Pengambilan sayur dan buah-buahan adalah penting dalam pemakanan yang sihat. Ini kerana buah dan sayur mengandungi pelbagai zat galian, vitamin dan serat yang amat diperlukan badan. Selain itu ia juga bebas dari kolesterol serta mempunyai kandungan lemak dan kalori yang rendah, di bawah saya kongsikan 5 khasiat lobak merah, kubis, kentang dan peria, yang perlu anda tahu!
Contoh-contoh sayur-sayuran yang penuh khasiat ialah:-
Lobak mengandungi kali(a)emia yang mana sekira ia kurang di dalam darah boleh menyebabkan ketegangan saraf dan cepat marah. Apabila jus lobak dicampur dengan susu maka bertambah pula faedahnya untuk kesihatan iaitu boleh mencergaskan tubuh badan dan menguatkan ingatan. Ia juga boleh menghaluskan, melicinkan dan membersihkan kulit. Ia elok untuk penyakit-penyakit mata, kulit dan penghadaman.Lobak mengandungi vitamin seperti vitamin A dan minyaknya boleh membunuh cacing di dalam perut dan memudahkan buang air kecil dan ia juga baik untuk penyakit bisul dan kudis dan baik untuk kulit mengelupas pada kanak-kanak caranya dengan menghancurkannya dan diletakkan pada kulit mengelupas itu.
KOBIS

PERIA
Sayur ini adalah penawar kepada pesakit yang menghidapi penyakit kencing manis. Kandungan bahan yang menyerupai insulin didapati berkesan dalam menurunkan paras gula dalam darah dan air kencing. Penghidap kencing manis mestilah menjadikan jus peria ini sebagai satu jus minuman harian, terutama sekali sebelum sarapan.Selain itu peria juga dapat menyembuhkan penyakit batuk yang menyerang kanak-kanak. ![]()

UBI KENTANG
Ubi ini berkesan untuk merawat penyakit batu karang dan juga mengatasi masalah jerawat dan bisul.Caranya adalah dengan mengadun udi kentang dengan sedikit air kemudian disapu ke atas jerawat atau bisul yang sudah pecah sebelum ditutup dan dibalut dengan kain bersih. Cara rawatan yang sama juga digunakan bagi merawat kudis atau luka.