Lokasi pasu: Letak pasu pada tempat yang ada sinaran matahari seperti di tepi tingkap dan tepi bangunan.
Tanaman: Perlu juga tahu jenis tanaman hendak ditanam di dalam bekas. Pilih yang senang ditanam dan kurang penjagaan seperti kangkung dan bayam. Lihat perkembangannya di lokasi yang dipilih.
Pengairan: Jangan keliru istilah pengairan dengan penyiraman. Pengairan bermaksud air siraman diserap pokok manakala lebihan air disalurkan keluar dari bekas tanaman. Kebanyakan sayur dan pokok buah tidak tahan air bertakung di dalam bekas. Akar tumbuhan akan lemas, seterusnya menyebabkannya mati. Pastikan setiap bekas yang digunakan ada lubang pengairan di bawahnya agar air siraman yang lebih mengalir keluar dari pasu.
Baja: Pembajaan penting kepada poko di dalam bekas. Oleh itu, selalu bekalkan kompos sebagai baja organik kepada tanaman di dalam bekas. Selang selikan dengan baja kimia jika lihat kesannya lambat.
Media tanaman: Untuk tanaman di dalam pasu, lebih elok gunakan media yang tidak berat seperti kompos. Campuran kompos dan tanah atas (top soil) sangat disarankan. Selain kompos boleh menjadi baja, ia juga bertindak sebagai media yang bagus untuk penanaman seperti tanaman sayur.
Penyiraman: Ada dua sistem siraman iaitu automatik dan manual. Biasanya kita lebih senang menggunakan sistem siraman manual iaitu dengan terus menyiram dari paip air atau tong siraman. Ada beberapa inovasi yang boleh digunakan untuk menyiram secara automatik. Jika ada duit lebih, boleh naik taraf menggunakan sistem titisan berasaskan sistem fertigasi. Tetapi jika ingin jimat kos, guna sahaja siraman automatik menggunakan bahan terbuang.
Owh ya sebelum ini saya juga ada berkongsi tips pertanian organik
No comments:
Post a Comment
Anda Suka Dengan Article Ini!
Apa Lagi Kongsikanlah Bersama Rakan-Rakan Anda
Di Email, Twitter, Facebook, Google +G !
Jangan Lupa Ya :P