1. Mandi menggunakan air yang disimpan didalam kolah atau baldi lebih menjimatkan daripada air pancuran. Tadah air ketika bersabun atau bersyampu.
2. Gunakan tandas yang mempunyai dua pam dalam sistem pengepaman. Ia hanya menggunakan 6 liter untuk pengepaman sepenuhnya, dan 3 liter untuk pengepaman separuh, berbanding sistem pengepaman biasa yang menggunakan 10 liter air.
3. Kurangkan membasuh kenderaan. Hanya cuci apabila kenderaan benar-benar kotor. Jika membasuh kenderaan gunakan air yang ditadah dalam baldi. Membasuh dengan menggunakan hos getah akan meningkatkan penggunaan air.
4. Tadah air hujan untuk kegunaan membasuh kenderaan, membersih laman rumah atau menyiram pokok. Bil dapat dikurangkan jika menggunakan sumber air yang asli.
5. Cuci pakaian menggunakan mesin basuh hanya apabila muatannya penuh. Jumlah penggunaan air bagi muatan penuh dan separuh adalah lebih kurang sama.
6. Jika membasuh menggunakan tangan, pastikan pakaian dibilas dalam baldi, bukan terus dari paip.
Sumber : Utusan Malaysia
Mmg perlu belajar berjimat cermat terutama dlm musim panas ni.. thanks sharing tips ye.. :)
ReplyDeletebetul bro khir..
Deletetambah musim hujan skrg :)
Yes, we should save water especially during drought season.
ReplyDeleteit right bro..
Deletekita mesti belajar menjimatkan penggunaan air ya!
ReplyDeletekita mesti belajar menjimatkan penggunaan air ya!
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete