Memandangkan kita bakal mengalami kenaikan tarif harga elektrik, secara tidak langsung akan menaikan lagi bajet utiliti perbelanjaan. Oleh itu, kita kena mula terapkan tabiat belajar untuk berjimat cermat dalam kehidupan seharian, dahulu telah dikongsikan tips berjimat secara bijak ketika berbelanja dan tips berjimat untuk pelajar universiti.Diharapkan tips di bawah mampu membantu anda untuk mula menjimatkan penggunaan barangan elektrik di rumah
jimatkan penggunaan elektrik
- Padam semua lampu bilik atau ruang yang ada di rumah sekiranya tiada sesiapa di situ.Sebagai contoh, jika anda sekeluarga berehat di ruang tamu, pastikan lampu bilik tidur, ruang makan atau dapur di tutup.
- Tutup semua suis peralatan elektrik dan elektronik jika tidak digunakan. Sebaik-baiknya jangan dibiarkan dalam mode ‘standby’.
- Sebaik-baiknya gunakan kipas angin (kipas dinding atau kipas berdiri) dan elakkan penggunaan penyaman udara. Tapi kalau dah panas sangat dan tak tahan barulah gunakan penyaman udara.
- Gunakan satu mentol lampu yang besar jika memerlukan lebih pengcahayaan berbanding menggunakan mentol yang bersaiz kecil tetapi banyak bilangannya.
- Mendidik ahli keluarga yang lain agar menutup suis lampu, kipas atau alatan lain setelah meninggalkan sesuatu bilik atau ruang.
- Pasangkan lampu di luar rumah jika perlu sahaja seperti menunggu kedatangan tetamu, menyambut sesuatu perayaan atau ketika mengadakan sesuatu majlis atau kenduri.
- Elakkan penggunaan mesih basuh yang melebihi muatan (‘overload’) atau pun muatan penuh. Sebaiknya muatan tidak terlalu penuh. Selain hasil cucian yang kurang bersih ia juga mengakibatkan penggunaan tenaga elektrik yang berlebihan.
- Pastikan pintu peti ais ditutup rapat setelah digunakan.
- Rajin membersihkan habuk atau debu yang terdapat di koil peti ais anda. Freezer yang penuh mengurangkan penggunaan tenaga. Jadi sekiranya ‘freezer’ peti ais anda kosong, isikannya dengan kiub ais atau bekas ais supaya tenaga tidak dibuang begitu sahaja.
klu dok sorang , senang . klu dah ramai ... lantak la ko labu ... huhuhuuu
ReplyDeletehe..he..
Deletebetul..betul..betul...
Lagi satu..gunakan lampu energy saving atau lampu solar. Lampu solar boleh letak di luar rumah atau taman. Ia hanya menyala pada waktu malam akibat pantulan matahari pada siang hari. Jadi langsung tak guna elektrik.
ReplyDeleteJuga jangan guna dapur elektrik, guna dapur gas. Tutup lampu masa tidur :)
tahank sharing pendapat sis..
Deleteanother ways kita boleh
practicekan :P
Kalau duduk kt rumah sorang2 lgi banyak buka lampu....takut
ReplyDeleteha..ha..
Deletetahu tak pe :)
ha..ha..
Deletetahu tak pe :)
Can consider switching to LED lights. Can see my blog for more info on the savings:
ReplyDeletehttp://48smart.blogspot.com/2014/01/how-to-reduce-your-electricity-bill.html
wow!..
Deletetahank sharing bro..
very useful :P