Showing posts with label KERJA. Show all posts
Showing posts with label KERJA. Show all posts

Tuesday, February 25, 2014

TIPS ELAKKAN PERASAAN GEMURUH SEMASA INTERVIEW




3 Tips Elakkan Perasaan Gemuruh Semasa Temuduga

Perasaan gemuruh adalah sesuatu perkara lumrah ketika menghadiri temuduga. Berikut adalah 4 tips untuk mengelakkan perasaan gemuruh ketika menunggu giliran dan berhadapan dengan penemuduga:


Tips 1: Ketika menunggu giliran, jangan terlalu mengandaikan soalan penemuduga.

Calon temuduga mudah menjadi gemuruh sekiranya terlalu memikirkan berkenaan soalan yang akan ditanyakan penemuduga. Oleh itu, jangan fikirkannya! Tenangkan fikiran dan elakkan diri dari mengandaikan perkara yang negatif.


Tips 2: Anggap Temuduga Sebagai Sebuah Proses Perbualan

Calon yang dipanggil temuduga biasanya telah mencapai kelayakan yang dikehendaki oleh organisasi, dan temuduga digunakan sebagai medium untuk organisasi mengenalpasti calon dengan lebih dekat selain dari maklumat yang diperoleh dari dokumen permohonan kerja sahaja. Jadi anggaplah temuduga sebagai sebuah proses perbualan yang memerlukan jawapan ringkas dan padat. Penemuduga juga merupakan manusia biasa yang mahukan perbualan yang segar dan semulajadi, jadi anda hanya perlu buat bersahaja dan tidak perlu terlalu gemuruh!


Tips 3: Berfikiran optimistik

Befikiran optimistik boleh mengurangkan rasa gemuruh. Tanya pada diri anda sendiri, adakah anda pernah melalui situasi yang lebih sukar dari sekarang? sudah tentunya ya, bukan? Jadi cuba jadi lebih optimistik, dan berlatihlah untuk jadi lebih bersahaja.



Saturday, October 12, 2013

TIPS DAN PANDUAN UNTUK MENCARI KERJA DENGAN CEPAT


Pelajar tentu bercita-cita mencari pekerjaan selepas tamat pengajian.Pekerjaan yang dicari selalunya perlu sesuai dengan kelulusan yang dimiliki. Bagi pelajar yang mempunyai kemahiran cabaran untuk mendapat pekerjaan agak rendah, kerana dengan kemahiran yang mereka miliki memudahkan memperolehi pekerjaan di sektor industri. Namun begitu usaha perlulah dilakukan untuk menyakinkan pihak industri terhadap anda oleh itu mungkin tips dan panduan mencari pekerjaan di bawah dapat membantu anda!

Beberapa tip mencari pekerjaan disertakan untuk maklumat tambahan kepada anda:

  • Sediakan resume yang lengkap tentang kebolehan diri anda.
  • Baca akhbar tempatan terutama akhbar keluaran hujung minggu(sabtu dan ahad) kerana iklan jawatan kosong akan diiklankan pada masa tersebut.
  • Anda boleh mencari melalui website syarikat yang biasanya diiklankan jawatan kosong.

SUMBER MAKLUMAT KERJA

  • Pencari Kerja boleh mendapat maklumat pekerjaan melalui sumber berikut,
  • Surat Khabar (terutama pada hujung minggu)
  • Laman Web Syarikat (mudah diperolehi melalui internet
  • Rakan-rakan yang sudah bekerja


P/S :Semoga tips dan panduan yang diberikan memudahkan kita semua mencari pekerjaan dan menjadi seorang pekerja yang bertanggung jawab dan cemerlang.






LinkWithin