Showing posts with label TIPS TERBAIK UNTUK JIMATKAN AIR. Show all posts
Showing posts with label TIPS TERBAIK UNTUK JIMATKAN AIR. Show all posts

Wednesday, October 8, 2014

TIPS TERBAIK UNTUK JIMATKAN AIR

Jimat air ? Dengan krisis air sering berlaku akibat daripada peningkatan permintaan dan pencemaran sungai yang makin berleluasa, kita boleh menjimatkan penggunaan air dengan lebih efisyen. Dengan mengikuti tip-tip jimatkan air di dalam rumah anda, anda boleh membantu menjimatkan air setiap hari. Sebelum ini juga  telah dikongsikan tips bagaimana cara untuk menjimatkan elektrik di rumah, dan untuk kali ini saya akan berkongsi 6 tips terbaik untuk jimatkan air dengan bekesan.


1) Baiki Paip Bocor

Ok, kebocoran paip itu mungkin kecil tetapi apabila air dibazirkan tanpa berhenti 24 jam dam 7 hari seminggu, ini menyebabkan pembaziran air dan duit. Kita boleh mengetahui paip bocor yang tersembunyi melalui bacaan meter, dengan menutup semua paip di rumah selama beberapa jam. Jika bacaan meter itu mempunyai perbezaan yang besar, itu bermakna ada paip bocor tersembunyi. Dengan meletakkan sedikit pewarna sebelum flush di dalam mangkuk tandas, kita boleh tahu kebocoran sekiranya pewarna ada di luar mangkuk tandas.

LinkWithin