Ok, sememangnya kita semua tahu menjaga kesihatan diri itu amat penting. Tetapi motivasi diri untuk bersenam adalah hak individu. Ia bergantung kepada pelbagai aspek seperti gaya hidup, pekerjaan, umur dan lain-lain. Tanpa motivasi yang berkesan, program kecergasan dan nutrisi anda tidak akan kekal lama. Mari kita lihat faedah yang biasa apabila kita cergas:
sentiasa bermotivasi dalam kehidupan
- Anda berasa bahagia dengan diri anda. Anda berasa lebih gembira dan boleh fokus tentang aspek-aspek lain dalam kehidupan anda.
- Perhubungan anda akan bertambah baik. Manusia suka berada di kalangan mereka yang positif. Sekiranya anda bahagia, orang lain juga begitu.
- Kecergasan memberikan anda keyakinan. Contohnya, pergi mesyuarat, mengetahui diri anda cergas dan sihat, memberikan anda kelebihan daripada yang lain.
- Kepada ibu yang baru bersalin, menjaga kecergasan dan kesihatan akan mengembalikan bentuk tubuh badan.
- Senaman yang berterusan biasanya mengurangkan penyakitkardiovaskular, beberapa jenis kanser, tekanan darah tinggi, kencing manis, osteoporosis dan murung.
- Melegakan tekanan: Bagi mereka yang bekerja kuat, sering menghadapi tekanan dan murung, bersukan dan berpeluh boleh membantu melegakan tekanan dan kemurungan ini.
- Mengurangkan risiko kecederaan. Apabila tulang dan otot anda kuat, risiko untuk cedera adalah rendah.
- Apabila anda sihat dan cergas, anda senantiasa berkeyakinan, melenyapkan rasa malu.
- Tubuh yang sihat dan cergas juga mempengaruhi keupayaan seks anda. Anda akan kelihatan hebat dan penuh stamina
- Kepada sesiapa yang menggunakan 2000 kalori seminggu, jangka hayat akan meningkat dua tahun.
That's great sharing, thanks!
ReplyDeleteyour are welcme ..
Deletethank for reading
Motivasi perlu agar kita sentiasa cergas & sihat.. Thanks.. :)
ReplyDeleteha..ha..ha..
Deletemotivasi tu penting..
pembangkin smangat utk trus bajaya :P