TIPS MENGHADAPI CUACA PANAS | Tips & Panduan Blog's

Search This Blog

TIPS MENGHADAPI CUACA PANAS


Cara-cara untuk mencegah atau mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat gelombang cuaca panas antaranya ialah:



Apa yang perlu kita lakukan.



  • Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga. sekurangnya 8 gelas air putih (minima)
  • Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.

  • Sejauh yang mana yang boleh, anda perlu berada di dalam rumah/bangunan
  • Hadkan melakukan aktiviti di luar luar / kawasan terdedah kepada bahang panas.
  • Kerap berehat
  • Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda
  • Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.
  • Pakai topi atau payung yang besar

Bagi anda yang mempunyai anak kecil, pastikan:


  • Pakai baju kain kapas yang meresap peluh, kain jenis nilon tidak digalakkan terutamanya untuk baby dan kanak-kanak
  • Bagi yang hantar anak-anak ke rumah pengasuh atau nurseri, pakai baju petang jenis sleeveless ataupun baju pendek.
  • Pastikan anak-anak tidak bermain di luar rumah / kawasan panas terik


Jika anda menpunyai tanda-tanda masalah berkaitan dengan suhu panas,
 ingat tip-tip di bawah:

  • Keluar dari kawasan yang panas.
  • Tanggalkan pakaian yang ketat.
  • Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan.
  • Gunakan kipas untuk sejukkan badan.
  • Minum air setiap 15 minit.
  • Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal.

2 comments:

  1. T kasih atas perkongsian tips ini..

    ReplyDelete
  2. sama-sama
    semoga bermanfaat
    membaca info dan tips yang ada
    di dalam blog ini..
    happy reading ya :P

    ReplyDelete

Anda Suka Dengan Article Ini!
Apa Lagi Kongsikanlah Bersama Rakan-Rakan Anda
Di Email, Twitter, Facebook, Google +G !
Jangan Lupa Ya :P