malignan tidak memiliki sifat sel biasa yang menghadkan pertumbuhan dan penyebaran mereka. Mereka tidak mampu untuk apoptosis atau masih terus membiak walaupun mempunyai keganjilan genetik. Sel ini tidak peka terhadap isyarat tubuh yang menghadkan pertumbuhan dan penyebaran. Ia sentiasa membahagikan diri dan bertahan lebih lama dari sel normal dan juga mempunyai keupayaan untuk menyerang dan membinasakan tisu berhampiran hanya untuk membiak. 

Secara keseluruhan, kesilapan genetik terus merebak tanpa dibaiki dan meningkatkan mutasi sel di dalam tubuh. Fungsi tubuh terganggu atau tidak lagi berkesan sementara kerosakan terus berkembang. Walau bagaimanapun kanser bukanlah penyakit berjangkit atau boleh merebak. 


Wednesday, October 9, 2013

6 TIPS UNTUK MENGHILANGKAN JERAWAT DAN BEKAS JERAWAT



APA ITU JERAWAT DAN APA YANG ANDA BOLEH LAKUKAN TERHADAPNYA ?

Sekiranya anda seorang remaja, kemungkinan untuk mendapat jerawat amatlah besar. Hampir 8 daripada 10 orang remaja mempunyai jerawat. Jerawat adalah perkara biasa dan ia dianggap sebagai sebahagian daripada tanda baligh.

Apakah itu jerawat dan apakah puncanya?

Jerawat ialah beberapa jenis benggolan atau benjolan di kulit. Jerawat selalunya terdapat di muka, leher, bahu, belakang badan dan dada kebanyakan remaja. Folikel-folikel rambut atau liang-liang roma di dalam kulit anda mengandungi kelenjar-kelenjar sebum (juga dikenali sebagai kelenjar minyak) yang menghasilkan sebum iaitu minyak yang melicinkan rambut dan kulit. Dalam keadaan biasa kelenjar-kelenjar ini menghasilkan jumlah sebum yang betul dan liang-liang roma akan berkeadaan baik. Jerawat terjadi apabila liang-liang roma tersumbat dengan sebum yang terhasil dengan banyak dan juga sel-sel kulit yang mati.


Mengapa ramai remaja mendapat jerawat?


Remaja mendapat jerawat disebabkan hormon yang hadir ketika baligh. Semasa badan anda membesar dan bertambah matang, hormon-hormon ini merangsang kelenjar-kelenjar sebum untuk menghasilkan lebih banyak sebum, atau minyak. Rangsangan ini membuatkan kelenjar-kelenjar tersebut menjadi terlalu aktif. Apabila terlalu banyak sebum dihasilkan, liang-liang roma akan tersumbat, maka terjadilah jerawat. Kebanyakan orang, jerawat akan hilang hampir kesemuanya apabila tamat zaman remajanya. Sekiranya ibubapa anda mempunyai jerawat semasa remaja, kemungkinan anda juga akan mendapatnya.


Apa yang tidak menyebabkan jerawat?

Banyak benda yang tidak menyebabkan jerawat, tetapi ramai orang mempunyai idea yang salah mengenainya. Punca sebenar jerawat ialah kelenjar-kelenjar minyak di dalam kulit yang terlalu aktif - itu sahaja. Jerawat bukanlah disebabkan oleh makanan yang berminyak seperti kentang goreng, coklat atau minuman soda. Tidak semestinya disebabkan oleh pemakaian alat solek, terutamanya jika alat solek itu berlabel "bebas minyak", "noncomedogenic" atau "nonacnegenic". Tekanan perasaan biasanya tidak menyebabkan jerawat kepada remaja (tetapi ia boleh berlaku kepada orang dewasa).

Apa Perlu Saya Buat ? Untuk Menghilangkan Jerawat Dan Bekas Jerawat 
  • Cuci muka anda dua kali sehari dengan sabun dan air suam. Jangan sental muka dengan tuala muka - jerawat tidak boleh disental untuk menghilangkannya, dan menyental sebenarnya boleh membuat kulit bertambah teruk. 
  • Sekiranya anda memakai alat solek, pastikan ia berlabel "bebas minyak," "noncomedogenic" atau "nonacnegenic". Apabila anda mencuci muka anda, pastikan anda menghilangkan semua kesan alat solek anda.
  • Sekiranya anda menggunakan semburan rambut atau gel, cuba elakkan daripada terkena muka anda sebab ia juga boleh menyumbat liang-liang roma. 
  • Sekiranya rambut anda yang panjang menyentuh muka, pastikan anda mencucinya sekerap mungkin untuk menjauhkan minyak.
  • Sekiranya anda bekerja sambilan yang bersentuhan dengan minyak - seperti restoran makanan segera atau stesen minyak - pastikan anda mencuci muka anda bersih-bersih apabila sampai di rumah. 
  • Juga cuci muka anda selepas anda bersenam yang mengeluarkan peluh dengan banyak.
  • Terdapat banyak losyen dan krim di kedai-kedai farmasi untuk menghindarkan jerawat dan menghilangkannya sekaligus. Pastikan anda mengikut arahan dengan betul - jangan gunakan lebih daripada yang sepatutnya pada satu masa (kulit anda akan menjadi terlalu kering dan bertambah teruk), dan ikut arahan untuk memastikan anda tidak alah terhadapnya.



Bagaimana kalau saya masih mendapat jerawat juga?

Kadang-kala walaupun dengan mencuci muka, menggunakan krim-krim dan alat solek bebas minyak, remaja masih mendapat jerawat juga - ini masih merupakan perkara biasa. Malahan, sesetengah remaja perempuan yang biasanya boleh mengawal jerawat, akan mendapat jerawat beberapa hari sebelum mereka datang haid. Ini dipanggil jerawat pra-haid yang disebabkan oleh pertukaran hormon dalam badan dan lebih kurang 7 daripada 10 wanita mengalaminya.

Sekiranya anda melihat muka anda di cermin dan ternampak jerawat, jangan sentuh, picit atau kutil jerawat itu. Ini mungkin susah untuk dilakukan. Tetapi apabila anda mengusik-ngusik jerawat anda, anda boleh membuatnya bertambah teruk. Ditambah lagi dengan minyak daripada tangan anda. Mengutil jerawat boleh meninggalkan parut-parut kecil yang kekal di muka anda!

Remaja yang mengalami jerawat yang teruk boleh mendapatkan bantuan daripada doktor atau ahli dermatologi (pakar kulit), yang boleh merawatnya dengan ubat. Ini bermakna menggunakan krim yang lebih kuat daripada krim yang dibeli di kedai, bergantung pada jerawat seseorang itu, atau mengambil antibiotik bagi membunuh bakteria yang membantu menghasilkan jerawat. Kadang-kala dalam sesetengah kes, pembedahan kecil boleh dilakukan.

Apa yang penting di sini ialah bukan anda seorang sahaja yang mempunyai jerawat. Lihat rakan-rakan di sekeliling anda, anda akan dapati ramai di kalangan remaja yang mempunyai jerawat! jadi jangan stress dan cuba amalkan tips untuk menghilangkan jerawat dan bekas jerawat di atas yang mungkin boleh membantu mnyelesalkan masalah anda :P


LinkWithin