Showing posts with label PANDUAN MENGHADAPI KRITIKAN. Show all posts
Showing posts with label PANDUAN MENGHADAPI KRITIKAN. Show all posts

Wednesday, April 15, 2020

TIPS MUDAH MENGHADAPI KRITIKAN

Setiap orang pasti pernah menerima kritikan, baik itu di rumah, di sekolah, bahkan sampai ke alam pekerjaan. Namun, tidak semua orang dapat menerima kritikan pedas dengan bijak dan berlapang dada termasuk diri sendiri, di bawah saya senaraikan tips mudah menghadapi kritikan yang mungkin boleh membantu kita semua  ketika berada di dalam situasi  berikut.

Tahan Diri daripada Marah - Marah adalah tanda semulajadi yang mengatakan bahawa anda sedang dikritik. Yakinlah setiap orang memang berhak mengutarakan pendapatnya. Biarpun wajah anda merah padam, usahakan agar tidak marah. Apabila anda tidak lulus di langkah ini, maka langkah-langkah berikutnya hampir mustahil berguna bagi anda.

Terimalah Kritikan dengan Sikap Terbuka - Mungkin kritikan itu salah, namun pengkritik menganggapnya berbeza. Bersikap terbuka, apabila perlu ubahlah pandangan si pengkritik. Fahami maksud kritikannya sehingga anda dapat menanganinya secara tepat.

Jangan Masukkan Kritikan ke dalam Hati - Meski anda bersikap terbuka, bukan bererti anda perlu mengambil hati atas kritikan itu. Mungkin kritikan itu hanya ditujukan pada usaha, produk, kakitangan anda bukan peribadi anda. Ingatlah anda perlu menjaga hubungan jangka panjang. Apabila kritikan ditujukan secara tidak profesional, amati saja ketidakmampuan pengkritik menyampaikan kritikannya.

Mintalah Keterangan Lebih Spesifik - Fahami bahawa mungkin kritikan itu benar. Jadi cubalah untuk memahami dan meminta keterangan yang lebih spesifik mengenai apa yang dikritik. Ini bermanfaat bagi anda dan pengkritik agar dapat melihat situasi yang sebenarnya.

Monday, July 7, 2014

5 TIPS MENGHADAPI KRITIKAN

5 Tips Menghadapi Kritikan

LinkWithin