Bila anda telah mendapat sesuatu pekerjaan baru, kerjalah dengan bersungguh-sungguh dengan penuh disiplin. Amalkan datang kerja tepat pada waktu yang telah ditetapkan & sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan di tempat kerja, Di bawah saya kongsika panduan bekerja di tempat baru yang boleh kita amalkan bersama :P
- Anda juga perlu menumpukan sepenuh perhatian semasa sedang melakukan pekerjaan.
- Hormatilah ketua yang mengawasi anda semasa bekerja. Hormatilah rakan-rakan sekerja anda.
- Jaga tingkahlaku anda, kerana tingkah laku yang baik akan menyebabkan anda dihormati oleh semua orang. Jangan lupa menjaga keselamatan diri anda dan keselamatan tempat anda bekerja
- Tingkatkan pengetahuan anda,dengan mengikuti kursus-kursus yang sesuai dengan pekerjaan anda. Jangan lepaskan peluang untuk melanjutkan pelajaran, ingat dengan pengetahuan yang tinggi anda boleh meningkatkan tahap pekerjaan anda.
Tips yg bagus...
ReplyDeleteSalam hujung minggu Sobri
terima kasih..semoga bermanfaat yg membaca..selamat hujung minggu
DeletePerkongsian yg baik.. t kasih.. :)
ReplyDeletesam-sama..terima kasih sudi membaca
Delete