Betik merupakan tumbuhan yang banyak terdapat di Asean. Tumbuhan ini berasal dari Mexico Selatan, namun kini pokoknya ditanam di hampir semua negara beriklim tropika. Pokok betik menghasilkan buah yang boleh dimakan. Buah betik banyak dijual di pasar-pasar, termasuk pasar tani, dan pasar sayur. Pucuk betik sering dicelur untuk dijadikan ulam dan dimakan bersama sambal belacan. Pucuk muda betik berasa pahit, manakala buah muda betik jika dibuat halwa berasa masam-masam manis.Buah betik adalah buah yang baik sekali untuk dimakan ketika kita sakit mahupun sihat. Selain dari sumber makanan yang murah dan senang didapati, buah betik juga mengandungi khasiat yang tinggi. Boleh dikatakan buah betik mengandungi hampir semua zat makanan yang diperlukan bagi kesihatan tubuh kita. Sebelum ini saya ada berkongsi khasiat dan kebaikan buah-buahan yang lain seperti buah Avokado, buah Delima, buah Belimbing dan buah Naga. Di bawah saya senarai 10 khasiat dan kelebihan buah betik.
10 Khasiat Dan Kelebihan Buah Betik.
1) Sebagai tonik tambahan
Memakan buah betik setiap hari dapat menambahkan tenaga badan dan menjadi sumber pembersih perut yang amat berkesan. Ia amat mujarab bagi menyembuhkan berbagai-bagai gangguan perut dan penghadaman makanan. Jus buah betik ranum, jika dicampur dengan susu dan madu boleh menjadi tonik yang tinggi khasiatnya bagi kanak-kanak yang sedang membesar, wanita yang sedang hamil, wanita yang menyusukan dan kepada mereka yang lemah tenaga kerana sakit.
2) Ubat bagi sembelit dan bawasir
Jika mengalami sembelit cubalah memakan betik. Ia murah lagi selamat. Betik juga penawar yang ideal bagi penyakit bawasir berdarah, Malah menurut para doktor dengan mengamalkan memakan beberapa potong buah betik selepas makan, bukan saja dapat membantu penghadaman makanan serta membekalkan berbagai-bagai vitamin, zat galian dan serat yang kita perlukan, bahkan dapat menjauhkan kita daripada cacing pita dan kerawit di dalam perut. Ini kerana betik mengandungi unsur yang disebut ‘ anthelmintic’ yang dapat membunuh kuman.
3) Mencegah terjadinya batu di dalam pundi kencing
Sebahagian doktor dan pakar pemakanan mengatakan bahawa buah betik ranum jika dicampur dengan madu asli adalah baik bagi sesiapa yang tidak lawas kencing dan menghidap berbagai-bagai masalah pada sistem kencingnya. Dengan membuang air kecil secara baik, dapat menghindarkan kita dari mendapat masalah batu pada pundi kencing kita.
4) Mengubati sakit-sakit otot
Daun betik yang dilayur di atas api dapat mengubati sakit-sakit otot apabila dilekapkan pada bahagian yang sakit. Bagi mengubati sakit sendi pula, meminum air perahan dari daun muda yang ditumbuk lumat dan dicampurkan dengan sedikit perahan limau nipis boleh membantu.
5) Merawat masalah kulit seperti jerawat dan kekedutan
Bagi merawat masalah kulit seperti jerawat dan masalah kedutan, hancurkan buah betik tersebut. Kemudian tampalkan di tempat yang bermasalah setengah jam sebelum mandi.
6) Mengubati tumit pecah-pecah
Betik juga boleh digunakan untuk mengubati tumit pecah-pecah yang boleh menyebabkan kaki terasa sakit. Salah satu daripada rawatan tradisional bagi mengubati masalah ini ialah dengan menggunakan buah betik muda yang dibelah dua kemudian diambil getahnya dan sapu dibahagian tumit yang pecah.
7) Dijadikan Ulam-ulaman
Daun betik terutama pucuknya yang muda sering direbus untuk dijadikan ulam. Selain itu, air rebusan daun betik dapat melegakan perut dengan mengeluarkan segala angin.
8) Sesual untuk merawat Hemoroid
Buah betik yang masak selain kaya dengan vitamin C, ia berkesan merawat hemoroid atau buasir dan sembelit.Makan buah betik boleh memudahkan proses penghadaman dan mengelakkan sembelit.
9) Kaya dengan vitamin c
Buah betik yang ranum kaya dengan vitamin C, mempunyai kandungan serat yang tinggi. Selain itu, ia juga mengandungi air, protein, lemak, serat, zat besi, fosforus, kalium, kalsium, natrium, niasin, riboflavin, tiamin, karpain, karposid, mirosin, papain dan pektin.
10) Kaya dengan vitamin A
Buah betik kaya dengan vitamin A (kulitnya) dan juga kalium. Nutrien -nutrien penting yang terkandung dalam betik, menjadikan tumbuhan ini mempunyai nilai-nilai perubatan yang tersendiri.
Papayas are great fruits with a lot of nutrients!
ReplyDeleteya it right bro.. fruit with full nutriens :P
ReplyDeleteYes, and it's very affordable. Thanks for great sharing!
DeleteBetik adalah salah satu buah kegemaran saya.. :)
ReplyDeletesama le kita :P
DeleteSama la kita
DeleteBetik is one of my favourite fruits... i have 2 pokok betik kat belakang rumah dan lebat buah dia... cuma satu jer saya tak pernah buat... makan pucuk betik rebus buat ulam... memang tak tahan... ulam lain semua saya baham kecuali pucuk betik tu... hahahahaa
ReplyDeleteowh ya ..semua bahagian betik boleh digunakan..ada kegunaan tersendiri..pling penting murah dan senang nak dpat bro :P
Deletepucuk betik sedap..cecah ngn sambl merah..pahit2 die, pahit berkhasiat.makanan kg gak yg sedap
Deletebanyaknya nutrisi tapi sayang BBL tak minat sangat makan betik. sedihnya
ReplyDeletesayangkan..lepas ni boleh la cuba :P
DeleteAkak suka buah betik..banyak khasiat yg akak tak tau...tq for info
ReplyDeletehe..he.. orite..sam-sama:P
DeleteAkak pun suka makan buah betik ni...
ReplyDeleteya..saya pun suka..buah yang mempunyai banyak kebaikan
Deletethis fruit is so good especially when you eat in the mid-afternoon that sell beside street
ReplyDeletepenyajian buahnya bikin aku pengen :3 jual nasi kotak dan box di jakarta
ReplyDeletebiar betik?
ReplyDeletesaya suka makan betik bole dikatakan hari2la makan. Tapi baru harini saja search ttg kebaikannya. mmg banyak khasiat. Yang pasti mmg bole kempiskan perut.
ReplyDeletesaya suka makan betik bole dikatakan hari2la makan. Tapi baru harini saja search ttg kebaikannya. mmg banyak khasiat. Yang pasti mmg bole kempiskan perut.
ReplyDeleteSaya ada tanam 10 pkok betik. Hari hari buah masak sampai naik jemu nk mkn. Tp mmg ternyata khasiatnya..sy juga ada tanam beberapa pkok durian belanda cuma tgu buah masak dan membesar sahaja lagi. Tak sabar nk makan soursoup plk.
ReplyDeleteMakan buah betik dulu baru makan nasi adalah amalan yang baik untuk melancarkan penghadaman.
ReplyDeleteI admit that papaya is a great fruit and full of nutrients and of course it's one of my favourites. But i also heard that eating papaya may makes our skin colour turn to yellowish due to the pigment of papaya. Is it true?
ReplyDeleteNope...not true. Fruit pigments have no effect at all on human skin pigmentation. The same goes to the claim that consuming soya can whiten your skin....
Deletetersangat baik dan berkhasiat pada tubuh badan
ReplyDeleteMakan buah betik memang baik, terutama yang ada masalah gastrik. Saya dah cuba memang berkesan.
ReplyDeleteSaye suke betik
ReplyDeleteI dont know about other people but for me eating papaya everyday can lower my blood pressure....if you have hypertension why not try eating papaya everyday
ReplyDeleteMohon cedok sedikit artikal tuan
ReplyDeleteMmg bgus bah buah betik ni...
ReplyDeletemohon share info tn
ReplyDeleteSaya suaj makan betik hari hari saya mkn betik
ReplyDeleteSaya pun suka mkn buah betik buat jus atau mkn begitu saja tambah susu n sjuk2 lega tekak mkn time cuaca pnas skrg ni..
ReplyDelete