Showing posts with label TIP KETIKA MELANCONG ATAU BERCUTI. Show all posts
Showing posts with label TIP KETIKA MELANCONG ATAU BERCUTI. Show all posts

Sunday, January 14, 2018

PANDUAN PENTING SEBELUM BERCUTI


Peta Sebaik sahaja anda sampai ke destinasi percutian anda, pastikan anda membeli peta tempat tersebut. Ini akan memudahkan anda untuk merancang jenis pengangkutan yang sesuai untuk pergi melawat tempat-tempat menarik yang telah anda tetapkan sebelumnya.


Dapatkan maklumat Pengangkutan yang mencukupi mengenai tempat atau negara yang ingin dilawati supaya lebih selesa dan mudah bergerak serta merancang aktiviti dan tempat yang bakal dilawati. Pilih pengangkutan yang paling murah serta pemandu pelancong yang tahu mengenai selok-belok kawasan percutian tersebut bagi mengelakkan anda daripada ditipu ataupun tersesat. Apabila anda bercuti di dalam kumpulan atau beramai-ramai, anda digalakkan menggunakan perkhidmatan teksi kerana ia lebih murah berbanding bas atau kereta. Justeru, anggaran perbelanjaan percutian anda dapat diringankan kerana berkongsi dan dibahagikan secara adil beramai-ramai.

Monday, April 20, 2015

TIPS MUDAH MERANCANG PERCUTIAN


" Panduan Penting Sebelum Melancong Atau Bercuti "

Bajet semasa bercuti

Sediakan anggaran perbelanjaan harian semasa anda bercuti, termasuk kos penginapan, makan, pengangkutan, dan cenderamata yang akan dibeli. Anggaran perbelanjaan semasa bercuti adalah satu langkah wajib bagi mengawal perbelanjaan anda semasa bercuti, terutama jika anda bercuti di luar negara.

Apabila bercuti ke luar negara, anda juga haruslah mengetahui kadar pertukaran wang negara yang ingin dilawati supaya percutian tersebut bersesuaian dengan anggaran perbelanjaan anda. Ini juga penting bagi mengelakkan anda tertipu semasa menukar wang. Mengetahui kadar pertukaran wang asing memudahkan perancangan perbelanjaan, terutama ketika membeli-belah.

Friday, October 11, 2013

8 TIPS PERSEDIAAN MELANCONG KE LUAR NEGARA




Pastikan sebelum anda bercuti atau melancong anda membuat persediaan terlebih dahulu untuk mengelakkan sebarang masalah timbul! terutama ketika melancong ke luar negara. Paling penting anda mempunyai pasport yang masih sah tempoh. Jika pasport anda tempoh sahnya kurang daripada 6 bulan. Anda diwajibkan untuk memperbaharui pasport anda di Jabatan Imigresen yang berdekatan dengan anda. Sebagai peringatan anda juga digalakkan untuk menyemak nama anda bersih daripada senarai hitam untuk keluar negara, jadi mari semak 8 tips persediaan melancong ke luar negara.


  • Pastikan wang tunai mencukupi dan tukar mata wang mengikut matawang negara yang akan anda lawati. Jika anda memiliki Kad Kredit/Debit daripada Bank Tempatan. Sila maklumkan kepada pihak bank anda mengaktifkan kad kredit/Debit anda untuk kegunaan diluar negara Maklumkan Tarikh dan tempoh serta tempat yang anda akan lawati. Tujuan nya bagi mengelakkan transaksi diluar jangka dan kad kredit/Debit akan disekat jika tidak dimaklumkan kepada pihak bank terlebih dahulu. 

  • Kad ATM boleh juga digunakan untuk mengeluarkan wang tunai ketika berada diluar negara. Tetapi sila semak dahulu dengan pihak bank anda samada Kad ATM anda boleh atau tidak untuk mengeluarkan wang tunai ketika berada diluar negara. 

  • Pastikan Tiket Pesawat anda sudah ditempah terlebih dahulu. Bagi mereka yang inginkan tambang penerbangan yang murah, beli tiket pesawat ketika promosi. ini boleh menjimatkan perbelanjaan anda. biasanya syarikat penerbangan akan membuat promosi awal sebelum penerbangan. 

  • Tempah hotel penginapan anda. Sekarang banyak kemudahan di laman sesawang untuk tempahan hotel penginapan. anda hendaklah membaca terlebih dahulu dan fahamkan terma dan syarat sebelum membuat tempahan hotel. Paling penting tarikh dan tempat yang hendak di tuju. 

  • Telepon bimbit amat berguna sekali ketika melancong keluar negara sila aktifkan ROAMING. ini memudahkan anda berhubung. Cara lain, sila bawa telefon bimbit lebih dan beli simkad di negara anda lawati. jangan lupa anda hubungi keluarga anda atau sahabat anda apabila sudah sampai di negara yang dilawati. jangan lupa ya bagi no telefon bimbit anda. 

  • Sebelum keluar negara pastikan anda sentiasa sihat ini mengelakkan percutian anda terganggu dengan keadaan yang tidak sihat. nanti anda tidak dapat menikmati suasana bercuti. Bagi mereka yang menghidap sakit asma, darah tinggi, kencing manis, kolestrol atau sebagainya bekalan ubat hendaklah mencukupi. 

  • Semasa berada di Lapangan Terbang awasi bagasi anda. Pastikan anda tidak meninggalkan bagasi anda sesuka hati. nanti ada orang masukkan barang terlarang di dalam bagasi anda tanpa disedari. 

  • Sila patuhi undang-undang ketika berada dinegara yang anda lawati. Maklumkan kepada jiran anda bahawa anda akan bercuti dalam tempoh beberapa hari. Bagi mengelakan perkara yang tidak diingin berlaku ketika anda bercuti. 


Wednesday, October 9, 2013

TIPS MUDAH UNTUK BERJIMAT KETIKA MELANCONG

Bercuti memang menyeronokkan. Namun, kebanyakan kita terutama yang melancong ke luar negara, duit dibelanjakan seperti air paip. Kadar pertukaran wang asing yang tinggi berbanding negara kita dan aktiviti membeli-belah yang tidak boleh dibendung menyebabkan wang sentiasa susut. Bagaimanapun, perkara ini tidak sampai membuatkan kita pokai. Justeru, tips mudah untuk berjimat ketika melancong, ini mungkin dapat membantu dan membolehkan kita berjimat sebahagian besar daripada perbelanjaan yang diperuntukkan untuk bercuti.


Bawa makanan ringan

Bawalah makanan ringan seperti biskut, roti, kek, keropok dan lain-lain makanan ringan yang disukai. Masukkan dalam plastik ´zip´ dan bawalah ke mana-mana anda pergi. Ketika melancong, kita selalu mahu membeli makanan disebabkan lapar kerana penat berjalan ke sana ke mari. Jadi, dengan adanya makanan ringan yang dibawa, ia boleh dijadikan alas perut sebelum sampai waktu makan tengah hari atau malam.

Sentiasa bawa botol air

Jika sentiasa membeli air, tanpa disedari kita sudah membelanjakan hampir ratusan ringgit kerana air saja. Andai kata satu botol air di negara Eropah berharga dua hingga tiga Euro. sehari kita beli tiga kali dan harganya mungkin dekat 10 Euro. Jumlah itu sudah mencecah RM50 sehari. Kalau seminggu pula? Pasti banyakkan. Jadi, dengan membawa botol, ia akan lebih menjimatkan. Ini kerana di Eropah air paip selamat diminum. Kalau ada botol air, isikan saja air di mana-mana stesen air yang dijumpai.

Jalan kaki

Rajin-rajinlah berjalan kaki ketika melancong. Banyak tempat atau benda menarik yang boleh dilihat jika berjalan kaki. Apa yang paling penting, kita juga dapat berjimat sedikit kerana tidak perlu membayar tambang bas. Duit itu, sudah pasti boleh digunakan dalam banyak hal.

Cari pakej murah

Untuk menjimatkan lagi perbelanjaan ketika melancong, cuba cari pakej yang menarik dan murah. Kadang-kadang ada hostel murah yang memberi sarapan pagi percuma. Jadi dengan bersarapan, perbelanjaan untuk membeli makanan sudah dapat dijimatkan. Selain itu, di beberapa tempat di Eropah seperti di Brussels, ada satu pakej bas hop-on, hop off. Anda boleh naik dan turun di mana-mana saja selama 24 jam. Dan yang paling menarik, bas itu akan pergi ke hampir semua destinasi terbaik di Brussels. Jadi, sebelum pergi bercuti, carilah maklumat seberapa banyak yang mungkin.

Beli makanan di kedai runcit

DI negara Eropah, untuk berjimat, beli makanan di kedai runcit. Beli roti, jem, ikan tuna dalam tin, buah-buahan di kedai runcit, atau di sesetengah kompleks membeli-belah yang ada ´grocery store.´ Masukkan semua barang yang dibeli itu ke dalam beg dan bila waktu makan, hamparkan kain sarung dan berkelah di mana-mana tempat yang menarik.



LinkWithin