Friday, June 20, 2014

INFO- MAKANAN YANG MENGURANGKAN STRESS


Makanan yang boleh mengurangkan stress! ya secara jujurnya ini kali pertama saya terbaca mengenai makanan yang boleh mengurangkan stress, dan sudah semestinya makanan yang berkhasiat. secara jujurnya kalau anda sedang stress apa yang anda lakukan untuk menghilangkan perasaan stress itu bukan? antaranya bertenang, berehat, beriadah, solat dan tabiat yang paling biasa dilakukan apabila stress ialah makan. sudah tentu apabila kita stress atau marah perut akan cepat terasa lapar dan tentulah makanan yang tidak sihat menjadi pilihan utama. turut pernah dikongsikan tips untuk menghilangkan stress dan cara-cara mengwal stress secara bijak.


Makanan Yang Mengurangkan Stress


1. Sumber kekacang 

seperti badam, pistachio dan kacang walnut yang mana ianya kaya dengan Vitamin B2, Vitamin E, magnesium dan zink. Vitamin B2 membantu dalam sekresi serotonin iaitu hormon yang memberikan rasa kegembiraan. Zink adalah antara komponen yang diperlukan dalam melawan stres manakala Vitamin E berkesan dalam menghalang penyakit yang disebabkan oleh stres seperti penyakit jantung.



2. Susu
kaya dengan antioksidan dan mengandungi kalsium yang tinggi untuk membantu menyingkirkan radikal bebas yang berkaitan dengan stres.



3. Labu merah dan jambu batu

adalah makanan yang kaya dengan Vitamin C. Keadaan stres yang berpanjangan boleh menyebabkan kekurangan penyimpanan Vitamin C yang boleh menyebabkan masalah gusi berdarah



4. Bijirin penuh 

seperti roti mil penuh, bijirin sarapan pagi, beras perang dan oat mengandungi karbohidrat kompleks yang bertindak untuk merangsang pengeluaran hormon serotonin (bahan kimia pencetus rasa gembira di dalam otak). Bijirin penuh yang kaya dengan Vitamin B dapat meningkatkan tenaga dan mengurangkan keletihan



5. Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran 

yang tinggi dengan antioksidan seperti Vitamin C, Vitamin E dan beta karotena membantu dalam mengurangkan kesan radikal bebas. Sumber Vitamin C yang baik adalah jambu batu, brokoli dan oren. Sumber Vitamin E yang baik adalah betik, bayam dan zaitun manakala makanan yang tinggi dengan beta karotena termasuk keledek, lobak merah dan labu.



6. Aprikot kering 

amat kaya dengan magnesium dan berkhasiat untuk membantu menenangkan otot dari dalam. Magnesium juga berfungsi membantu mengawal atur hormon stres.


8 comments:

  1. Semua kat atas tu fevret Nurul tu Sobri.. tak stress pun makan.. stress pun susah nak hinggap.. :D

    ReplyDelete
  2. coklat&ais krim pun boleh hilangkan stress..
    mmg sedap mknan tu ..
    salam jumaat.

    ReplyDelete
  3. sis akan memilih kekacang bila stress nanti . blh gak mengunyah sambil layan tv

    ReplyDelete
  4. kdg2 bila stress, smua benda masuk dlm mulut.. hehe

    ReplyDelete

Anda Suka Dengan Article Ini!
Apa Lagi Kongsikanlah Bersama Rakan-Rakan Anda
Di Email, Twitter, Facebook, Google +G !
Jangan Lupa Ya :P

LinkWithin