Showing posts with label CANCER. Show all posts
Showing posts with label CANCER. Show all posts

Monday, March 10, 2014

4 FAKTOR BERISIKO MENDAPAT PENYAKIT KANSER.


 

Sebab atau faktor yang boleh menyebabkan kita semua berisiko mendapat penyakit kanser.
  • Kebanyakannya akibat persekitaran atau cara hidup tidak sihat yang mengakibatkan ‘kecederaan’ berlaku pada sel tisu normal yang akhirnya menyebabkan berlaku mutasi.
  • Pengambilan bahan kimia seperti minuman keras, merokok atau pil terlarang. Pendedahan kepada asbestos dan radiasi menyumbang kepada pembentukan kanser. Gaya hidup yang gemar bertukar-tukar pasangan juga penyebab kanser, terutama kanser serviks. 
  • Pengambilan makanan yang salah seperti kurang pengambilan fiber dan sayur-sayuran, selain pengambilan makanan berminyak yang menyumbang kepada obesiti juga mendedahkan diri untuk mendapat kanser.
  • Faktor genetik juga tidak boleh dielakkan. Ia menyumbang kepada kurang daripada 10 peratus kes kanser secara umum. Beberapa jenis kanser dapat dikenal pasti pada peringkat awal dengan menjalankan ujian saringan. Semua wanita perlu belajar cara atau teknik pemeriksaan payudara sendiri supaya bengkak atau simptom awal dapat dikesan.


Sunday, February 23, 2014

PUNCA DAN RAWATAN ALTERNATIF PENYAKIT KANSER


Tahukan anda bahawa Statistik 2007 yang dijalankan di Malaysia menunjukkan kanser adalah penyebab kematian dalam hospital kerajaan yang ketiga terbesar selepas masalah jantung dan jangkitan kuman.

Penyakit kanser adalah penyumbang jumlah kemaatian ke 3 terbanyak di Hospital Awam, cuba bayangkan sekarang berapa banyak orang yang sedang berjuang habis-habisan melawan penyakit kanser yang sedang dihadapinya. Selain itu hampir 200 jenis kanser berisiko untuk dihadapi oleh manusia.

Perkara-perkara seperti pengambilan bahan kimia, pemakanan yang tidak sihat, faktor genetik, faktor persekitaran dan gaya hidup yang kurang sihat, dikatakan menjadi punca kanser. 


  • Pendedahan yang berlebihan kepada cahaya matahari dikatakan akan meningkatkan risiko kanser kulit. 
  • Asbestos dan asap rokok menyebabkan kanser paru-paru, yang merupakan penyumbang tertinggi kepada statistik kematian yang disebabkan kanser. 
  • Radiasi, daging/sate hangus, lemak, sakarin (gula tiruan) dan karsinogen (bahan yang boleh menyebabkan kanser) seperti racun serangga dan racun rumpai.

ini bermakna walaupun ada sihat, tapi anda tetap berisiko untuk mendapat penyakit ini sama ada diwarisi secara genatik ataupun disebabkan oleh gaya hidup anda kurang sihat, dimana kurang menjaga cara pemakanan & bersenam.

  • Kita juga mempercayai bahawa baka merupakan faktor utama yang meningkatkan risiko seseorang mendapat kanser. Namun begitu kajian mendapati bahawa 80 hingga 90 % pesakit kanser datang dari keluarga yang tidak mempunyai sejarah kanser. 
  • Apa lagi yang kita tidak tahu? Ramai penyelidik memberikan berbagai teori mengenai punca sebenar kanser. Namun begitu tiada satu pun teori yang dapat menjelaskan kepelbagaian aspek kanser dan perkembangan penyakit tersebut dalam tubuh manusia. 
  • Dr. Peter Kovacic menulis satu ulasan yang menyeluruh mengenai teka-teki perubatan ini di dalam Current Medicinal Chemistry 2001. Beliau mengatakan dari banyak-banyak teori yang telah dimajukan, hanya teori stres oksidatif yang terbukti kebenarannya. Ia boleh menjelaskan secara rasional dan mengaitkan secara sistematik kebanyakan aspek mengenai karsinogenesis (perkembangan kanser).


Apa itu stres oksidatif? Secara mudah stres oksidatif adalah kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas. Stres oksidatif yang berlaku di dalam badan adalah punca asas sebahagian besar penyakit digeneratif kronik. Untuk mudah bagi anda melihat kesan stres oksidatif, cuba lihat gambar keluarga yang mengandungi berbagai generasi. Perhatikan kulit mereka, anda akan nampak perbezaan yang besar di antara kulit ahli keluarga yang muda dengan yang tua. Kesan yang ada nampak itu disebabkan oleh stres oksidatif pada kulit. Keadaan yang sama juga berlaku di dalam tubuh kita. Jadi kalau inginkan kulit yang cantik, bukan losyen pelembab jawapannya. Anda boleh memperbaiki keadaan ini dengan mengambil makanan atau suplemen yang kaya dengan antioksidan, satu bahan yang boleh menghapuskan radikal bebas dan memulihkan kerosakan yang disebabkan olehnya. 


Kajian Dr. Kovacic menyokong bukti perubatan yang semakin banyak ia-itu apabila terdapat banyakradikal bebas berhampiran dengan nukleus sel, akan berlaku kerosakan teruk kepada DNA sel tersebut. Bila karsinogen menyerang, sistem tubuh akan memperbaiki DNA yang rosak. Namun apabila terlalu banyak stres aksidatif, sistem badan tidak lagi mampu memperbaiki kerosakan yang akan membawa kepada terjadinya mutasi (perubahan) DNA. Apabila sel berkenaan membiak (berpecah dua), DNA yang mengalami mutasi akan turut dibawa ke sel yang baru dibentuk. Bila DNA yang dimutasi ini terus terdedah kepada stres oksidatif, lebih banyak kerosakan akan terjadi. Sel berkenaan akan mula tumbuh di luar kawalan dan mempunyai kehidupan sendiri. Ia membina kemampuan untuk merebak dari satu bahagian badan ke bahagian yang lain (metastasis), lalu menjadi kanser. Di dalam tubuh orang dewasa, kanser mungkin mengambil masa 20 hingga 30 tahun untuk berkembang dari mutasi awal DNA. Di dalam tubuh kanak-kanak ia berkembang dengan lebih cepat kerana pembiakan sel yang lebih cepat. 


saya percaya masih ramai di luar, yang ingin mengambil tahu mengenai Risiko penyakit kanser secara meluas. Diharapkan sedikit sebanyak info di atas, dapat membantu kita mengatasi masalah ini, Untuk mendapatkan info yang lebih sahih dan rawatan yang diberikan, sila rujuk kepada pihak yang lebih pakar dan berpengalaman Anda tahu kita mempunyai harapan, memahami peranan stres oksidatif dalam perkembangan kanser memberikan kita kemungkinan baru dalam pencegahan dan perawatan kanser.

FAKTA ASAS PENYAKIT KANSER


Kanser adalah penyakit di mana sel-sel bertindak luar biasa, membesar dan membiak melebihi had biasa dan keupayaan mereka. Penyebaran sel agresif kemudian akan menyerang, merosak dan memusnahkan tisu-tisu berhampiran yang juga dikenali sebagai metastasis. Terdapat tiga sifat malignan utama sel-sel kanser iaitu agresif, melanggar dan cepat merebak. Sel benigna tidak mempunyai sifat-sifat tersebut dan dianggap agak selamat walaupun mereka juga mempunyai kecenderungan untuk berubah menjadi sel malignan. Kanser boleh berlaku dalam setiap individu di setiap usia dan mempunyai kadar kematian 13%. Kebanyakan jenis kanser disebabkan oleh komposisi genetik abnormal sel malignan yang boleh disebabkan oleh faktor-faktor alam sekitar atau kecacatan kongenital. 

Karsinogen boleh mengubah genom hos dan sifatnya menjadi malignan manakala masalah replikasi DNA juga boleh berlaku seperti yang biasa dilihat dalam pengembangan kanser pada janin. Kanser jarang berlaku di kalangan kanak-kanak dan remaja tetapi jenis yang paling biasa yang berlaku ialah leukemia, yang diikuti oleh kanser sistem saraf pusat dan kemudian neuroblastoma.

Proses Perkembangan Kanser

Biasanya sel kanser membesar dan membiak dengan sewajarnya, dan ada kalanya juga sel-sel tersebut mati. Tubuh bertanggungjawab untuk memastikan seluruh proses pembiakan dan pertumbuhan seimbang. Sel-sel mati atau rosak digantikan secara automatik. Dalam kes kanser, sel tidak normal hidup lebih lama daripada sel normal dan cepat membentuk sel baru yang tidak normal. Sel-sel kanser boleh sampai ke bahagian-bahagian badan yang terpencil dan organ-organ penting, dan mengganggu fungsi dan proses yang penting.

Tanggungjawab utama DNA sel adalah untuk mengarah aktiviti. DNA yang rosak biasanya akan dibaiki oleh tubuh. Masalahnya ialah tubuh tidak mampu untuk memperbaiki kerosakan kerana sel kanser terus membinasakan sel-sel dan tisu-tisu lain. Kerosakan DNA boleh disebabkan oleh pendedahan kepada unsur-unsur berbahaya dalam persekitaran atau diwarisi. Kanser biasanya bermula dengan pembentukan tumor yang kemudiannya merebak keseluruh tubuh.

Tanda dan Gejala

Gejala boleh dibahagi kepada tiga kategori berasingan, iaitu: tempatan, metastasis dan sistemik. Tanda-tanda tempatan adalah yang pertama berlaku, yang dinyatakan melalui ketulan luar biasa atau pembentukan tumor, pendarahan, ulser dan kesakitan.

Tanda-tanda metastasis menyatakan bahawa sel-sel tidak normal telah mula merebak dan menjejaskan kawasan-kawasan berhampiran dan ditunjukkan dengan batuk, hemoptisis atau batuk berdarah, hepatomegali atau pembesaran hati, gejala neurologi, pembesaran nodus limfa dan kesakitan tulang.

Tanda-tanda sistemik menunjukkan kanser telah merebak ke hampir semua bahagian tubuh dan menjejaskan organ-organ utama dan sistem secara keseluruhan. Pernyataan biasa termasuk lemah tubuh badan atau cachexia, kurang selera makan, kehilangan berat badan, diaphoresis atau berpeluh malam, anemia, pembekuan darah dan hormon yang tidak normal. Lain-lain gejala yang ketara termasuk kekaburan penglihatan, mudah letih, sakit kepala, demam, loya, dan muntah-muntah



Jenis-jenis Kanser 

Kanser menyumbangkan satu perempat daripada jumlah kematian di negara maju. Jenis yang paling biasa adalah kanser prostat, dan diikuti oleh kanser paru-paru dan kanser payudara. Terdapat juga kanser hati, kolon atau kanser kolorektal, kanser pankreas, kanser pundi kencing, kanser ovari, kanser endometrium, kanser tulang, kanser kulit atau kulit melanoma, limfoma non-Hodgkin dan leukemia. 

Semua ini memberi kesan kepada berbagai bahagian tubuh. Ada kemungkinan kanser hanya berlaku di bahagian tertentu tubuh tetapi jenis ini masih dianggap mengikut bahagian asal. Sebagai contoh, jika sel kanser payudara merebak ke paru-paru, ianya masih dirujuk sebagai kanser payudara walaupun sel-sel di dalam paru-paru juga sudah menjadi kanser.


Sifat Sel Kanser 

Sel kanser atau sel malignan tidak memiliki sifat sel biasa yang menghadkan pertumbuhan dan penyebaran mereka. Mereka tidak mampu untuk apoptosis atau masih terus membiak walaupun mempunyai keganjilan genetik. Sel ini tidak peka terhadap isyarat tubuh yang menghadkan pertumbuhan dan penyebaran. Ia sentiasa membahagikan diri dan bertahan lebih lama dari sel normal dan juga mempunyai keupayaan untuk menyerang dan membinasakan tisu berhampiran hanya untuk membiak. 

Secara keseluruhan, kesilapan genetik terus merebak tanpa dibaiki dan meningkatkan mutasi sel di dalam tubuh. Fungsi tubuh terganggu atau tidak lagi berkesan sementara kerosakan terus berkembang. Walau bagaimanapun kanser bukanlah penyakit berjangkit atau boleh merebak. 


LinkWithin