
Tips ringkas untuk berjimat cermat dalam mengukuh dan menjaga ekonomi rumah tangga:
- Berbelanja dengan wang tunai berbanding dengan kad kredit. Elakkan terus penggunaan kad kredit jika tidak perlu.
- Tetapkan kos bulanan untuk belanja keperluan rumah dan haruslah berdisiplin dengan ketetapan tersebut.
- Beli barang keperluan secara pukal untuk mengurangkan kos pengangkutan, bayaran parkir kereta dan yang paling baik boleh menjimatkan masa.
- Membuat perbandingan harga antara pasaraya atau peniaga dan catatkan untuk panduan masa hadapan.
- Membuat kerja-kerja sampingan untuk menambah pendapatan keluarga.
- Berkongsi kereta ke tempat kerja jika sehaluan atau menggunakan pengangkutan awam jika lebih menjimatkan kos dan masa.
- Membiasakan diri menyimpan rekod-rekod perbelanjaan, seperti bil atau resit untuk rujukan pada masa depan. Catatkan satu nota lengkap dengan kedai, harga barangan untuk membuat perbandingan.
- Pastikan suis elektrik dan paip air ditutup sebelum meninggalkan rumah. Masak ikut keperluan sahaja supaya tidak membazir.
- Melatih diri untuk menabung dan secara tidak langsung dapat melatih anak-anak untuk menabung.
- Belajar membezakan keperluan dan kehendak supaya tidak terlalu mengikut hawa nafsu yang kadangkala merugikan sahaja.
- Buat senarai barang-barang yang hendak dibeli untuk mengelakkan kita dari lupa dan berbelanja mengikut bajet yang telah ditetapkan.
- Pastikan perut kenyang sebelum keluar rumah boleh mengurangkan keinginan untuk membeli barang.
- Membeli belah pada waktu santai. Elakkan membeli ketika anda sibuk dan boleh menyebabkan kurang fokus sehingga barang yang sepatutnya dibeli tidak dibeli.
- Simpan baki makanan di dalam peti ais bagi mengelakkan ia rosak dan boleh bertahan lama jika disimpan dengan baik.
- Menyediakan menu untuk seminggu supaya kita boleh merancang barang-barang mentah yang hendak dibeli.
Berjimat cermat mmg perlu terutama dlm zaman skrng ni.. thanks sharing tips ni.. :)
ReplyDeleteitu memng betul bro..semenjak nilai wang smakin kecil
Deleteberjimat cermat selalu agar bajet mencukupi...wah dpt ford sebiji ok ni n klik2 inti..colgate.
ReplyDeleteterima kasih sis
Deletethanks for sharing...memang mengingatkan untuk macam saya yang mudah terlupa...
ReplyDeleteperingatan untuk kita bersama sis :)
DeleteDi zaman kos sara hidup yang semakin meningkat...amalan jimat cermat sangatlah penting..thanks Sobri
ReplyDeletebetul..betul tu sis
Deleteberjimat la perkara yang paling susah nak buat walaupon berkali mencuba :)
ReplyDeleteitulah kita kena focus betul2..say pun tgh cuba2 gak
Deletebetul tu... semua tips tersebut memang betul... sejak duit jadi kecik ni..memang selalu amal tip tip ni... hahahaha... dulu masa duit banyak.. main hentam jer beli ikut sedap :D
ReplyDeleteSekarang dah pandai sikit :)
your are welcome bro
ReplyDeletePost yang membina! Tahukah anda, kini anda berpeluang untuk mendapatkan ganjaran Cash Points & Reward Points sambil berbelanja. Sila ke laman sesawang > https://www.basirkb.info/mssp untuk keterangan lanjut.
ReplyDelete