Bila anda telah mendapat sesuatu pekerjaan baru, kerjalah dengan bersungguh-sungguh dengan penuh disiplin. Amalkan datang kerja tepat pada waktu yang telah ditetapkan & sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan di tempat kerja, Di bawah saya kongsika panduan bekerja di tempat baru yang boleh kita amalkan bersama :P
- Anda juga perlu menumpukan sepenuh perhatian semasa sedang melakukan pekerjaan.
- Hormatilah ketua yang mengawasi anda semasa bekerja. Hormatilah rakan-rakan sekerja anda.
- Jaga tingkahlaku anda, kerana tingkah laku yang baik akan menyebabkan anda dihormati oleh semua orang. Jangan lupa menjaga keselamatan diri anda dan keselamatan tempat anda bekerja
- Tingkatkan pengetahuan anda,dengan mengikuti kursus-kursus yang sesuai dengan pekerjaan anda. Jangan lepaskan peluang untuk melanjutkan pelajaran, ingat dengan pengetahuan yang tinggi anda boleh meningkatkan tahap pekerjaan anda.