Wednesday, April 15, 2020

CARA MEMBASUH TANGAN DENGAN BETUL


Tangan kita semua mungkin kelihatan bersih, tetapi ini tidak bermakna ianya bersih bebas daripada kuman dan kotoran jadi ia sangat penting untuk membasuh tangan dengan betul dan sempurna dengan air dan sabun sebelum pertama selepas mengendalikan makanan, kedua selepas menggunakan tandas, ketiga selepas mengendalikan sisa makanan, kempat selepas menghembus hingus dan terakhir selepas mengendalikan bahan yang beracun yang membahaya. Ingat  pastikan basuh tangan dengan menggunakan sabun untuk membersihkan tangan dari kuman dan kotoran kerana tangan kita semua boleh menjadi tempat persembunyian pelbagai jenis kuman yang membawa penyakit-penyakit berbahaya. Oleh itu, pastikan tangan anda sentiasa bersih jadi basuhlah tangan dengan betul.

Amalkan langkah-langkah berikut :

Langkah pertama. 
Basahkan tangan anda dan ratakan sabun dengan sempurna

Langkah yang kedua. 
Gosok kedua-dua belah tapak tangan anda


Langkah yang ketiga. 
Gosok setiap jari dan celah jari anda

Langkah yang keempat. 
Gosok kuku di tapak tangan anda

Langkah yang kelima. 
Gosok belakang tangan dan celah jari anda

Langkah yang keenam. 
Basuh tangan anda dengan aliran air yang bersih

Dan langkah yang ketujuh. 
Keringkan tangan anda dengan tisu atau kain yang bersih


No comments:

Post a Comment

Anda Suka Dengan Article Ini!
Apa Lagi Kongsikanlah Bersama Rakan-Rakan Anda
Di Email, Twitter, Facebook, Google +G !
Jangan Lupa Ya :P

LinkWithin