Bersenam? siapa kata senaman susah untuk dilakukan atau tiada masa yang sesual untuk melakukan senaman, senaman boleh dilakukan di mana-mana seperti berjalan kaki ke tempat parking kereta, menaiki tanggan ke pejabat, mengemas rumah dan pelbagai lagi, di sini saya kongsikan 5 tips senaman yang mudah dilakukan di rumah!. Jadi selepas ini anda tiada lagi alasan untuk tidak melakukan senaman.
1. Ketika membasuh pinggan
- Cuba untuk berdiri dengan sebelah kaki sahaja. Cara ini dapat mengukuhkan kawalan saraf sekitar buku lali, lutut dan pinggul. Ia turut membantu anda dalam menstabilkan tubuh badan sendiri.
2. Ketika menyapu sampah atau mop lantai
- Aktiviti ini sangat berkesan dalam membuatkan badan anda berpeluh. Tukar gaya menyapu anda. Lakukan step tarian mudah yang anda ingat sambil menyapu atau mop lantai. Anda juga boleh mainkan muzik kesukaan untuk menjadikannya lebih seronok. Hehhee menari sambil menyapu ye, ni kene buat bila orang takde, silap-silap dikatanya kita buang tabiat la pulak.
3. Ketika memberus gigi
- Untuk memastikan anda tidak mengantuk dan segar pada pagi hari, senaman cangkung atau squat boleh dilakukan ketika sedang memberus gigi. Dengan cara ini, kekuatan lutut anda dapat ditingkatkan selain mengurangkan risiko artritis. Mulakan dengan bilangan yang sedikit seperti 6 hingga ke 7 kali setiap hari. Apabila sudah menjadi kebiasaan, tingkatkan bilangan sedikit demi sedikit.
4. Naik turun tangga
- Bagi rumah yang mempunyai tangga, anda sangat beruntung. Senaman naik turun tangga boleh menggantikan senaman seperti berjoging di rumah. Senaman ini juga berkesan untuk mencantikkan pinggul wanita. Lakukan senaman ini selama 10 ke 15 minit setiap hari.
5. Ketika menonton Televisyen
- Banyak jenis senaman yang anda boleh lakukan semasa menonton televisyen. Contohnya, anda boleh cuba naikkan kaki setinggi boleh ataupun paling kurang sehingga 45 darjah dari lantai dengan menggunakan kekuatan paha. Selain itu, anda juga boleh melakukan senaman tangan dengan menggunakan dumbel. Anda pasti tidak akan merasa kepenatannya sambil dihiburkan dengan rancangan kegemaran anda di kaca televisyen.
Aktiviti harian pun dah boleh dijadikan senaman kan... thanks sharing.. :)
ReplyDeletebetul ! yang pasti kena ada kemahuan
DeleteGood info Sobri..Thanks
ReplyDeletesama-sama sis
Delete