Setiap kali tiba Ramadhan, ada sesetengah orang memberi alasan gastrik dan tidak boleh lapar menyebabkan tidak boleh menjalankan Rukun Islam yang ke-3 ini. Tetapi apakah kaitan antara gastrik dan puasa? Benarkah gastrik membatalkan seseorang untuk menunaikan ibadah puasa?
3 tips Ramadhan untuk pesakit gastrik supaya dapat berpuasa penuh
Bagi pesakit gastrik, keghairahan menyambut Ramadhan kadangkala terganggu dengan kebimbangan serangan gastrik yang mungkin datang ketika berpuasa. Jangan bimbang setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya dan sebenarnya berpuasa ini mempunyai banyak kebaikan dari sudut perubatan [klik sini] boleh ikuti tip berikut agar anda dapat berpuasa penuh sepanjang Ramadan.
No.1 -Elakkan
Makanan bergoreng, lemak dan makanan yang mengandungi asid contohnya buah-buahan citrus seperti lemon, limau, grapefruit dan oren bersama produk berasaskan buah tomato.
Makanan segera dalam tin/proses terutama produk berasaskan tomato yang biasanya mempunyai banyak bahan kimia dan pengawet yang boleh memburukan lagi masalah gastrik.
Makanan yang terlalu banyak mengandungi gula dan karbohidrat ditapis.
Kafein yang terkandung dalam teh, kopi, soda dan lain-lain minuman yang membuatkan kerap terkencing dan mengeluarkan banyak garam mineral dalam badan pada siang hari berpuasa.
Merokok juga dikaitkan dengan gastritis dan penyakit ulser peptic. Merokok melambatkan penyembuhan ulser yang sedia ada dan menyumbang kepada ulser supaya berulang, mengganggu pencernaan dan rufluks asid untuk pesakit gastrik.
Ubat-ubatan yang merengsa lapisan perut.
No. 2 –Amalkan makanan
Karbohidrat atau makanan yang lambat tercerna di waktu sahur supaya makanan lebih tahan lama, membuat kurang berasa lapar dan lebih bertenaga.
Kurma adalah sumber gula yang sangat baik, berserat tinggi, mempunyai kalium & magnesium.
Badam kaya dengan protein dan serat. Campuran badam dan susu menjadikan minuman yang sihat.
Pisang adalah sumber karbohidrat yang baik dan mengandungi kalium dan magnesium.
Makan makanan yang dimasak secara panggang dan rebus daripada makanan yang bergoreng dan berlemak.
Makan secara sederhana dan dalam kuantiti yang kecil serta berbuka segera selepas masuk waktu.
Sahur dengan cara yang diajarkan oleh Rasulullah dari segi mengurangkan risiko komplikasi.
Jika kelihatan letih, lesu dan pucat, hendaklah berwaspada kerana komplikasi gastritis adalah pendarahan dalam perut serta kekurangan zat besi untuk pembentukan hemoglobin (darah merah).
Minum segelas penuh susu segar semasa sahur kerana ini akan membantu khasnya pesakit gastrik.
No.4. Berjaga-jaga
Minum air seperti jus buah-buahan bukan berasid dan minuman yang mempunyai banyak kalium sebanyak mungkin antara waktu berbuka puasa dan sebelum tidur supaya badan dapat melaraskan tahap cecair untuk hari berikutnya.
Kajian menunjukan kandungan asid paling tinggi pada waktu tengahhari. Oleh itu jika mengalami sakit ulu hati yang teruk, dapatkan pandangan doctor kerana puasa mungkin memudaratkan.
No comments:
Post a Comment
Anda Suka Dengan Article Ini!
Apa Lagi Kongsikanlah Bersama Rakan-Rakan Anda
Di Email, Twitter, Facebook, Google +G !
Jangan Lupa Ya :P