Tahukan anda bahawa Statistik 2007 yang dijalankan di Malaysia menunjukkan kanser adalah penyebab kematian dalam hospital kerajaan yang ketiga terbesar selepas masalah jantung dan jangkitan kuman.
Penyakit kanser adalah penyumbang jumlah kemaatian ke 3 terbanyak di Hospital Awam, cuba bayangkan sekarang berapa banyak orang yang sedang berjuang habis-habisan melawan penyakit kanser yang sedang dihadapinya. Selain itu hampir 200 jenis kanser berisiko untuk dihadapi oleh manusia.
Penyakit kanser adalah penyumbang jumlah kemaatian ke 3 terbanyak di Hospital Awam, cuba bayangkan sekarang berapa banyak orang yang sedang berjuang habis-habisan melawan penyakit kanser yang sedang dihadapinya. Selain itu hampir 200 jenis kanser berisiko untuk dihadapi oleh manusia.
Perkara-perkara seperti pengambilan bahan kimia, pemakanan yang tidak sihat, faktor genetik, faktor persekitaran dan gaya hidup yang kurang sihat, dikatakan menjadi punca kanser.
- Pendedahan yang berlebihan kepada cahaya matahari dikatakan akan meningkatkan risiko kanser kulit.
- Asbestos dan asap rokok menyebabkan kanser paru-paru, yang merupakan penyumbang tertinggi kepada statistik kematian yang disebabkan kanser.
- Radiasi, daging/sate hangus, lemak, sakarin (gula tiruan) dan karsinogen (bahan yang boleh menyebabkan kanser) seperti racun serangga dan racun rumpai.
ini bermakna walaupun ada sihat, tapi anda tetap berisiko untuk mendapat penyakit ini sama ada diwarisi secara genatik ataupun disebabkan oleh gaya hidup anda kurang sihat, dimana kurang menjaga cara pemakanan & bersenam.
- Kita juga mempercayai bahawa baka merupakan faktor utama yang meningkatkan risiko seseorang mendapat kanser. Namun begitu kajian mendapati bahawa 80 hingga 90 % pesakit kanser datang dari keluarga yang tidak mempunyai sejarah kanser.
- Apa lagi yang kita tidak tahu? Ramai penyelidik memberikan berbagai teori mengenai punca sebenar kanser. Namun begitu tiada satu pun teori yang dapat menjelaskan kepelbagaian aspek kanser dan perkembangan penyakit tersebut dalam tubuh manusia.
- Dr. Peter Kovacic menulis satu ulasan yang menyeluruh mengenai teka-teki perubatan ini di dalam Current Medicinal Chemistry 2001. Beliau mengatakan dari banyak-banyak teori yang telah dimajukan, hanya teori stres oksidatif yang terbukti kebenarannya. Ia boleh menjelaskan secara rasional dan mengaitkan secara sistematik kebanyakan aspek mengenai karsinogenesis (perkembangan kanser).
Apa itu stres oksidatif? Secara mudah stres oksidatif adalah kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas. Stres oksidatif yang berlaku di dalam badan adalah punca asas sebahagian besar penyakit digeneratif kronik. Untuk mudah bagi anda melihat kesan stres oksidatif, cuba lihat gambar keluarga yang mengandungi berbagai generasi. Perhatikan kulit mereka, anda akan nampak perbezaan yang besar di antara kulit ahli keluarga yang muda dengan yang tua. Kesan yang ada nampak itu disebabkan oleh stres oksidatif pada kulit. Keadaan yang sama juga berlaku di dalam tubuh kita. Jadi kalau inginkan kulit yang cantik, bukan losyen pelembab jawapannya. Anda boleh memperbaiki keadaan ini dengan mengambil makanan atau suplemen yang kaya dengan antioksidan, satu bahan yang boleh menghapuskan radikal bebas dan memulihkan kerosakan yang disebabkan olehnya.
Kajian Dr. Kovacic menyokong bukti perubatan yang semakin banyak ia-itu apabila terdapat banyakradikal bebas berhampiran dengan nukleus sel, akan berlaku kerosakan teruk kepada DNA sel tersebut. Bila karsinogen menyerang, sistem tubuh akan memperbaiki DNA yang rosak. Namun apabila terlalu banyak stres aksidatif, sistem badan tidak lagi mampu memperbaiki kerosakan yang akan membawa kepada terjadinya mutasi (perubahan) DNA. Apabila sel berkenaan membiak (berpecah dua), DNA yang mengalami mutasi akan turut dibawa ke sel yang baru dibentuk. Bila DNA yang dimutasi ini terus terdedah kepada stres oksidatif, lebih banyak kerosakan akan terjadi. Sel berkenaan akan mula tumbuh di luar kawalan dan mempunyai kehidupan sendiri. Ia membina kemampuan untuk merebak dari satu bahagian badan ke bahagian yang lain (metastasis), lalu menjadi kanser. Di dalam tubuh orang dewasa, kanser mungkin mengambil masa 20 hingga 30 tahun untuk berkembang dari mutasi awal DNA. Di dalam tubuh kanak-kanak ia berkembang dengan lebih cepat kerana pembiakan sel yang lebih cepat.
saya percaya masih ramai di luar, yang ingin mengambil tahu mengenai Risiko penyakit kanser secara meluas. Diharapkan sedikit sebanyak info di atas, dapat membantu kita mengatasi masalah ini, Untuk mendapatkan info yang lebih sahih dan rawatan yang diberikan, sila rujuk kepada pihak yang lebih pakar dan berpengalaman Anda tahu kita mempunyai harapan, memahami peranan stres oksidatif dalam perkembangan kanser memberikan kita kemungkinan baru dalam pencegahan dan perawatan kanser.
Mudah2an kita semua dilindungi.. t kasih diatas perkongsian bro Sobri..
ReplyDeleteinsaallah mudah-mudah dengan info di atas kita lebih peka apa itu kanser bro khir..amin :P
Deletetakut kalau dgr pasal kanser ni . semoga kite terhindar darinya . amiin.
ReplyDeleteamin mintak dijauhkan :P
Delete