Alam sekitar adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia. Alam sekitar seharusnya dijaga kerana alam sekitar bukan hanya digunakan pada masa sekarang tetapi akan digunakan sehingga beratus-ratus tahun lagi. Oleh iu untuk mengembalikan kesegaran alam sekitar, beberapa langkah menjaga alam sekitar perlulah diambil, di bawah saya kongsikan beberapa tips untuk memelihara alam sekitar yang boleh kita amalkan.
- Berbasikal atau berjalan kaki untuk perjalanan yang dekat.
- Tutup peralatan elektrik jika tidak digunakan.
- Amalkan 3R (mengurangkan, menggguna semula dan mengitar semula). Kita dapat menjimatkan banyak sumber alam daripada dimusnahkan.
- Praktiskan dan sokong pekebunan secara organik.
- Gunakan tenaga dan bahan api secara efisyen, jangan bazirkan sumber ini.
- Jalankan projek-projek atau aktiviti bertemakan alam sekitar di rumah, tempat kerja dan juga kawasan kediaman.
- Dinginkan rumah anda secara bijak dengan menanam pokok di sekitar rumah.
- Beli barangan tempatan. Selain kita dapat menjimatkan wang, ia turut menyokong ekonomi tempatan serta mengurangkan pembebasan karbon disebabkan penggangkutan barangan jarak jauh.
- Kurangkan atau hentikan menggunakan barangan pakai buang. Ia hanya menghasilkan sisa pepejal.
- Gunakan air secara bijak kerana ia juga merupakan sumber yang semakin berkurangan.
- Belilah barangan mesra alam yang di iktiraf. Produk-produk ini dapat mengurangkan kesan kepada alam sekitar.
Good tips to conserve the environment
ReplyDeletethank bro :P
Deletegood for take care our environment :)
Alam sekitar adalah tanggungjawab kita semua utk menjaganya.. thanks sharing.. :)
ReplyDeleteMemang sepatutnya kita menjaga alam sekitar tanda syukur pada ciptaan dan nikmat yang diberikan.
ReplyDeleteIni blog Sobri jugak ka?
yup bro blog aku juga..
Deletewelcome :P