APA ITU JERAWAT DAN APA YANG ANDA BOLEH LAKUKAN TERHADAPNYA ?
Sekiranya
anda seorang remaja, kemungkinan untuk mendapat jerawat amatlah besar.
Hampir 8 daripada 10 orang remaja mempunyai jerawat. Jerawat adalah
perkara biasa dan ia dianggap sebagai sebahagian daripada tanda
baligh.
Apakah itu jerawat dan apakah puncanya?
Apakah itu jerawat dan apakah puncanya?
Jerawat ialah beberapa jenis benggolan atau benjolan di kulit. Jerawat selalunya terdapat di muka, leher, bahu, belakang badan dan dada kebanyakan remaja. Folikel-folikel rambut atau liang-liang roma di dalam kulit anda mengandungi kelenjar-kelenjar sebum (juga dikenali sebagai kelenjar minyak) yang menghasilkan sebum iaitu minyak yang melicinkan rambut dan kulit. Dalam keadaan biasa kelenjar-kelenjar ini menghasilkan jumlah sebum yang betul dan liang-liang roma akan berkeadaan baik. Jerawat terjadi apabila liang-liang roma tersumbat dengan sebum yang terhasil dengan banyak dan juga sel-sel kulit yang mati.
Mengapa ramai remaja mendapat jerawat?
Remaja mendapat jerawat
disebabkan hormon yang hadir ketika baligh. Semasa badan anda
membesar dan bertambah matang, hormon-hormon ini merangsang
kelenjar-kelenjar sebum untuk menghasilkan lebih banyak sebum, atau
minyak. Rangsangan ini membuatkan kelenjar-kelenjar tersebut menjadi
terlalu aktif. Apabila terlalu banyak sebum dihasilkan, liang-liang
roma akan tersumbat, maka terjadilah jerawat. Kebanyakan orang,
jerawat akan hilang hampir kesemuanya apabila tamat zaman remajanya.
Sekiranya ibubapa anda mempunyai jerawat semasa remaja, kemungkinan anda
juga akan mendapatnya.
Apa yang tidak menyebabkan jerawat?
Banyak benda yang
tidak menyebabkan jerawat, tetapi ramai orang mempunyai idea yang
salah mengenainya. Punca sebenar jerawat ialah kelenjar-kelenjar minyak
di dalam kulit yang terlalu aktif - itu sahaja. Jerawat bukanlah
disebabkan oleh makanan yang berminyak seperti kentang goreng, coklat
atau minuman soda. Tidak semestinya disebabkan oleh pemakaian alat
solek, terutamanya jika alat solek itu berlabel "bebas minyak",
"noncomedogenic" atau "nonacnegenic". Tekanan perasaan biasanya tidak
menyebabkan jerawat kepada remaja (tetapi ia boleh berlaku kepada
orang dewasa).
Apa Perlu Saya Buat ? Untuk Menghilangkan Jerawat Dan Bekas Jerawat
- Cuci muka anda dua kali sehari dengan sabun dan air suam. Jangan sental muka dengan tuala muka - jerawat tidak boleh disental untuk menghilangkannya, dan menyental sebenarnya boleh membuat kulit bertambah teruk.
- Sekiranya anda memakai alat solek, pastikan ia berlabel "bebas minyak," "noncomedogenic" atau "nonacnegenic". Apabila anda mencuci muka anda, pastikan anda menghilangkan semua kesan alat solek anda.
- Sekiranya anda menggunakan semburan rambut atau gel, cuba elakkan daripada terkena muka anda sebab ia juga boleh menyumbat liang-liang roma.
- Sekiranya rambut anda yang panjang menyentuh muka, pastikan anda mencucinya sekerap mungkin untuk menjauhkan minyak.
- Sekiranya anda bekerja sambilan yang bersentuhan dengan minyak - seperti restoran makanan segera atau stesen minyak - pastikan anda mencuci muka anda bersih-bersih apabila sampai di rumah.
- Juga cuci muka anda selepas anda bersenam yang mengeluarkan peluh dengan banyak.
- Terdapat banyak losyen dan krim di kedai-kedai farmasi untuk menghindarkan jerawat dan menghilangkannya sekaligus. Pastikan anda mengikut arahan dengan betul - jangan gunakan lebih daripada yang sepatutnya pada satu masa (kulit anda akan menjadi terlalu kering dan bertambah teruk), dan ikut arahan untuk memastikan anda tidak alah terhadapnya.
Bagaimana kalau saya masih mendapat jerawat juga?
Kadang-kala walaupun dengan
mencuci muka, menggunakan krim-krim dan alat solek bebas minyak,
remaja masih mendapat jerawat juga - ini masih merupakan perkara
biasa. Malahan, sesetengah remaja perempuan yang biasanya boleh mengawal
jerawat, akan mendapat jerawat beberapa hari sebelum mereka datang
haid. Ini dipanggil jerawat pra-haid yang disebabkan oleh pertukaran
hormon dalam badan dan lebih kurang 7 daripada 10 wanita
mengalaminya.
Sekiranya anda melihat muka anda di cermin dan ternampak jerawat, jangan sentuh, picit atau kutil jerawat itu. Ini mungkin susah untuk dilakukan. Tetapi apabila anda mengusik-ngusik jerawat anda, anda boleh membuatnya bertambah teruk. Ditambah lagi dengan minyak daripada tangan anda. Mengutil jerawat boleh meninggalkan parut-parut kecil yang kekal di muka anda!
Sekiranya anda melihat muka anda di cermin dan ternampak jerawat, jangan sentuh, picit atau kutil jerawat itu. Ini mungkin susah untuk dilakukan. Tetapi apabila anda mengusik-ngusik jerawat anda, anda boleh membuatnya bertambah teruk. Ditambah lagi dengan minyak daripada tangan anda. Mengutil jerawat boleh meninggalkan parut-parut kecil yang kekal di muka anda!
Remaja
yang mengalami jerawat yang teruk boleh mendapatkan bantuan daripada
doktor atau ahli dermatologi (pakar kulit), yang boleh merawatnya
dengan ubat. Ini bermakna menggunakan krim yang lebih kuat daripada
krim yang dibeli di kedai, bergantung pada jerawat seseorang itu,
atau mengambil antibiotik bagi membunuh bakteria yang membantu
menghasilkan jerawat. Kadang-kala dalam sesetengah kes, pembedahan
kecil boleh dilakukan.
Apa
yang penting di sini ialah bukan anda seorang sahaja yang mempunyai
jerawat. Lihat rakan-rakan di sekeliling anda, anda akan dapati ramai
di kalangan remaja yang mempunyai jerawat! jadi jangan stress dan cuba amalkan tips untuk menghilangkan jerawat dan bekas jerawat di atas yang mungkin boleh membantu mnyelesalkan masalah anda :P
Saya dah takde jerawat lagi, tp bekas2 tu adalah.. thanks sharing.. :)
ReplyDeletealhamdulilah..nak terlebih remaja dah bro khir..jerawat dah x de :P
Deletemaaf la bro kalau saya tambah sikit , Oxy 10 Acne medication memang mujarab , tiap kali naik jerawat , boleh sapu kat jerawat tu,esok pagi bangun memang kecut cepat ..itu bagi yang kadang-kadang naik jerawat,bagi yang sentiasa berjerawat mungkin kena guna Oxy 10 tu sebagai masker terus xD sanggup parah duit untuk muka berseri ye dak ?memandangkan malaysia negara berhabuk teruk kan .. yang takda jerawat pun kena jaga gak
ReplyDeletesetuju tu bro..tq atas perkongsia..cuma bab guna produk tu klau nak wat masker..menagis juga la duit :P
Delete