4 KEPENTINGAN MENGAMBIL MAKANAN SEIMBANG | Tips & Panduan Blog's

Search This Blog

4 KEPENTINGAN MENGAMBIL MAKANAN SEIMBANG



Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. Makanan yang seimbang perlu mengandungi nutrien seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan garam galian pada kadar yang betul. Makanan yang memberi tenaga dapat membina badan dan dapat menjauhi kita daripada penyakit, oleh itu kita kena pastikan untuk makan makanan yang sihat! di bawah saya senarai 4 info kepentingan mengambil makanan seimbang.


4 Kepentingan Mengambil Makanan Seimbang


1.) Pembesaran manusia itu lebih sempurna daripada aspek fizikal.

Tubuh badan menerima semua keperluan zat yang diperlukan untuk membina tubuh badan yang kuat daripada keperluan fizikal manusia. Keupayaan fizikal yang ketara ini menjadikan seseorang manusia itu boleh menjalankan tugasnya dengan begitu baik dan sempurna. Jelaslah, pemakanan seimbang menjadikan fizikal manusia itu lebih baik berbanding manusia lain yang kurang menjaga aspek pemakanannya.


2. Memberikan vitamin yang cukup kepada badan.

Keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan tubuh manusia itu lebih tahan untuk menghadapi sebarang jangkitan penyakit atau tidak mudah untuk jatuh sakit. Kesihatan manusia dikatakan perkara yang paling penting dalam kehidupan seseorang itu. Sesungguhnya, manusia yang mengamalkan pemakanan seimbang akan mempunyai kesihatan yang sihat sejahtera sahaja.


3. Mampu mengawal kadar obesiti.

Salah satu aspek utama dalam pemakanan seimbang ialah manusia perlulah mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup khasiat yang diperlukan oleh badan. Pengawalan pemakanan sebegi menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu gemuk dan memudahkan mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti terutama aktiviti senaman yang mampu menyihatkan badan pula. Oleh itu, obesiti mampu diatasi jika seseorang itu mempunyai diet pemakanan seimbang dalam hidupnya.


4. Perkembangan mental seseorang itu tidak terganggu.

Kekurangan zat makanan yang tertentu boleh menjadikan mental seseorang itu tidak cukup cerdas atau mudah letih apabila cuba menyelesaikan sesuatu perkara yang dialami dalam kehidupan seseorang itu. Keadaan ini menjadikan seseorang itu gagal berfikir untuk menyelesaikan masalahnya dengan lebih efektif berbanding dengan individu yang seimbang aspek pemakanannya. Jadi, pemakanan seimbang menjadikan aspek mental manusia lebih stabil dan berdaya tahan.





Perlu tahu mengambil makanan yang seimbang kerana semua kepentingannya sudah dinyatakan tadi. Bukan sahaja individu tetapi masyarakat dan seterusnya negara akan menerima kesan positif daripada pemakanan yang baik ini. Jika masyarakat masih ingkar dan tidak mahu berubah sudah pasti jumlah pesakit penyakit kronik di negara ini akan bertambah pula. Ketika itu mungkin sudah terlewat untuk kita semua mengambil langkah pencegahannya. 


9 comments:

  1. Alahai..bila sebut pasal makanan seimbang ni..lemah lah sue ,hihi ...bila lah nak berubah nie, sue lebih suka makanan ringan terutama jenis-jenis snek..apa-apa pun nice info..thank you..

    ReplyDelete
    Replies
    1. he..he..memag ramai yg lemah..tapi it ok kita start slow ubah cara pemakanan kita :P

      Delete
  2. mmg jarang ambil kisah bab makanan seimbang ni..main hentam je...hehehe...tp mmg elok kita makan makanan yg seimbang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. he..he.. banyak kebaikan klau kita amlkan makanan seimbang sis

      Delete
  3. makanan seimbang ni perlu untuk umur panjang heh..heh.. klik3 digi n ll.

    ReplyDelete
  4. this is important for everyone of all ages!

    ReplyDelete
  5. tulah kan..memang byk manfaat kalau makan makanan seimbang ni...tapi selalu je tak terbuat...hehehe

    ReplyDelete

Anda Suka Dengan Article Ini!
Apa Lagi Kongsikanlah Bersama Rakan-Rakan Anda
Di Email, Twitter, Facebook, Google +G !
Jangan Lupa Ya :P