Showing posts with label PANDUAN BERFIKIRAN POSITIF. Show all posts
Showing posts with label PANDUAN BERFIKIRAN POSITIF. Show all posts

Wednesday, September 26, 2018

5 TIPS UNTUK HIDUP LEBIH POSITIF


1.Senyum
Senyum akan secara tidak langsung memberi hiasan pada raut wajah.Orang akan turut tersenyum melihat kita senyum. Ini kerana senyum adalah salah satu bentuk komunikasi tanpa suara setiap individu dengan individu yang lain. 

2.Bergaul dengan individu yang positif
Bergaul dengan individu yang positif akan menjadikan diri kita lebih bermotivasi. Ini kerana cas positif tersebut akan berpindah secara tidak langsung kepada kita.Persekitaran kita juga turut positif.

3. Sedia berkongsi masalah 
Bersedia berkongsi masalah dengan mana-mana individu yang kita percayai mampu mengurangkan tekanan dalam hidup. Sekurang-kurangnya bila kita telah meluahkan perasaan dan berkongsi masalah dengan orang lain perasaan kita kan menjadi lebih tenang dan lega. akan merasa lebih tenang dan mendamaikan kerana keluahan telah diluahkan sepenuhnya. Namun berhati-hati, pilih individu yang boleh dipercayai.

Wednesday, June 10, 2015

TIPS POSITIF DI DALAM KEHIDUPAN


Kita tahu bahawa berfikir positif dalam apa sahaja adalah perkara yang akan membantu pencapaian kejayaan kita. jika kita lebih positif, orang di sekeliling kita juga akan jadi positif. 

Contohnya ibu yg positif akan maafkan anaknya yg tumpahkan air. Tapi ibu yg negatif akan marah-marah dan mungkin akan bad mood hingga ke pejabat. Mulakan hari kita dgn senyuman, tegur orang lain dan beri salam dengan ikhlas. Jika kita memberi salam dan jika ada orang lain tak jawab dan muncung sedepa, jangan kecil hati kerana ia bukan berpunca dari anda. Semua orang ada masalah peribadi masing-masing, apa yg ada dalam hati mereka Tuhan saja yg tau.

Sentiasa Positif Di Dalam Kehidupan

Wednesday, July 2, 2014

TIPS BERFIKIR POSITIF

Kita tahu bahawa berfikir positif dalam apa sahaja adalah perkara yang akan membantu pencapaian kejayaan kita. Namun, seringkali fikiran negatif akan hadir dalam minda kita. Disini ada satu latihan yang pasti akan membantu anda dalam berfikir positif. Latihannya adalah, untuk 7 hari yang akan datang, paksa diri anda untuk berfikir dan bercakap mengenai perkara yang positif sahaja. Sekiranya perkara negatif terlintas, cepat-cepat ubahkannya menjadi positif.


Sekiranya anda berjaya dengan latihan ini selama 7 hari berturut-turut, anda akan dapati perubahan yang positif dalam cara pemikiran anda!

LinkWithin