Delima (punica granatum) adalah tanaman buah-buahan yang dapat tumbuh hingga 5-8 m. Tanaman ini diperkirakan berasal dari Iran, namun telah lama dikembang biakkan di daerah Mediterania. Bangsa Moor memberi nama salah satu kota kuno di Spanyol, Granada, berdasarkan nama buah ini. Tanaman ini juga banyak ditanam di daerah Tiongkok Selatan dan Asia Tenggara.
Buah delima atau dari segi saintifiknya Punica granatum mempunyai pelbagai keistimewaan, selain dari sedap dimakan ,ia juga mempunyai kebaikan dari segi kesihatan.Zat besi yang terdapat dalam buah delima dianggap sebagai unsur penting dalam pembentukan darah merah. Seseorang yang kekurangan zat besi akan mengalami penyakit anemia. Buah delima juga boleh memperbaiki usus-usus dan menguatkannya, membersihkan bahagian dalam tekak serta sesuai untuk mereka yang mengalami masalah batuk. Walaupun begitu buah delima masam juga boleh mencegah dari muntah, menghentikan cirit-birit dan melawaskan air kencing. Ini kerana buah delima mengandungi bahan pengcengkam yang mampu memegang dinding saluran perut. Di bawah saya senaraikan 10 khasiat dan kelebihan buah delima
1) Mengandungi zat besi, kalsium, folforus dan vitamin
Buah ini mengandungi zat besi, kalsium, folforus, vitamin A dan C. Sejak zaman dahulu ahli perubatan Yunani menggunakan ubat ini sebagai ubat cacing. Alkaloid yang terdapat pada kulit buah membuat cacing melekat pada dinding usus manusia melepaskan pegangannya.
2) Mempunyai khasiat anti-radang.
Dalam perubatan Cina, biji delima putih mempunyai khasiat anti-radang. Buasir merupakan satu lagi penyakit yang boleh dirawat menggunakan buah delima. Airnya bertindak sebagai astrigen disapu kebahagian yang bengkak dan dilakukan beberapa kali sehingga sembuh.
3) Buah delima mengandungi antioksidan
Buah delima mengandungi antioksidan. Kajian menunjukkan bahawa kandungan antioksidan dalam buah delima adalah dua atau tiga kali lebih tinggi berbanding anggur merah. Malah, kualiti antioksidan juga dikatakan lebih baik daripada buah beri biru, cranberry serta oren kerana polifenol dalam buah delima juga lebih tinggi. Fungsi Antioksidan ialah ianya dapat melawan radikal bebas yang dapat merosakkan sel dalam badan kita. Kerosakan sel akan menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah kanser dan penyakit jantung.
4) Mencegah Penyakit Jantung
Buah delima dapat melindungi jantung kita kajian Proceedings of the National Academy of Sciences menyatakan jus delima dapat mencegah pengerasan arteri dan penyakit lain seperti serangan jantung dan stroke. Buah delima mencegah daripada tompokan plak yang menyebabkan plak tersumbat di arteri dan buah delima juga dapat meluruhkan tompokan plak yang terlekat diarteri. Dalam Journal of Cardiology menyatakan pesakit koroneri (PJK) yang jus buah delima setiap hari selama tiga bulan menunjukkan peningkatan aliran darah ke jantung sebanyak 1 %. Aliran darah menurun sebesar 18%.
5) Menurunkan Kadar Kolesterol
Buah delima dapat Menurunkan kadar kolesterol dalam darah Menurut penelitian di American Journal of Clinical Nutrition, antioksidan dalam buah delima dapat mengurangkan oksidasi LDL (kolesterol jahat) pada tikus. Hal ini menurunkan kadar LDL dan meningkatkan HDL (kolesterol baik).
6) Mencegah Kanser
Buah delima dapat Mencegah dan mengubati kanser , Buah delima memiliki khasiat mencegah dan mengubati berbagai jenis kanser: Jus buah delima dapat menghancurkan sel-sel kanser payudara dan dapat membiarkan sel-sel sehat. Buah delima juga dapat mencegah pembentukan sel kanser payudara.
7) Mencegah Alzheimer
Buah delima mungkin mencegah dan memperlambat penyakit Alzheimer. Dalam sebuah studio, tikus yang dibiakkan untuk mengembangkan penyakit Alzheimer diberi jus delima. Mereka mengakumulasi plak amiloid yang lebih sedikit dan melakukan tugas-tugas mental yang lebih baik
8) Buah delima Sumber nutrisi
Sebiji buah delima memiliki sekitar 40 % vitamin C harian untuk orang dewasa, bersama dan ianya juga mengandungi folat, serat, kalium, niasin dan vitamin A dan E.
9) Melindungi hati dan ginjal
Penelitian terbaru menunjukkan bahwa ekstrak delima mencegah kerosakan ginjal dan melindungi ginjal dari racun berbahaya. Selain itu, delima juga melindungi hati Anda dan membantu untuk meregenerasi hati yang mengalami kerosakan.
10) Buah delima dapat memberikan zat dan menyegarkan badan
Buah delima dapat memberikan zat kepada tubuh badan serta menyegarkan badan dan ia dapat dihadam dengan cepat kerana sifatnya yang ringan dan akan mengeluarkan haba bersama dengan angin di dalam perut. Oleh sebab itu buah delima tidak disarankan kepada mereka yang menghidap demam. Ia juga bertindak sebagai penawar yang baik untuk cirit birit, anemia, tekanan darah tinggi dan atritis. Di samping itu, buah delima dapat menguatkan jantung dan membantu dalam fungsi saraf dan otot. Oleh kerana itulah, ia mampu menghilangkan rasa keletihan. Di dalam perubatan homeopati pula, buah delima disarankan untuk mengubat cirit birit, sakit telinga dan kurang lawas penghadaman.
Itu kalau buah delima asli, bagaimana dengan minuman jus delima?
ReplyDeletesama sahaja khasiat delima di juskan kalau jus delima itu asli/ tidak dicampurkan dgn bahan lain, cuma apabila dihasilkan product akan berlaku percampuran dengan bahan-bahan / ramuan yang lain.. :P
DeleteDah lama saya tak makan buah delima... thanks sharing info ye.. :)
ReplyDeletejangan lupa cari lpas ni ya bro khir
Deletewahh sekarang pun susah nak cari buah delima.. apa pon thanks pekongsiaannya
ReplyDeletehe..he.. kalau ada pun mahai sikit harga dia :P
DeleteWow, a magical fruit full of nutrients!
ReplyDeleteya.. good fruit with full nutrient :P
DeleteI heard it's good for the pregnant ladies too!
DeleteJus Al-Rumman shj yg betul2 asli di malaysia... 100% perahan delima organik.
DeleteAssalamualaikum. sekarang sheila amalkan sesudu pati delima gulsan. hehee ~~~
ReplyDeletewasalam kak shela.. semoga akak dan baby sihat selalu :P
ReplyDeleteGood info..thanks sobri :)
ReplyDeleteterimakasih sis :P
DeleteAdakah jus delima dapat menurunkan kadar gula bagi pesakit diabtes?
ReplyDeletemengikut pembacaan saya mungkin pengambilan jus delima boleh menurunkan kadar gula diabtes.. lagu pun buah delima antara makanan sunnah... allahu alam..
DeleteRevisit and revise on the tips!
ReplyDeletedelima ni banyak khasiat antara makanan sunnah. Jus delima sedap untuk menghilangkan dahaga.
ReplyDeletetq
ReplyDeletenice sharing..tumpang share yet.
ReplyDeleteSaya minum jus pati delima.alhamdulillah rasa segar je badan
ReplyDeleteEn inform buah delima tak sesuai utk org yg demam..minta pandangan..
ReplyDeleteterima kasih sudah berbagi informasinya, semoga bermanfaat bagi banyak orang. matur nuwun
ReplyDelete