Perkara yang paling penting sekali buat kajian dahulu tempat yang hendak dipergi, seperti pejabat kedutaan malaysia, bagi yang muslim lokasi masjid, kawasan makanan halal, keaadaan semasa dan tempat yang hendak dilawati dan tips-tips penting mengenai kawasan setempat yang dapat membantu anda menikmati percutian dengan tenang dan selamat, di bawah saya kongsikan 9 panduan penting merancang percutian ke luar negara
Antara tips dan List yang penting dalam merancang percutian ke luar negara
- Pastikan dokumen-dokumen penting dibawa termasuk tiket kapal terbang, passport dan cek kembara dibawa bersama sebelum memulakan percutian
- Membuat kajian terlebih dahulu mengenai destinasi pelancongan yang hendak dituju melalui Internet
- Pilih agensi pelancongan yang boleh dipercayai.
- Minta tips atau cadangan dari staf hotel mengenai tempat-tempat yang menarik dan selamat.
- Jangan membawa terlalu banyak barang atau pakaian ketika melancong dan pastikan pakaian yang dibawa bersesuaian dengan destinasi yang hendak dituju
- Sentiasa berhati-hati dan jangan memakai barang kemas yang banyak ketika melancong
- Pastikan membawa pakaian yang bersesuaian dengan tempat bercuti misalnya di pantai atau tanah tinggi bagi mengelakkan anda terpaksa membeli secara bidan terjun.
- Membawa bekalan makanan yang kering seperti serunding dan air botol.
- Paling penting mengetahu kadar pertukaran wang asing di kawasan yang dilawati untuk mengelakkan ditipu.