Cara-cara untuk mencegah atau mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat gelombang cuaca panas antaranya ialah:
Apa yang perlu kita lakukan.
- Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga. sekurangnya 8 gelas air putih (minima)
- Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
- Sejauh yang mana yang boleh, anda perlu berada di dalam rumah/bangunan
- Hadkan melakukan aktiviti di luar luar / kawasan terdedah kepada bahang panas.
- Kerap berehat
- Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda
- Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.
- Pakai topi atau payung yang besar
Bagi anda yang mempunyai anak kecil, pastikan:
- Pakai baju kain kapas yang meresap peluh, kain jenis nilon tidak digalakkan terutamanya untuk baby dan kanak-kanak
- Bagi yang hantar anak-anak ke rumah pengasuh atau nurseri, pakai baju petang jenis sleeveless ataupun baju pendek.
- Pastikan anak-anak tidak bermain di luar rumah / kawasan panas terik
Jika anda menpunyai tanda-tanda masalah berkaitan dengan suhu panas,
ingat tip-tip di bawah:
- Keluar dari kawasan yang panas.
- Tanggalkan pakaian yang ketat.
- Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan.
- Gunakan kipas untuk sejukkan badan.
- Minum air setiap 15 minit.
- Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal.
T kasih atas perkongsian tips ini..
ReplyDeletesama-sama
ReplyDeletesemoga bermanfaat
membaca info dan tips yang ada
di dalam blog ini..
happy reading ya :P