Showing posts with label CARA EFEKTIF MENAMBAH BERAT BADAN. Show all posts
Showing posts with label CARA EFEKTIF MENAMBAH BERAT BADAN. Show all posts

Wednesday, March 26, 2014

CARA EFEKTIF MENAMBAH BERAT BADAN


Sebenarnya bukan semua orang yang mempunyai masalah  untuk  kuruskan badan, tapi ramai juga yang berkeinginan untuk menambahkan berat badan supaya  tidak kelihatan kurus kering / kerempeng ataupun kelihatan kecil berbanding rakan-rakan yang bersaiz besar dan ingin mempunyai  sedikit musle supaya kelihatan lebih kacak dan macho!. Di bawah antara cara-cara yang anda boleh ikuti untuk menambahkan berat badan! 



Cara Efektif Menambahkan Berat Badan

Tetapkan niat / matlamat

Niat. Untuk berjaya, kita perlu tetapkan niat dalam hati agar segala tips yang dikongsikan dapat dilakukan dengan baik.


Makan makanan mengandungi kalori yang tinggi

Makan roti. Roti mengandungi kalori yang tinggi berbanding nasi. Pengambilan kalori yang banyak akan membantu mempercepatkan penambahan berat badan.


Jangan tinggal waktu makan

Jangan tinggal waktu makan. Dengan makan yang cukup akan dapat menastikan badan kita sentiasa mendapat kadar protein, garam galian dan kalori yang mencukupi.


Makan banyak kali

Makan banyak kali. Maksudnya makan dengan kadar yang mengenyangkan tetapi banyak kali selepas beberapa jam. Bukan makan banyak sekali gus... Orang yang berbadan besar sering dikaitkan dengan makan banyak. Tetapi bezanya sini kita makan makanan yang berkhasiat dan yang sesuai untuk menambah berat badan.


Mengambil makanan tambahan

Mengambil makanan tambahan. Pengambilan makanan tambahan seperti pil vitamin B dan C akan membantu menseimbangkan pemakanan anda. Piramid Makanan. Sentias rujuk piramid makanan semasa memilih makanan yang hendak di makan.


Senaman yang sesuai

Senaman ini penting untuk membentuk otot-otot pada badan / pilih senaman yang sesuai. Jika tidak melakukan senaman dikhuatiri badan menjadi gemuk pula kerana kebanyakan cara menambah berat badan yang saya kongsi berkaitan dengan makan.


Focus dan disiplin

Untuk berjaya, anda perlulah mempunyai keinginan dan disiplin yang kuat. Kecepatan berat bertambah bergantung dengan cara bagaimana anda melakukan tips ini dan keadaan badan. Satu lagi, elakkan mengambil ubat yang tidak berdaftar, yang kononnya boleh membantu anda menambah berat badan dengan cepat. Takut ada kesan sampingan yang lain.


LinkWithin