
Ketika mengharungi misi perubahan ini, kita akan tempuhi banyak dugaan yang akan membuatkan kita jatuh semangat, tapi ingat jangan mudah putus asa!
Tips Menurunkan Berat Badan Dengan Sihat
Elakkan makanan ringan
Jauhkan diri daripada makanan ringan mahupun makanan segera terutamanya makanan bertepung atau mempunyai kandungan gula yang tinggi. Yang penting ialah mengawal keseimbangan jumlah kalori yang diperlukan oleh badan dengan cara makan lebih kerap tapi dalam kuantiti yang sedikit.
Hadkan makanan tinggi karbohidrat
Elakkan terlebih makan nasi, kentang, ubi dsb. Namun, jangan langsung tinggalkan makanan karbohidrat kerana badan kita masih perlukannya sebagai sumber tenaga.
Kurangkan sumber protein
Cuba kurangkan makanan tinggi protein seperti ikan, tauhu, tempe dan daging. Elok juga di pelbagaikan sumber protein untuk badan kita.
Pilih menu makanan yang betul
Pastikan menu makanan kita pelbagai. Masukkan sayur-sayuran dan buah-buahan kerana ia cepat mengenyangkan kita.
Kurangkan buah manis
Cuba kurangkan makan buah-buahan yang tinggi kadar fruktosanya seperti pisang, tembikai, anggur dan mangga. Fruktosa yang tinggi akan bertukar menjadi glukosa dalam darah.
Banyakkan minum
Latih diri untuk perbanyakkan minum air putih. Lebih penting untuk kurangkan atau jauhkan diri dari minuman soda atau bergas.
Makan banyak buah
Amalkan makan buah-buahan sebelum makan terutamanya buah-buahan seperti epak, betik, belimbing dsb.
Bersenam
Semua tips di atas untuk kuruskan badan akan lebih berkesan ataupun hanya berkesan dengan hanya kita meluangkan 30 minit hingga 1 jam untuk melakukan senaman ringan. Berjalan sekitar taman perumahan ataupun menaiki tangga juga cara terbaik untuk melakukan senaman mudah.
sipbaik aku jenis hantu nenas. hehe
ReplyDeleteha..ha.. good point tu :P
DeleteNice tips to reduce weight!
ReplyDeleteyour are welcome bro.. good luck ya :P
DeleteTapi penghalang utama ialah keluarga dan paling besar MAK.. makan laaa .. syg sket lagi tu makan la hahahahaaa... harap boleh diet la :D
ReplyDelete