Setiap orang pasti pernah menerima kritikan, baik itu di rumah, di sekolah, bahkan sampai ke alam pekerjaan. Namun, tidak semua orang dapat menerima kritikan pedas dengan bijak dan berlapang dada termasuk diri sendiri, di bawah saya senaraikan tips mudah menghadapi kritikan yang mungkin boleh membantu kita semua ketika berada di dalam situasi berikut.
Tahan Diri daripada Marah - Marah adalah tanda semulajadi yang mengatakan bahawa anda sedang dikritik. Yakinlah setiap orang memang berhak mengutarakan pendapatnya. Biarpun wajah anda merah padam, usahakan agar tidak marah. Apabila anda tidak lulus di langkah ini, maka langkah-langkah berikutnya hampir mustahil berguna bagi anda.
Terimalah Kritikan dengan Sikap Terbuka - Mungkin kritikan itu salah, namun pengkritik menganggapnya berbeza. Bersikap terbuka, apabila perlu ubahlah pandangan si pengkritik. Fahami maksud kritikannya sehingga anda dapat menanganinya secara tepat.
Jangan Masukkan Kritikan ke dalam Hati - Meski anda bersikap terbuka, bukan bererti anda perlu mengambil hati atas kritikan itu. Mungkin kritikan itu hanya ditujukan pada usaha, produk, kakitangan anda bukan peribadi anda. Ingatlah anda perlu menjaga hubungan jangka panjang. Apabila kritikan ditujukan secara tidak profesional, amati saja ketidakmampuan pengkritik menyampaikan kritikannya.
Mintalah Keterangan Lebih Spesifik - Fahami bahawa mungkin kritikan itu benar. Jadi cubalah untuk memahami dan meminta keterangan yang lebih spesifik mengenai apa yang dikritik. Ini bermanfaat bagi anda dan pengkritik agar dapat melihat situasi yang sebenarnya.
Jangan Balas Kritikan dengan Kritikan - Tugas anda adalah mendepani kritikan agar anda dapat meraih lebih banyak kebaikan dan keuntungan dari kritikan itu. Membalas kritikan dengan kritikan sama dengan menyuarakan perdebatan yang tidak perlu. Anda takkan boleh memadamkan api dengan api kerana akhirnya mungkin anda yang terbakar.
Tanya Diri Sendiri Apa yang Boleh Anda Lakukan - Dengan demikian anda mampu melihat kritikan sebagai kebaikan bagi diri sendiri, sekaligus mendapatkan keuntungan darinya. Sebagai contoh, sebuah produk yang baik tentunya lebih banyak menerima kritikan daripada pujian.
Mintalah Pendapat Orang Lain - Apabila anda tidak yakin dengan sesuatu kritikan, mintalah pendapat orang lain yang benar-benar tulus. Pendapat mereka dapat membantu anda menemukan bahagian mana dari kritikan itu yang benar atau keliru.
Biasakan Diri Anda dengan Kritikan - Membiasakan diri bererti mendepani kritikan dengan tenang dan positif. Jangan ragu untuk mengucapkan terima kasih atas kritikannya, meski tidak selalunya benar. Bagaimanapun, perhatiannya untuk mengkritik anda patut dihargai.
No comments:
Post a Comment
Anda Suka Dengan Article Ini!
Apa Lagi Kongsikanlah Bersama Rakan-Rakan Anda
Di Email, Twitter, Facebook, Google +G !
Jangan Lupa Ya :P