TIPS TERBAIK UNTUK JIMATKAN AIR | Tips & Panduan Blog's

TIPS TERBAIK UNTUK JIMATKAN AIR

Jimat air ? Dengan krisis air sering berlaku akibat daripada peningkatan permintaan dan pencemaran sungai yang makin berleluasa, kita boleh menjimatkan penggunaan air dengan lebih efisyen. Dengan mengikuti tip-tip jimatkan air di dalam rumah anda, anda boleh membantu menjimatkan air setiap hari. Sebelum ini juga  telah dikongsikan tips bagaimana cara untuk menjimatkan elektrik di rumah, dan untuk kali ini saya akan berkongsi 6 tips terbaik untuk jimatkan air dengan bekesan.


1) Baiki Paip Bocor

Ok, kebocoran paip itu mungkin kecil tetapi apabila air dibazirkan tanpa berhenti 24 jam dam 7 hari seminggu, ini menyebabkan pembaziran air dan duit. Kita boleh mengetahui paip bocor yang tersembunyi melalui bacaan meter, dengan menutup semua paip di rumah selama beberapa jam. Jika bacaan meter itu mempunyai perbezaan yang besar, itu bermakna ada paip bocor tersembunyi. Dengan meletakkan sedikit pewarna sebelum flush di dalam mangkuk tandas, kita boleh tahu kebocoran sekiranya pewarna ada di luar mangkuk tandas.


2) Gunakan Air Hujan

Kita boleh menggunakan air hujan untuk menyiram pokok-pokok di laman secara percuma ! Ianya lebih menjimatkan apabila kita mempunyai kawasan pokok yang dekat dan menyiram kepada akar daripada daun pokok tersebut.

3) Basuh Apabila Penuh

Daripada kita membasuh baju berkali-kali, ianya membasuh baju sekali sehaja di dalam mesin basuh apabila sudah penuh, ini dapat menjimatkan air dengan banyak.

4) Mandi

Mandi dengan shower sebenarnya adalah lebih menjimatkan daripada menggunakan gayung atau tubkerana jumlah titisan air yang sedikit yang keluar. Kurangkan masa mandi anda, ianya boleh membawa perubahan kepada bil anda. Tutup pili air ketika memberus gigi atau bercukur.

5) Gunakan Aerator atau Penyekat Span Pada Paip

Aerator atau penyekat span akan memperlahan kelajuan jumlah air yang keluar pada paip dan penggunaan air dengan lebih efisyen apabila membasuh tangan dan pinggan.

6) Gunakan Baldi Daripada Hos

Kita boleh membasuh kereta dengan menakung air baldi daripada membiarkan air mengalir daripada hos kerana kita mungkin boleh membasir sehingga 1000L/sejam hanya untuk membasuh kereta sahaja .

Terdapat banyak lagi cara untuk menjimatkan air,dan ianya bergantung kepada kita untuk melakukan perubahan. Selamat mencuba !

4 comments:

  1. sis suka menadah air hujan . tapi selalunya belum sempat digunakan sudah ada tgn yg membuangnya dgn alasan nanti nyamuk membiak ... grrrr

    ReplyDelete
  2. Great! This tips helps me to save my money.

    ReplyDelete

Anda Suka Dengan Article Ini!
Apa Lagi Kongsikanlah Bersama Rakan-Rakan Anda
Di Email, Twitter, Facebook, Google +G !
Jangan Lupa Ya :P