Monday, June 16, 2014

9 KEBAIKAN DAN MANFAAT AIR PUTIH

Adakah anda penggemar minum air putih, sebab sekiranya anda penggemar dan mengamalkan minum air putih secara konsisten memberikan 1001 kebaikan dan manfaat kepada tubuh badan. Ingat sebelum ini ada dikongsikan panduan untuk menghadapi cuaca panas, oleh itu minum air putih dengan secukupnya amatlah digalakkan ketika menghadapi cuaca panas.


9 Manfaat Dan Kebaikan Air Putih

1) Memperlancarkan Sistem Pencernaan

Apabila keperluan cecair dalam tubuh mencukupi, maka akan terhindar dari masalah sembelit kerana cecair semasa proses pencernaan berlaku, selain itu dapat membantu penyerapan nutrisi yang juga berfungsi untuk membentuk najis manusia.


2) Menjadi Awet Muda

Air putih mampu untuk membuat kulit kita menjadi lebih segar dan kelihatan cantik, ini kerana kulit terhindar daripada kulit kusam kesan pengambilan air putih yang secukupnya.


3) Mencegah Penyakit Jantung


Menurut kajian yang dilakukan oleh American Journal of Epidemiology, orang yang mengamalkan minum air putih lebih dari 5 gelas setiap hari akan mengalami penurunan risiko sebanyak 41 peratus masalah penyakit jantung.


4) Mengeluarkan Racun Dalam Tubuh Badan

Dengan mengambil air putih sesuai yang diperlukan oleh tubuh badan, maka racun yang terdapat dalam tubuh akan dikeluarkan melalui air kencing dan peluh. Hal ini tentunya tidak akan terjadi apabila kekurangan cecair. jadi bayakkan minum air putih secukupnya.


5) Menjaga Berat Badan Tubuh

Mempunyai berat badan badan yang ideal merupakan impian setiap orang. Bagi yang ingin mendapatkan berat badan yang seimbang, pastikan pengambilan air putih mencukupi


6) Lebih relexs

Seseorang yang sedang dehidrasi akan mengalami sakit kepala, keletihan, dan susah untuk menumpukan perhatian. Maka dari itu lah, minum air putih kerana boleh membantu anda menyenangkan diri


7) Menjaga Kebersihan diri dan Kesihatan Gigi dan Mulut

Didalam rongga mulut terdapat air liur berfungsi sebagai self cleansing. Dengan mengambil pengambilan air putih sehari yang cukup maka akan memelihara pengeluaran air liur, sehingga sekurang-kurangnya mengurangkan terkena risiko penyakit gigi dan mulut.


8) Mengurangkan Rasa Kram

Penghidratan yang tepat dapat membantu menjaga sendi dan otot untuk dilincirkan, sehingga cenderung tidak mudah untuk terkena kram, terutama saat sedang bersenam.


9) Melancarkan Proses Air Kencing

Seseorang yang sedang mengalami sembelit atau susah buang air besar dianjurkan untuk minum air putih yang bertujuan untuk membantu melancarkan buang air besar tersebut. sangat membantu!



4 comments:

  1. Tapi awas jika diambil berlebihan boleh menjadi racun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh yeke amik berlebihan jadi racun?? saya minum hampir 3liter air kosong setiap hari..

      Delete
  2. Air putih ni ibarat pembersih badan & menyegarkan...

    ReplyDelete

Anda Suka Dengan Article Ini!
Apa Lagi Kongsikanlah Bersama Rakan-Rakan Anda
Di Email, Twitter, Facebook, Google +G !
Jangan Lupa Ya :P

LinkWithin