Wednesday, June 24, 2015

PANDUAN MEMBUAT TOPENG MUKA DENGAN MENGGUNAKAN TIMUN


Selain membeli topeng muka yang terdapat di pasaran, anda juga boleh membuatnya sendiri dan ia mungkin lebih menjimatkan. Bagi yang mempunyai kulit wajah berminyak, topeng wajah yang diperbuat daripada kebaikan timun dikatakan, dapat membantu masalah berkenaan. Sebelum ini saya ada berkongsi tips berkenaan Cara menghilangkan bekas jeragat dan jerawat dengan menggunakan timun ( klik sini )


Panduan membuat topeng muka menggunakan timun

Cara membuat topeng wajah itu mudah saja. Pertama, potong timun dan kemudian kisarkan sehingga halus. Selepas itu barulah disapukan pada pada permukaan wajah dan biarkan lebih kurang 15 hingga 30 minit. Apabila selesai, bersihkan topeng wajah itu dengan air dan bersihkan sisa yang masih menempel dengan air hangat. Untuk hasil yang maksimum, anda boleh menambahkan bahan lain seperti yogurt dan putih telur. 


Bahan-bahan: 
* 1 biji timun 
* 1 biji lemon 
* 1 biji telur 

Cara membuatnya; 
1. Kupas kulit timun dan buang bijinya. 
2. Kisar timun sehingga hancur dan saring airnya dalam mangkuk. 
3. Masukkan satu sudu lemon. 
4. Masukkan putih telur dan kacau hingga rata, 
5. Sapukan pada kulit wajah. Biarkan 15 hingga 30 minit. 
6. Bersihkan dengan air suam.

2 comments:

  1. Boeh di cuba..bahan-bahan pun mudah didapati.
    Thanks Sobri & Selamat berpuasa :)

    ReplyDelete
  2. Terimakasih atas informasinya, saya harap tulisan ini bermanfaat buat siapa saja yang membacanya.

    ReplyDelete

Anda Suka Dengan Article Ini!
Apa Lagi Kongsikanlah Bersama Rakan-Rakan Anda
Di Email, Twitter, Facebook, Google +G !
Jangan Lupa Ya :P

LinkWithin