Showing posts with label 9 PANDUAN PENTING MERANCANG PERCUTIAN KE LUAR NEGARA. Show all posts
Showing posts with label 9 PANDUAN PENTING MERANCANG PERCUTIAN KE LUAR NEGARA. Show all posts

Monday, April 20, 2015

TIPS MUDAH MERANCANG PERCUTIAN


" Panduan Penting Sebelum Melancong Atau Bercuti "

Bajet semasa bercuti

Sediakan anggaran perbelanjaan harian semasa anda bercuti, termasuk kos penginapan, makan, pengangkutan, dan cenderamata yang akan dibeli. Anggaran perbelanjaan semasa bercuti adalah satu langkah wajib bagi mengawal perbelanjaan anda semasa bercuti, terutama jika anda bercuti di luar negara.

Apabila bercuti ke luar negara, anda juga haruslah mengetahui kadar pertukaran wang negara yang ingin dilawati supaya percutian tersebut bersesuaian dengan anggaran perbelanjaan anda. Ini juga penting bagi mengelakkan anda tertipu semasa menukar wang. Mengetahui kadar pertukaran wang asing memudahkan perancangan perbelanjaan, terutama ketika membeli-belah.

Wednesday, March 5, 2014

9 PANDUAN PENTING MERANCANG PERCUTIAN KE LUAR NEGARA


Perkara yang paling penting sekali buat kajian dahulu tempat yang hendak dipergi, seperti pejabat kedutaan malaysia, bagi yang muslim lokasi masjid, kawasan makanan halal, keaadaan semasa dan tempat yang hendak dilawati dan tips-tips penting mengenai kawasan setempat yang dapat membantu anda menikmati percutian dengan tenang dan selamat, di bawah saya kongsikan 9 panduan penting merancang percutian ke luar negara


Antara tips dan List yang penting dalam merancang percutian ke luar negara


  • Pastikan dokumen-dokumen penting dibawa termasuk tiket kapal terbang, passport dan cek kembara dibawa bersama sebelum memulakan percutian
  • Membuat kajian terlebih dahulu mengenai destinasi pelancongan yang hendak dituju melalui Internet
  • Pilih agensi pelancongan yang boleh dipercayai.
  • Minta tips atau cadangan dari staf hotel mengenai tempat-tempat yang menarik dan selamat.
  • Jangan membawa terlalu banyak barang atau pakaian ketika melancong dan pastikan pakaian yang dibawa bersesuaian dengan destinasi yang hendak dituju
  • Sentiasa berhati-hati dan jangan memakai barang kemas yang banyak ketika melancong
  • Pastikan membawa pakaian yang bersesuaian dengan tempat bercuti misalnya di pantai atau tanah tinggi bagi mengelakkan anda terpaksa membeli secara bidan terjun.
  • Membawa bekalan makanan yang kering seperti serunding dan air botol.
  • Paling penting mengetahu kadar pertukaran wang asing di kawasan yang dilawati untuk mengelakkan ditipu.

LinkWithin