Jerawat ialah beberapa jenis benggolan atau benjolan di kulit. Jerawat selalunya terdapat di muka, leher, bahu, belakang badan dan dada kebanyakan remaja. Folikel-folikel rambut atau liang-liang roma di dalam kulit anda mengandungi kelenjar-kelenjar sebum (juga dikenali sebagai kelenjar minyak) yang menghasilkan sebum iaitu minyak yang melicinkan rambut dan kulit.Sebelum ini saya pernah berkongsi tips bagaimana untuk menghilangkan jerawat dan info ringkas mengenai apa itu jerawat
5 PUNCA JERAWAT TUMBUH DI MUKA
1-Makan makanan berminyak
Greasy food boleh sebabkan kulit berjerawat dan berminyak semakin menjadi, muka semakin berminyak. Jom amalkan makanan diet yang sihat, kurangkan makanan berminyak.
2. Membersihkan muka terlalu kerap
Ramai yang lakukan ni! Dengan harapan kulit akan sentiasa kering dan jerawat cepat mati. Cara yang salah yang akan menjadikan kulit semakin berminyak/berjerawat. *Cuci muka (dengan cleanser) 2kali sudah mencukupi ; pagi dan sebelum tidur.
3-Menyental kulit dengan scrub
Berskrub dengan produk scrub yang terlalu kasar akan menyebabkan keadaan kulit semakin teruk keranaskin irritation. Sebetulnya ialah berscrub dilakukan 1-3kali seminggu, menggunakan scrub yang halus tekstur nya, diurut lembut ke muka, dan bilas dengan air suam.
4-Tidak membersihkan peluh
Penat bekerja atau membuat aktiviti berat menjadikan badan (termasuk muka) berpeluh2. Ingat, jangan biarkan peluh itu kering dan menyerap ke dalam kulit. Bersihkan muka dan mandi terus.
5-Picit jerawat
Ini sangat normal bila ada jerawat, tangan mula merayap nak memicit. Tabiat picit jerawat dengan kuku akan memburukkan keadaan kulit dan tinggalkan parut. Elakkan picit jerawat dengan kuku, gunakan lotion jerawat, untuk kecutkan jerawat . Baca Cara Picit Jerawat Yang Betul.
Good tips! thank you very much :)
ReplyDelete